Most Read
Most Commented
Read more like this

"Tak perlu sedu sedan itu, aku ini binatang jalang, dari kumpulannya terbuang, biar peluru menembus kulitku, aku tetap meradang menerjang, luka dan bisa kubawa berlari, hingga hilang pedih peri"

Chairil Anwar dalam sajaknya 'Semangat' (1943)

Lupakan syor-syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Walau usianya sudah setahun, sejak 12 November 2002, syor-syor yang progresif ini belum mempunyai sebarang tanda akan dilaksanakan.

Dalam laporan tahunannya edisi 2002 (Bab 3, perkara iv), antara lain, Suhakam mencadangkan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA), pindaan beberapa fasal kontroversi berkaitan permit tahunan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, memberi takrif baru 'rahsia' dan mengkaji semula hukuman berat Akta Rahsia Rasmi (OSA), membentuk sebuah majlis media yang bebas, dan menyediakan kad pengenalan wartawan tanpa diskriminasi.

Kita tidak tahu bagaimana menteri berkenaan, yang juga Perdana Menteri, melihat syor-syor suruhanjaya ini. Abdullah Ahmad Badawi pernah dilaporkan "ingin mendengar kebenaran" daripada masyarakat. Namun, jika KDN tidak bertindak segera terhadap syor-syor Suhakam, kata-kata Perdana Menteri itu tidak lebih daripada janji-janji politik yang kosong semata-mata.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS