Nabi-nabi dan Mahathir Mohamad
Garis pemisah di antara manusia dan engan binatang ialah keupayaan manusia berfikir dan menafi diri. Menafi diri adalah tabiat manusia yang paling ulung hinggakan ini menjadi salah satu jalur falsafah petanda wujudiah manusia. Di Malaysia keupayaan menafi diri ini telah dijadikan satu seni kepada orang politik, terutama para menteri.
Contoh terbaru ialah penafian (Menteri Luar ) Syed Hamid Albar tentang kenyataan anti-Yahudi oleh Mahathir Mohamad dalam persidangan OIC yang ke-12 yang lalu. Ia adalah satu kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab dari seorang perdana menteri, tidak mengira dari mana negara pun dan apa agama yang dianutinya.
Kepada Mahathir, ucapan ini mungkin dibaca sebagai ucapan 'last kopek' dari seorang yang akan hilang kuasa dalam masa beberapa hari lagi. Tetapi di sebalik ucapan 'last kopek' ini, wujud methodologi pemikiran si Mahathir yang amat mudah dibaca dan amat merbahaya.
Garis pemisah di antara manusia dan engan binatang ialah keupayaan manusia berfikir dan menafi diri. Menafi diri adalah tabiat manusia yang paling ulung hinggakan ini menjadi salah satu jalur falsafah petanda wujudiah manusia. Di Malaysia keupayaan menafi diri ini telah dijadikan satu seni kepada orang politik, terutama para menteri.
Contoh terbaru ialah penafian (Menteri Luar ) Syed Hamid Albar tentang kenyataan anti-Yahudi oleh Mahathir Mohamad dalam persidangan OIC yang ke-12 yang lalu. Ia adalah satu kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab dari seorang perdana menteri, tidak mengira dari mana negara pun dan apa agama yang dianutinya.
Kepada Mahathir, ucapan ini mungkin dibaca sebagai ucapan 'last kopek' dari seorang yang akan hilang kuasa dalam masa beberapa hari lagi. Tetapi di sebalik ucapan 'last kopek' ini, wujud methodologi pemikiran si Mahathir yang amat mudah dibaca dan amat merbahaya.
Sikap anti/bencikan Yahudi ini sebenarnya telah lama wujud dalam cara Mahathir berfikir dan terus merangsang dari bawah sedarnya. Dari segi mikronya, di Malaysia, pemikiran rasis ini telah ditujukan kepada orang Cina.
Ini jelas terbukti dari tulisan dalam bukunya Malay Dilemma . Orang Cina dianggap sebagai 'satu masaalah - the chinese problem' - yang menghalang orang Melayu maju jaya. Dari segi makro - dalam dunia yang lebih luas - Mahathir telah menyalahkan orang Yahudi sebagai pencetus semua masalah dunia hari ini.
Mahathir, dalam ucapannya, telah menuduh Yahudi sebagai pembawa falsafah/fahaman sosialisme, komunisme, membawa konsep demokrasi, dan mengajukan hak asasi dan kebebesan bersuara. Dalam pemikiran Mahathir, orang Yahudi hari ini sedang berkomplot dan menggunakan orang lain - proksi - untuk menakluki dunia.
Pandangan ini, jika diteliti, akan dilihat sealiran dengan pemikiran falsafah Umno. Semasa Umno berkempen di kampung-kampung dan apabila berhadapan dengan masyarakat Melayu - yang dijadikan musuh untuk ditohmah dan dimusibatkan ialah orang Cina.
Berkonpirasi
Atau semasa anak muda dan mahasiswa dipanggil oleh Biro Tata Negara (BTN- satu aparacik Umno ), mereka akan menerima ceramah-ceramah rasmi tentang bagaimana orang Cina sedang berkomplot dan berkonpirasi untuk memiliki/membolot tanah Melayu.
Cina yang dimusuhi dalam bacaan Umno/BTN, termasuk juga Cina dari Singapura. Jalur pandangan ini tersebar luas di kalangan ahli dan pimpinan Umno. Secara tidak bertulis/rasmi, pandangan 'benci Cina ' ini sedang dijadikan induk falsafah perjuangan Umno.
Dalam masa yang sama, ada juga kumpulan Melayu lain yang 'membeli' pandangan ini, walau pun mereka memiliki siasah yang berbeza dari Umno. Terbukti bagitu meluas sekali pandangan rasis ini telah tersebar.
Kebencian telah/sedang/akan ditanamkan kepada warga untuk melihat bahawa Yahudi dan Cina itu sama saja. Untuk rakyat dunia, musuh mereka ialah Yahudi dan untuk orang Melayu/Islam di Malaysia, musuh mereka ialah orang Cina. Justeru tidak ada bezanya dia ntara Cina dan Yahudi dalam pandangan Umno/Mahathir - kedua-duanya dari lubang yang sama.
Pemikiran rasis ini dapat difahami melalui methodologi teori Orang Lain - The Others. Rasisme di sini bermakna membenci satu-satu kaum atau bangsa kerana mereka dianaggap 'orang lain'. Membenci orang lain kerana kulit, bahasa, agama atau seksualiti, bukan sesuatu yang baru.
Hujah agama, bahasa atau kulit ini, hanyalah sebahagian dari taktik pengolahan persetujuan untuk mendapatkan sokongan. Perjuangan agama, bahasa atau warna kulit dimasukan sama untuk melunak dalam pengolahan hujah mencari persetujuan. Di belakang semua ini ialah perebutan punca ekonomi atau perebutan harta kekayaan dan kuasa - inilah asas unggul rasisme.
Bantai Yahudi
Jika kita membaca sejarah 4,000 tahun orang Yahudi, kita akan memahami bagaimana Yahudi telah dijadikan orang lain dari semenjak ribuan tahun dahulu. Hitler bukan orang yang pertama melakukan pembantaian terhadap Yahudi.
Di Itali, di Sepanyol, di Eropah Tengah, di Russia, orang Yahudi terus dibantai dan dijadikan orang lain. Dan jika diselidiki hukum dan pensejarahan ini, maka kita akan menemui bahawa di belakang semua ini ialah perebutan punca ekonomi.
Isi ucapan Mahathir yang menyentuh Yahudi itu terlalu cetek dan simplistik. Memang betul, Karl Marx ahli falsafah dan sosiologist yang telah mengajukan konsep komunis dan sosialis adalah seorang Yahudi. Adalah juga betul bahawa Revolusi Oktober 1917 di Russia dipimpin oleh VI Lenin berdarah setengah Yahudi dan Trotsky pengasas Tentera Merah Russia juga seorang Yahudi.
Tetapi falsafah dan teori komunis/sosialis yang mereka ajukan adalah untuk golongan tertindas dan menaikan taraf kaum tani dan buruh miskin. Dalam masa yang sama, kebanyakan pemodal yang didobrak oleh idealogi sosialis dan komunis ini adalah pemodal Yahudi sendiri. Hujah Mahathir itu jelas satu 'oxymoron'.
Mahathir amat membenci falsafah sosialis dan komunis hanya disebabkan pengasas pemikiran ini orang Yahudi. Pandangan seperti ini salah. Dari segi arkeloji sejarah ilmu - ilmu itu bertokoh tambah. Dari pemikiran falsafah Socrates hingga ke Marx, ada ratusan pemikir lain yang telah muncul dan mengajukan idea dan falsafah.
Semua ini saling pengaruh dan mempengaruhi. Malah Marx sendiri mengembangkan pandangan marxisnya dari kritikan beliau terhadap teori dialektik Hegel, seorang Jerman. Tidak ada satu pandangan atau pemikiran yang dimiliki atau dimonopoli hanya oleh satu kabilah, satu kaum atau satu bangsa.
(Tulisan rumi yang sedang dibaca ini berasal dari pemikiran Greek yang berkembang di Rome tua dan di bawa ke sini oleh Belanda, Portugis dan Inggeris. Semuanya sambung-menyambung. Perkataan dilemma dalam buku Malay Dilemma berasal dari konsep perkataan Inggeris.)
Hubungan rapat
Hujah bahawa jika idea/falsafah/pandangan datang dari Yahudi, maka ianya wajib ditentang, bukan satu pandangan yang ilmiah dan tidak berdiri dalam alam pemikiran yang rasional. Malah jika dipanjangkan hujah ini, ianya akan menimbulkan permasalahan yang paling besar dan akan mejerut leher Mahathir sendiri.
Soalan akan timbul: bagaimana pula dengan agama Judaism, Katholik dan Islam. Apakah dapat diputuskan pertalian antara agama Judaism dengan Katholik dan Islam. Sesiapa yang telah melakukan pembacaan dan penelitian tentang tiga agama ini, pasti akan menemui hubungkait yang amat rapat antara ketiga-tiga agama ini.
Tidak banyak perbezaan, malah terlalu banyak persamaan naratif dalam kitab Perjanjian Lama, Perjanjian Baru dengan al-Quran. Secara ilmiah dan rasional, agama-agama ini muncul dari pengumpulan pengalaman dan pemikiran orang Yahudi.
Malah, apakah Mahathir lupa bahawa 24 daripada 25 rasul yang wajib dikenali dan dihafal nama mereka oleh umat Islam yang warak datangnya dari bani Isreal - baca Yahudi. Lihat dan bacalah ayat-ayat awal dalam al-Quran, semuanya menghala dan merujuk kepada agama Nabi Ibrahim. Siapakah manusia yang bernama Ibrahim ini. Bukankah dia seorang Yahudi. Dari sinilah punca agama Islam sendiri.
Intimnya Judaism dengan Islam, dapat dibuktikan yang penganut Islam tidak akan merasa ragu-ragu untuk memakan makanan orang Yahudi yang 'kosher' (halal dalam bahasa Hebrew). Tradisi pemakanan orang Islam hari ini adalah hasil dari tradisi cara orang Yahudi makan. Konsep menyembelih binatang itu datang dari tradisi orang Yahudi. Malah perkahwinan di antara tiga penganut agama ini adalah sah.
Sokong Palestin
Selain daripada nabi-nabi yang berasal dari Bani Israel, kita juga akan bertemu dengan para pemikir kontemperori Yahudi yang mengambil dasar anti-regim Isreal dan pro-perjuangan adil rakyat Palestin dan Arab.
Contoh terulung ialah Noam Chomsky. Beliau adalah seorang pemikir dan intelektual Yahudi. Apakah kritikan beliau terhadap Bush yang disiarkan dalam Harakah , tidak dapat diterima kerana Noam Chomsky seorang Yahudi. Ada ribuan intelektual Yahudi yang menyokong perjuangan Palestin dan rakyat Arab dari merata pelusuk dunia ini.
Apakah sokongan mereka ditolak kerana mereka Yahudi. Dalam Isreal sendiri, ada ratusan ribu orang Yahudi yang berpayung di bawah Peace Movement. Gerakan damai ini menyokong tuntutan adil rakyat Palestin untuk mendirikan negara sendiri..
Ada satu lagi perkara yang amat penting dan wajib diperjelaskan di sini. Ini tentang angka pembantaian nazi di zaman Hitler. Memanag sahih, hampir 6 juta Yahudi dikorbankan. Tetapi semasa perang dunia kedua, mangsa utama pembantaian nazi Hitler bukan orang Yahudi, tetapi orang Russia.
Seramai 20 juta atau satu perempat rakyat Russia ketika itu, gugur menentang Hitler. Fakta ini tidak menjadi ingatan kolektif perang dunia kedua kerana munculnya pula perang dingin sesudah perang dunia kedua tamat.
Media pro-kapitalis yang anti-sosialis dan anti-komunis telah melupuskan fakta ini. Turut sama dibantai oleh Hitler ialah kaum Gipsy, warga Jerman yang terencat akal atau cacat dan gulungan homoseksual. Angka pembantaian terhadap gulungan ini boleh memcecah angka juta.
Zionisme
Dan di Malaysia sendiri, banyak syarikat yang dana saham dan modalnya yang dimiliki oleh orang Yahudi. Kepentingan mereka berselirat di dalam banyak syarikat multinasional. Ini tidak menghairankan kerana ini adalah dasar perdangan bebas dalam sistem ekonomi kapitalis.
Sila kaji dan lihat syarikat luar negara yang berniaga di Malaysia dan pasti akan ditemui saham yang dimiliki oleh Yahudi. Solomon and Barney amat jelas sekali namanya sebagai syarikat yang dimiliki oleh Yahudi.. Tetapi syarikat ini, pernah menjadi penasihat ekonomi kepada kerajaan Mahathir sendiri.
Apa yang seharusnya disarankan kepada warga di Malaysia di sini bukanlah sikap anti-Yahudi tetapi sikap anti-Zionis. Sikap anti-Zionis adalah satu sikap politik yang betul. Ini kerana zionisme adalah fahaman rasis dan perkauman. Pada 1974, PBB meluluskan satu resolusi yang menyatakan zionisme sebagai fahaman setaraf dengan apartheid.
Zionismelah yang wajib dilawan dan ditentang bukan Yahudi. Di Malaysia sering berlaku salah anggap dan menyamakan Yahudi dengan Zionisme. Yahudi ialah satu bangsa dan zionisme adalah satu fahaman perkauman yang eklusif. Zionist menganggap kaum/agama mereka sahaja yang suci dan yang dipilih oleh Yang Maha Esa untuk memasuki syurga. Agama orang lain adalah salah dan akan dilaknati.. Ini asas fahaman Zionis.
Fahaman Zionis sedang ditentang oleh orang Yahudi sendiri, termasuk para intelekual seperti Noam Chomsky. Malah di Isreal, ada beberapa mazhab Judaisma yang menentang zionisme dan tidak bersetuju dengan penubuhan Isreal sendiri. Rabai-rabai dari mazhab inilah yang seringkali dilihat bertemu dan berbincang dengan Abu Ammar aka Yaseer Arafat.
Jadi, apabila Mahathir menyatakan bahawa konsep demokrasi dan hak asasi ini juga diajukan oleh orang Yahudi, maka Socrates, Plato, Democritus, Aristotle akan terbahak-bahak ketawa di dalam kubur mereka.
Konsep dan idea demokrasi serta hak asasi berpunca muncul dari pemikiran dan falsafah Greek, bukan dari pemikiran Yahudi. Bagaimana Wira Dunia Ketiga ini gagal dalam hal ini - wallahu alam bissawab.

