Most Read
Most Commented
Read more like this

Media massa kita harus menyebarkan wacana rancak dalam semua bidang, mengangkat seniman dan produk seni tanpa diskriminasi yang bermutu serta berdaya saing untuk membolehkan kita ke pentas antarabangsa.

Setakat ini, media hanya memberi promosi atau menyebar gosip itu pun di kalangan pelakon dan penyanyi tetapi tidak menyuburkan debat sihat dan pendidikan seni secara menyeluruh.

Jarang kita temui penulisan, baik tentang seni atau kritik seni di akhbar atau televisyen, apatah lagi majalah hiburan. Bidang ini seolah-olah tidak diterokai oleh seniman, wartawan dan sarjana.

Akibatnya pembaca dan orang ramai diajak berhibur semata-mata tetapi tidak mendidik mereka selok-belok seni, produk seni dan idea. Inilah juga puncanya kedudukan seni dan peranannya dalam masyarakat masih kabur. Seni dikaitkan dengan hiburan pop semata-mata.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS