Most Read
Most Commented
Read more like this

Songkok itu boleh berbahaya kepada kesihatan minda. Ibarat kata seorang penulis S Akbar Ali, yang menjadi kontroversi kepada Persatuan Ulama Malaysia (PUM), "mungkin serban mufti terlalu ketat, oleh kerana itu tidak cukup oksigen masuk ke otak mereka. Mereka tidak berfikir dengan waras."

Songkok Ahmad Azam Abdul Rahman, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), mungkin membawa implikasi yang sama. Sebab itu, pada hematnya, perpaduan Melayu itu sangat penting dalam senario hari ini. Tetapi mungkin songkok Onn Jaafar tidak begitu.

P erpaduan Melayu (baca juga: ummah) ala Abim ini seakan-akan seruan perpaduan kerajaan. Apabila timbul bangkangan serius daripada musuh politiknya, Umno menyeru perpaduan Melayu, PAS pula dituduh memecah-belahkan masyarakat. Tetapi kita tidak mahu mempertikaikan seruan presiden Abim dari sudut ini.

Seruan perpaduan datang bersama sejumlah tanggapan, antaranya, (a) wujud perpecahan di kalangan orang Melayu sekarang atau selama ini, (b) perbezaan politik menimbulkan perpecahan, (c) perpecahan itu sudah sampai di peringkat yang boleh disebut "serius" sehingga perlukan usaha penyatuan, (d) perpaduan itu sendiri baik untuk masyarakat, tanpa mengira matlamatnya dan konteks persekitaran semasa, (e) perpaduan itu dapat menyelesaikan perbezaan politik atau punca-puncanya.

Abim, kalau mengikut seruan presidennya itu, boleh jadi sangat kuat firasatnya. Ada sesuatu yang tidak terpandang oleh orang ramai tetapi dipandang serius oleh kumpulan belia ini. Atau, boleh sahaja Abim tersalah pandang kerana terserkup dalam kaedah berfikir lamanya. Bukan baru nada seumpama ini dilontarkan Abim, ketika bekas presidennya, Anwar Ibrahim dalam kerajaan, pengganti tokoh ini, Siddiq Fadzil, pernah membuat seruan senada ini.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS