Kemelut media celah-celah politik
Hubungan mesra wartawan dengan sumber tidak selalu membantu. Ada waktunya hubungan itu simbiotik, saling perlu-memerlukan. Tetapi ia juga menjadi sejenis hubungan 'pilih kasih' dan satu bentuk saringan kebenaran.
Dinamika ini tidak dapat dielak, lalu memang ada wartawan yang merenggangkan diri dari sumber dan lingkungannya. Tetapi tindakan ini juga ada risiko sendiri - kejahilan tentang sesuatu isu, sama ada dalam bentuk kecetekan atau kesempitan sudut pandang. Kedua-duanya melemahkan kualiti persembahan berita (fakta) tentang sesuatu perkembangan.
Sama ada hubungan mesra atau renggang, kedua-duanya boleh berlaku di peringkat peribadi, tidak boleh terelakkan. Media sebagai satu organisasi boleh disekat kebebasannya oleh kuasa negara. Kongkongan jenis ini jelas. Tetapi kemelut peribadi wartawan jarang sekali terungkap.
Tulisan ini cuba menunjukkan kemelut ini serta dinamikanya dalam konteks kewartawanan bebas negara kita dan hubungannya dengan parti-parti kerajaan dan pembangkang hari ini.
Secara ringkas, kewartawanan bebas di sini maksudnya amalan pemberitaan yang disebut ' without fear or favour ' (tidak takut apa-apa dan tanpa pilih kasih). Wartawan boleh mewakili kebenaran realiti yang lebih tinggi sebebasnya tanpa ditelunjuk oleh pihak-pihak politik. Batas penghalangnya hanya beberapa aspek asas seperti etika profesional, norma umum masyarakat dan 'kepentingan awam'.
Saya ingin membicarakan kemelut ini sebagai sambungan artikel minggu lepas, 'Media bebas sorok KKN PAS?' Yakni, bagaimana wartawan yang berasa tertindas dengan sistem kawalan media di bawah Barisan Nasional (BN) berdepan dengan kelemahan pembangkang.

Ruang sempit
Isu ini timbul akibat simpati (boleh juga geram serta kecewa) dan alignment sedar (serta strategik) seseorang wartawan 'bersama' pembangkang. Ia muncul kerana ruang kebebasan yang disediakan oleh BN terlalu sempit, malah tidak wujud.
Oleh itu, wartawan berasa 'rakan sekutunya' yang semula jadi dalam konteks ini tentu pembangkang (termasuk badan bukan kerajaan) yang sama-sama tertindas dalam ruang sempit itu.
Wartawan bebas hari ini tidak lagi membicarakan 'harapan' untuk kebebasan akhbar daripada kerajaan BN. Walau mereka sering merayu agar BN menghormati kebebasan media tetapi hakikatnya itu semua kosmetik. Mereka maklum tekanan demi tekanan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Tidak ramai faham kezaliman KDN hari ini. Orang sering menduga kejahatan kementerian ini setakat menarik balik permit atau merampas penerbitan serta mendakwa pengedar. Media bebas serta media parti pembangkang selalu menjadi mangsa KDN ini. Itu kefahaman umum orang ramai tentang kebebasan akhbar.
Tetapi niat paling busuk KDN tidak ramai yang berjaya menghidunya. Niat itu ialah kerajaan BN tidak membenarkan [sama sekali] wujud media yang bebas dan berimbang! Walau pemimpin kerajaan sering menuduh media bebas berat sebelah dan memihak kepada pembangkang tetapi hakikatnya KDN sendiri takut wujud media yang sederhana serta berimbang.
Buktinya, permit penerbitan mingguan Eksklusif dan majalah bulanan Gossip diharamkan. Pembaca yang pernah meneliti dua penerbitan ini tentu tertanya-tanya kenapa permit penerbitan ini ditarik balik.
Media bebas
Layanan kerajaan terhadap akhbar web malaysiakini misalnya jelas menunjukkan kerajaan tidak selesa dengan media bebas dan berwibawa. Walau ada gesaan agar akhbar ini 'melaporkan berita yang seimbang' tetapi banyak waktunya malaysiakini gagal mendapat kerjasama atau akses daripada menteri, pemimpin BN atau polis. Hubungan mereka dengan wartawan arus perdana jauh lebih mesra dan 'jujur.'
Namun, oleh kerana ia sudah begitu popular dengan kelebihannya tersendiri, mahu tidak mahu, malaysiakini 'dihormati', lalu ada juga laluan kerjasama serta akses.
Seboleh-bolehnya akhbar web ini mahu dimatikan atau disempitkan skop liputannya agar ia kelihatan tidak jauh bezanya dengan Harakah , Berita Keadilan atau Suara PRM . Dengan ini, kerajaan dengan mudah menuduh semua media sangat berpihak, maka kebebasan akhbar tidak wajar dihormati seperti desakan beberapa kumpulan wartawan.
Lagipun, membenarkan kewujudan media bebas seperti malaysiakini atau Eksklusif - yang popular serta berwibawa - akan membogelkan jenis liputan serong, tidak berimbang dan padaman berita (black-out) media arus perdana. Pembaca yang berfikiran rasional dan terdidik sudah banyak belajar tipu daya media perdana. Oleh itu, media bebas dengan mudah mendapat pasaran.
Dalam konteks persaingan sesama akhbar harian misalnya (juga mewakili kepentingan parti BN), permit penerbitan sengaja tidak dibuka lebih luas kerana bimbang akhbar sedia ada mati.
Kita boleh lihat layanan akhbar-akhbar mapan (baca: organ parti BN) terhadap The Sun dan juga sikap KDN terhadap permohonan permit harian untuk mingguan perniagaan The Edge . Tidak jauh bezanya sikap KDN terhadap sebuah harian berbahasa Mandarin Oriental Daily yang ditutup selepas beroperasi belum sehari!
Hak asasi
Wartawan yang bijaksana, sama ada bebas atau bersama media arus perdana, tentu sedar niat busuk KDN ini. Sebab itu, tiada harapan diletakkan kepada BN untuk membuka ruang kebebasan akhbar. Sedar atau tidak, akhirnya wartawan bebas - bersama rakan sejawat yang bersimpati dari media arus perdana - selesa untuk mensekutukan diri dengan agenda pembangkang.
Ada beberapa manfaat daripada kecondongan media bebas ke arah pembangkang. Antaranya, pasaran dan tema perjuangan demokrasi. Penyokong pembangkang sudah cukup besar untuk menyokong sesebuah penerbitan cetak, misalnya tabloid mingguan, dan tema-tema hak asasi, termasuk kebebasan akhbar, boleh dikongsi antara aktivis media bebas dengan pembangkang.
Kecondongan media bebas kepada pembangkang berada dalam spektrum paling renggang dengan paling mesra. Seperti disebut di awal tulisan, dua keadaan melampau ini banyak kelemahannya. Tetapi berada di 'tengah-tengah' dua keadaan ini atau berkompromi dalam keadaan-keadaan tertentu juga masih boleh dianggap sejenis bentuk halangan terhadap kebebasan akhbar.
Namun dalam ruang demokrasi yang sangat cacat - termasuk kebebasan akhbar itu sendiri - 'kompromi' ini boleh menyumbang kesan 'positif', khususnya jika pembangkang menghormati kebebasan akhbar. Tetapi keraguan saya, apakah Barisan Alternatif (BA) boleh menghormatinya?
Ketika turut memimpin , malaysiakini selama hampir dua tahun, saya sering memikirkan dinamika serta kemelut ini. Banyak waktunya, ia bersifat sangat peribadi dan jarang sekali disampaikan kepada teman-teman wartawan di meja mesyuarat.
Beberapa maklumat strategik pembangkang tidak didedahkan untuk dipertimbangkan dalam liputan berita kerana diperolehi bukan atas sifat saya sebagai wartawan. Tetapi tidak mendedahkannya boleh mencacatkan sedikit-sebanyak aspek pemberitaan. Kemelut paling besar ini datang akibat perselisihan kepentingan ruang peribadi (sebagai kawan kepada aktivis BA) dengan ruang kerjaya (sebagai wartawan).
Surat amaran
Saya juga sering gelisah, akibat tidak bersetuju, dengan pengamal media pembangkang atau aktivis BA serta Gerakan Reformasi yang menghendaki akhbar web ini atau tulisan saya tidak mendedahkan kelemahan mereka.
Hujah saya termasuklah, kita yang menyokong proses demokrasi (antara temanya, kebebasan akhbar) tidak harus terjerat dalam permainan berpihak yang ingin disua oleh KDN. Kebebasan media harus ditunjukkan, bukan hanya slogan, tulisan atau kuliah akademik.
Kerajaan BN ingin sekali melihat media bebas menjadi seakan-akan jurubicara BA. KDN sering berhujah dengan alasan ini dalam surat-surat amarannya kepada penerbit dan seterusnya alasan kepada orang ramai apabila penerbitan itu akhirnya ditutup.
Kecenderungan inilah yang ditangkis dengan hebat di peringkat awal operasi malaysiakini . Harian dalam talian ini mendedahkan beberapa ledakan isu yang membawa kesan negatif terhadap pembangkang. Bagaimanapun, KDN dan pemimpin BN masih lagi mendendangkan hujah, misalnya ketika timbul isu 'pembiayaan' George Soros, akhbar ini 'tidak seimbang' (memihak kepada pembangkang).
Sikap bebas malaysiakini akhirnya menyinggung kedua-dua pihak, BN dan BA. Tekanan juga datang daripada kedua-dua pihak yang tersinggung ini. Misalnya daripada penyokong Dr Chandra Muzaffar dan Mohd Anuar Tahir berhubung boikot laman web proreformasi, atau DAP berhubung laporan tentang calon pilihanraya kecil Lunas.
Tetapi dua kes ini tidaklah sebesar amalan KKN (rasuah, kronisme dan nepotisme) di Kelantan dan Terengganu di bawah pimpinan PAS. Dua kes ini melibatkan politik dalaman atau antara parti pembangkang tetapi KKN ini bukan isu pembangkang. Ia melibatkan kepentingan awam di bawah pentadbiran dua kerajaan negeri.
Apakah ada pilihan di kalangan pengamal media bebas untuk tidak melaporkannya? Apakah wartawan masih perlu membezakan 'ruang peribadi' dengan 'ruang profesional' berdepan dengan isu seumpama ini? Apakah tindakan mendedahkan isu KKN satu pilihan 'tidak strategik' dalam usaha besar pendemokrasian, termasuk kempen kebebasan media?

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.