Most Read
Most Commented
Read more like this

' We can never be sure that the opinion we are endeavouring to stifle is a false opinion; and if we were sure, stifling it would be an evil still ' John Stuart Mill dalam On Liberty (1859).

Lima tahun lalu, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) di New York menamakan dua editor kanan media Malaysia sebagai mangsa pencabulan hak kebebasan akhbar.

Johan Jaaffar sebagai ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, dan Ahmad Nazri Abdullah (ketua pengarang Berita Harian ) dianggap menerima tekanan politik Dr Mahathir Mohamad sebagai langkah mempersiapkan aksi politik ke atas timbalannya pada 2 September 1998. Yunus Said (TV3) juga terbabit. Waktu itu perdana menteri mendakwa tindakan demikian "bukan kerana politik".

Abdullah Ahmad, juga suka dikenali Dollah Kok Lanas (DKL) , terpaksa melalui penghujung jalan seperti tiga tokoh media berpengaruh itu. Jalan yang sama pernah ditempuhi A Kadir Jasin, Munir Majid (kumpulan New Straits Times) dan Zainuddin Maidin (kumpulan Utusan Melayu), tokoh-tokoh berpengalaman dalam dunia media tempatan.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS