Mungkinkah Azalina menang percuma?
Ketiga-tiga calon Ketua Puteri Umno layak untuk bertanding jawatan itu dalam pemilihan November depan. Itulah yang diputuskan oleh jawatankuasa pengurusan dan disiplin Umno minggu lalu. Kini debaran Azalina Othman Said dan Raihan Suleiman Palestine berakhir. Harapan Mastina Abdul Hamid untuk menang percuma turut berkecai.
Mungkinkah pertandingan tiga penjuru ini akan berlaku juga akhirnya? Pencalonan daripada mesyuarat-mesyuarat bahagian Puteri Umno yang sedang berlangsung akan menentukan senario itu. Azalina pasti akan bertanding kerana setakat ini telah mendapat 10 pencalonan. Nasib Raihan dan Mastina masih tidak menentu kerana sehingga semalam mereka belum mendapat pencalonan daripada mana-mana bahagianpun.
Sehingga 21 September, 158 daripada 165 bahagian Puteri Umno masih belum bermesyuarat. Raihan dan Mastina mempunyai tempoh lebih sebulan lagi untuk memenuhi syarat minima dua pencalonan itu. Mungkin mereka berdua akan mendapat dua pencalonan yang diperlukan itu atau memang semua perwakilan dan pengurusan bahagian Puteri Umno sudah dikawal oleh orang-orang Azalina?
Raihan dan Mastina, masing-masing yakin boleh memperolehi pencalonan itu. Kalau dilihat pada "gempak" kekalutan dan kekecohan dalam Puteri Umno sejak sebulan lalu, seolah-olah tidak sukar bagi mereka untuk mendapatkan pencalonan minima itu. Bagaimanapun, kalau didasarkan pada mesyuarat-mesyuarat yang berlangsung minggu lalu, isyarat yang diterima amat membimbangkan kedua-dua penentang Azalina itu.
Bahagian Cheras, Kubang Kerian, Pendang, Kuala Terengganu, Kuala Kedah, Gerik dan Tenggara telah mencalonkan Azalina sebagai ketua. Enam daripada bahagian itu mencalonkan dan Noraini Ahmad (Setiausaha Puteri Umno sekarang) bagi jawatan naib ketua manakala bahagian Kuala Kedah mencalonkan Ketua Puteri Umno Pahang, Shahriza Shamsuddin bagi jawatan yang sama.
Noraini dan Shahriza adalah orang kuat Azalina. Jelas sekali ini menunjukkan "kuku" Azalina di bahagian-bahagian berkenaan cukup kuat.

Pengaruh Azalina kuat
Gambaran yang diterima di bahagian-bahagian lain adalah serupa, pengaruh Azalina dan orang-orangnya cukup kuat.
Kalau begini senarionya, bolehkah Mastina dan Raihan mendapatkan pencalonan minima itu? Kalau tiada bahagian yang berani menunjukkan protes terhadap Azalina dengan cara mencalonkan kedua-dua pencabarnya itu, peguam muda yang dituduh "lesbian" oleh Khalid Jeffri itu, akan menang percuma.
Bagaimanapun adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi sedemikian rupa. Perjalanan mesyuarat masih jauh, macam-macam perkara boleh berlaku.Yang diperlukan oleh Mastina dan Raihan hanya dua bahagian yang berani bangun untuk menentang arahan exco Puteri Umno negeri dengan mencalonkan nama lain selain daripada nama Azalina.
Hanya dua bahagian perlu berbuat demikian untuk menafikan Azalina daripada menang tanpa bertanding. Rasanya ia boleh direalisasikan. Sedangkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang begitu "berkuasa" pada 1987 terpaksa menghadapi pemberontakan besar dari puak Tengku Razaleigh Hamzah yang hanya mendapat dua pencalonan untuk jawatan presiden parti. Inikan pula "ikan bilis" seperti Azalina.
Tentunya akan ada bahagian yang akan memberontak dengan mencalonkan Raihan atau Mastina.
Tidak yakin
Azalina juga tidak boleh terlalu yakin kalaupun dia berjaya meraih banyak pencalonan dan pencabar-pencabarnya hanya setakat mendapat pencalonan minima. Ini kerana sejarah tahun 1987 menunjukkan jumlah pencalonan bukan gambaran sebenar aspirasi perwakilan Umno apabila Ku Li hanya kalah dengan 43 undi, walaupun Dr Mahathir mendapat jumlah pencalonan yang sangat besar!
Senario yang sama mungkin berulang. Mungkin bahagian-bahagian Puteri Umno yang takut untuk tidak mencalonkan Azalina, akan memprotes dalam kertas undi pada 1November kelak.
Walau apapun, Mastina dan Raihan perlu berkerja keras untuk memastikan mereka mendapat dua pencalonan yang krtikal itu. Dapatkah mereka meyakinkan sekurang-kurang dua bahagian untuk mencalonkan mereka sebagai calon ketua dan naib ketua Puteri Umno?
Sama-samalah kita tunggu...

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.