Pilihanraya umum bulan ini? Karut...
Naib presiden PAS, Datuk Mustafa Ali meramalkan pilihanraya umum ke-11 akan diadakan pada bulan ini. Ramai pemerhati politik berpendapat jangkaan pemimpin parti pembangkang itu tidak masuk akal. Mana ada masaterlalu suntuk. Itulah reaksi mereka terhadap kenyataan Mustafa itu.
Tidak kurang juga ramai yang berpendapat Mustafa sebenarnya tidak serius ketika membuat ramalan itu. Kononnya beliau berseloroh sambil menyindir kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya jentera propagandanya, RTM yang begitu ghairah "berkempen" sekarang seolah-olah pilihanraya akan diadakan beberapa hari lagi.
Memang tidak ramai orang memberi perhatian kepada kenyataan Mustafa itu. Media arus perdana tidak membesar-besarkannya. Sebahagian besar rakyat Malaysia yakin pilihanraya umum hanya akan diadakan selepas bulan Oktober selepas Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bersara.
Mereka merasakan lebih logik dan praktikal pilihanraya diadakan pada tahun depan, selepas perdana menteri yang baru, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah "settle down" dengan barisan kabinet dan dasar-dasarnya.
Pemerhati politik berpendapat, Pak Lah tidak perlu terburu-buru mendapatkan mandat baru dari rakyat. Keadaan politik dan ekonomi yang selesa dan menyebelahi BN sekarang tidak menuntut satu pilihanraya mengejut diadakan.

Dana pilihanraya
Namun bagaimana kalau jangkaan Mustafa itu tiba-tiba menjadi kenyataan? Cuba bayangkan senarionya, bagaimana hiruk-pikuknya parti komponen BN dan Barisan Alternatif (BA) menyiapkan diri dalam tempoh yang singkat itu. Bagaimana hendak menentukan senarai calon, menyiapkan jentera pilihanraya dan bilik gerakan, mencari dana dan isu-isu untuk berkempen .
Kalau pilihanraya mengejut diadakan, BN mungkin tidak menghadapi banyak masalah kerana jentera parti sudah lama diarahkan bersiap sedia. Senarai calon juga tidak sukar untuk dipilih dan ditetapkan. Dana pilihanraya juga sudah sedia menanti - petik jari, jutaaan sumbangan akan diterima. Bagi parti kerajaan, masalah wang tidak timbul langsung!
Tetapi bagi PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu pilihanraya mengejut dalam tempoh terdekat ini bermakna satu malapetaka besar bagi mereka. Ketiga-tiga parti ini masih bertelagah sama sendiri terutama dalam soal calon dan kawasan pilihanraya.
PAS telah berlembut, sanggup menggugurkan idea negara Islamnya di peringkat persekutuan namun DAP belum menunjukkan tanda-tanda untuk rujuk kepada pakatan BA. Hubungan antara DAP dengan Keadilan juga tidak semesra dulu. Perebutan kawasan pilihanraya masih menghantui hubungan kedua-dua parti ini.
Di kalangan ketiga-tiga komponen BA ini, Keadilan berada dalam kedudukan yang paling lemah. Proses penggabungannya yang baru dilaksanakan didapati tidak mengukuhkan parti itu sebaliknya makin melemahkannya.
Masalah cari calon
Dalam diam-diam kini Keadilan menghadapi krisis kepimpinan. Tidak semua pemimpin Parti Keadilan Nasional menyokong penggabungan dengan Parti Rakyat Malaysia itu.
Jika pilihanraya mengejut diadakan, Keadilan akan terperangkap kerana ia tidak mempunyai prasarana pilihanraya yang baik di peringkat akar umbi. Sebagai sebuah parti baru, Keadilan bukan sahaja kekurangan dana untuk membiayai kempen pilihanrayanya, malah mungkin menghadapi masalah untuk mencari calon-calon yang sanggup bertanding di atas tiketnya kelak. Ia juga dijangka kekurangan sukarelawan untuk membantu kempennya kali ini.
Ini kerana senario politik sudah banyak berubah. Kalau pada 1999 dulu rakyat berpusu-pusu menyokong parti pimpinan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail ini dan sanggup berkorban untuk menjadi calon, namun keadaan sekarang terlalu jauh berbeza.
Politik reformasi sudah "sejuk", rakyat yang dulu sanggup memenuhi setiap inci ruang ceramah parti pembangkang, kini ramai yang sudah putus asa, sudah patah semangat juang mereka. Malah ramai yang sudah berpatah balik kepada Umno!
Para reformis yang dulunya begitu lantang dan secara terbuka menentang kerajaan, kini kembali rasional. Mereka kini kembali memikirkan soal masa depan sendiri dan keluarga. Mereka mencongak balik periuk nasi sendiri. Perubahan-perubahan ini melemahkan Keadilan, malah ada pemerhati politik berpendapat bahawa kedudukan Wan Azizah di Permatang Pauh juga sudah tidak terjamin lagi.
DAP lebih bersedia
PAS bagaimanapun berada dalam kedudukan yang lebih baik kerana cawangannya berada di mana-mana sahaja, dengan ahlinya yang sangat komited. Lebih-lebih lagi dengan adanya Terengganu dan Kelantan di dalam kuasanya, PAS diyakini mampu memberikan saingan kepada Umno, terutamanya di "empat negeri Melayu" Kedah, Perlis, Terengganu dan Kedah.
Kerajaan BN menyedari kekuatan pengaruh PAS ini, kerana itulah RTM saban hari mencari isu untuk menghentam parti ini. Terbaru dibangkit isu "kebenaran meliwat isteri" dalam undang-undang hudud negeri Kelantan. Sebelum itu pelbagai isu digembar-gemburkan, seperti bekalan air kotor di Kelantan, gejala maksiat, pemberian konsesi balak dan penyelewengan wang zakat di Terengganu.
Adakah semua isu-isu itu menjejaskan pengaruh PAS di kedua-dua negeri itu atau ia telah "menikam" Umno sendiri? Hanya keputusan pilihanraya umum ke-11 dapat menjawabnya.
DAP juga berada dalam keadaan yang lebih bersedia berbanding Keadilan kerana selain mempunyai pengalaman luas dan kawasan atau kubu-kubu tradisi, parti ini juga mempunyai ahli atau pensimpati yang komited untuk berkerja keras apabila tiba masanya.
Lim Kit Siang dan Karpal Singh pastinya mahu kembali aktif berpolitik kali ini setelah kecundang di Pulau Pinang pada 1999. DAP tentunya mengharapkan krisis MCA dan Gerakan di pulau Mutiara itu berlarutan. Berdasarkan "kebijaksanaan" pengundi Cina berpolitik, DAP dijangka mampu mengekalkan prestasi tahun 1999.
Berdasarkan perubahan sikap orang Melayu kebelakangan ini pula, yang lebih positif terhadap kerajaan, PAS dan Keadilan dijangka sukar mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Malah, beberapa kerusi parlimen dan negeri di Kedah dan Terengganu dijangka dapat dirampas kembali oleh BN.
BN menang mudah
Itulah senario parti-parti pembangkang jika pilihanraya mengejut diadakan. BN pula diyakini akan menang selesa. Kalau berdasarkan sambutan rakyat terhadap sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini, BN akan menang mudah.
BN cuma akan menghadapi masalah dan persaingan hebat di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Di sinilah medan tempur yang sebenarnya di negeri-negeri lain keputusannya sudah boleh dijangkakan dari sekarang.
Bagaimana kalau parlimen tiba-tiba dibubarkan selepas pengumuman Belanjawan Negara pada 12 September
ini? Mustafa pasti tersenyum lebar dan para pemimpin pembangkang lain akan tersenyum pahit.
Pilihanraya mengejut dalam tempoh terdekat ini akan menjadi kubur besar bagi Keadilan yang sampai sekarang masih dibelenggu proses penggabungannya. Pilihanraya mengejut juga akan memerangkap Umno Kelantan dan Terengganu yang sedang mabuk dengan "gelombang biru ' nya.
Pesta demokrasi ke-11, sama ada diadakan pada tahun ini atau tahun depan sebenarnya amat penting bagi Umno bagi menebus kembali maruahnya yang tercalar pada 1999 dulu. Pak Lah terpaksa menanggung beban yang akan ditinggalkan oleh Dr Mahathir!