Most Read
Most Commented
Read more like this

"Well, no, I don't think that the solidarity of belonging is much of a prize. I appreciate that it can bestow some pride, and that it can lead to mutual aid and even brother- and sisterhood, but it has too many suffocating qualities, and many if not most of the benefits can be acquired in other ways."

Christopher Hitchens dalam Letters to a Young Contrarian (2001)

Pembangkang menuduh kerajaan sekarang menyekat kebebasan, terlalu mengongkong, dan sebab itu, kita gagal memenangi hati orang ramai. Tetapi, apakah kita benar-benar inginkan kebebasan? Atau "kebebasan" yang kita sendiri takrifkan untuk keselesaan aliran dan kelompok kita sahaja?

Pembangkang juga menuduh kerajaan tidak adil, tidak mewujudkan ruang persaingan yang sama rata, tetapi apakah kita sendiri sungguh-sungguh mahu kesetaraan ruang ini? Atau, tuduhan ini hanya satu ucapan manis untuk menarik simpati orang ramai dalam proses merebut kekuasaan?

Kerajaan sering didakwa tidak demokratik tetapi apakah pembangkang menghayati nilai dan budaya demokrasi? Atau, jika boleh membawa keuntungan pengaruh, kita juga percaya bahawa sebenarnya tidak perlu bersikap demokratik?

Saya ragu-ragu, sungguh-sungguh. Hakikatnya perebutan pengaruh politik di negara ini bukan persoalan membebaskan diri daripada kekuasaan, kumpulan dominan atau belenggu sosial, tetapi memanjangkan wacana kelompok sendiri.

Masih banyak tertunggak pokok perbahasan tentang kebebasan. Apa erti kebebasan individu, hubungan individu dengan masyarakat, perbezaan ruang awam dengan ruang peribadi, batasan kuasa (kerajaan) ke atas individu dan orang ramai, tindakan orang ramai untuk menyekat kuasa majoriti inilah contoh-contoh persoalan yang gagal dibicarakan dan difahami di peringkat popular.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS