Rapat Umum...mengapa, tidak percaya ke!
Saya masih ingat lagi pada awal tahun 1970-an, satu pilihanraya umum diadakan. Ketika itu umur saya masih setahun jagung dan tidak tahu apa-apa mengenai politik. Namun, saya dapat merasakan bahang pilihanraya itu. Mengapa? Kerana adanya rapat umum!
Dalam musim berkempen itu, pada satu malam, saya menghadiri satu rapat umum. Pertandingan bagi kerusi dewan undangan negeri di kampung saya ketika itu adalah di antara parti tanduk lembu Partai Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) dengan Umno. Calon PSRM ialah seorang tokoh muda, Syed Shahir Syed Mohamad sekarang orang kuat kesatuan sekerja.
Rapat umum diadakan di tempat terbuka, di sebuah kawasan lapang di tepi jalanraya. Saya dengar Syed Shahir berceramah, berdegar-degar menghentam kerajaan. Jumlah hadirin agak ramai juga. Tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) atau anggota PGA yang lengkap bersenjata.
Ceramahnya agak panas namun keadaan terkawal hingga ke akhirnya. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Saya juga kurang pasti sama ada rapat umum itu mempunyai permit polis atau tidak.

Syed Shahir tewas dalam pilihanraya itu tetapi tidaklah sampai hilang deposit. Namun saya yang masih mentah telah belajar sesuatu yang sangat berharga, kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa sebarang rasa takut, tanpa semburan air gatal FRU! Namun semua itu hanya tinggal kenangan sekarang.
Itulah rapat umum yang pertama dan terakhir bagi saya kerana selepas itu saya tidak pernah menghadirinya lagi, sudah diharamkan. Yang ada selepas itu hanya ceramah umum. Kini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuka kembali nostalgia rapat umum saya.
Gimik politik
Setelah tiga dekad rapat umum diharamkan, kini ia mahu "dihalalkan" semula. Saya tertanya-tanya sendiri, betul ke SPR ini? Setahu kita sejak 30 tahun lalu, kerajaan Barisan Nasional begitu takut dengan perhimpunan terbuka atau rapat umum. Sepanjang pemerintahan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hak berhimpun dan bersuara adalah satu "taboo".
Adakah SPR "bergurau"? Sekadar satu gimik politik atau mahu menguji sentimen pemimpin dan penyokong parti pembangkang? Kalau benar SPR sudah berubah atau "berlembut", mengapa? Ada udang sebalik batu ke? Mungkin SPR atau kerajaan Barisan Nasional mahu menunjukkan mereka sudah demokratik?
Sepatutnya soal rapat umum ini tidak timbul sekarang. Ia sepatutnya sudah berkembang subur sebagai salah satu ciri atau sifat demokrasi. Ia bukan lagi satu perkara baru atau luar biasa yang perlu diwar-warkan oleh Malaysia yang kononnya demokratik ini. Sebagai pendukung sistem demokrasi, sepatutnya negara ini tidak mengharamkan rapat umum.
Kini SPR mahu membenarkan rapat umum dalam pilihanraya umum akan datang. Ia boleh diadakan dengan syarat mendapat permit polis. Pelik bin ajaib, dipanggil rapat umum tetapi mesti dengan kelulusan pihak berkuasa.
Kalau begitu sifat atau takrif rapat umum dalam kamus SPR, maka rapat umum itu tiada bezanya dengan ceramah umum yang sering diadakan sebelum dan selepas pilihanraya umum 1999. Lebih malang lagi ceramah umum sudah diharamkan sejak tahun 2001 dulu, kecuali pada musim pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Sama sahaja sifatnya perhimpunan politik terbuka dengan permit polis. Cuma nama dibezakan. Jadi tiada bezanya antara kedua-dua bentuk perhimpunan politik ini. Maka jelaslah ia hanya satu gimik politik sahaja. Ia ibarat tubuh yang sama, dipakaikan baju baru.
Ceramah umum
Rapat umum, lazimnya tidak memerlukan permit polis, memadai sekadar memaklumkan sahaja agenda itu supaya pihak polis boleh membantu ketenteraman awam, bukannya untuk menggangu atau menghalangnya sebagaimana yang sering dilakukan sekarang.
Apa tujuan SPR bersandiwara ini? Mahu menunjukkan perubahan, untuk apa? Mungkinkah kerana mahu menutup pelbagai kelemahan dan kepincangan yang berlaku sebelum ini. Agaknya SPR mahu mengabui mata parti-parti pembangkang supaya tidak nampak lagi sifat berat sebelahnya.
Atau mahu menutup kepincangannya membenarkan ahli-ahli Puteri Umno menjadi petugas pilihanrayanya?
Sebenarnya, banyak perkara lain yang perlu diperbetulkan oleh SPR. Isu pengundi hantu, pelaksanaan penguatkuasaan pilihanraya yang berat sebelah dan sebagainya, perlu ditangani segera sebelum menjelang pilihanraya umum.
Rapat umum palsu tidak diperlukan oleh pengundi negara ini. Mereka sudah ada ceramah umum untuk memenuhi fungsi rapat umum yang berpermit itu.
Apa gunanya rapat umum dibenarkan dalam pilihanraya akan datang kalau pihak polis tidak memberikan permitnya?

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.