Agenda pentadbiran Pak Lah tidak dapat tempat di hati rakyat?
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sudah lebih 90 hari menjadi Perdana Menteri. Kalau diikutikan tradisi bersalin orang Melayu dulu-dulu, beliau sudah hampir habis pantang. Apabila habis pantang, segala pantang larang boleh dilanggar. Sudah bebas untuk makan, minum, boleh pergi ke mana sahaja dan boleh melakukan apa sahaja.
Itu pantang orang bersalin, tetapi pantang orang politik lain bicaranya. Tempoh 100 hari bagi seorang pemimpin dilihat sebagai tempoh percubaan. Tempoh untuk menguji kebolehan dan kewibawaannya sebagai pemimpin. Pak Lah menganggap beliau telah berjaya melalui tempoh tersebut. Beliau gembira dan lega kerana agenda kerjanya diterima dan diyakini rakyat.
Pak Lah yakin sebahagian besar rakyat menerima dan menyakini kerajaan dan jentera pentadbirannya. Memang banyak perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima itu sepanjang tiga bulan pertama pentadbirannya itu.
Walaupun beliau tidak menunjukkan cita-cita besar sebagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad, namun pendekatannya yang mesra rakyat dan berpijak di bumi nyata, telah berjaya menunjukkan beliau mampu mentadbir dengan caranya sendiri.
Bayang-bayang Dr Mahathiri yang dikhuatiri menghantuinya, berjaya dikikis sedikit demi sedikit. Pak Lah memulakan kerja dengan slogan "berkerjalah bersama-sama saya, bukan berkerja untuk saya".
Ternyata ramai yang mahu berkerja bersama-sama beliau. Segala tindakannya, daripada membanteras rasuah, mengurangkan kemalangan jalanraya, menghapuskan karenah birokrasi, mengutamakan sektor pertanian dan masyarakat luar bandar dialu-alukan.

Usaha beliau untuk menghidupkan kembali nilai-nilai murni dalam masyarakat, menekan aspek keagamaan di peringkat sekolah rendah dan menengah serta memerangi jenayah rogol menunjukkan keperihatinan beliau terhadap nilai-nilai moral.
Gejala rasuah
Dalam diam-diam, sebenarnya beliau melahirkan kebimbangannya terhadap sikap masyarakat kita yang telah menjadi begitu materialistik sejak dua dekad yang lalu.
Segala retorik, teori dan falsafah telah diutarakan oleh Pak Lah sepanjang melancarkan agenda pemerintahannya. Jelas sekali, apa yang dicanangkan beliau itu bukanlah perkara baru. Semuanya telah diperjuangkan oleh pemimpin sebelum beliau.
Namun semuanya masih relevan untuk ditekankan oleh Pak Lah kerana gejala seperti rasuah, jenayah seks, sumbang mahram dan kekurangan pendidikan keagamaan, tidak begitu diambil peduli oleh regim sebelum ini.
Pak Lah memberi nafas baru kepada "lagu-lagu lama". Kira harapkan irama yang diperbaharui itu bukan sekadar teori atau gembar-gembur sahaja. Cukuplah tempoh 100 hari itu kita berdebat dan berteori, kini rakyat mahu melihat tindakannya. Biarlah tempoh 100 bulan selepas ini dipenuhi dengan tindakan tegas untuk menangani gejala, masalah dan jenayah tersebut.
Untuk mengatakan Pak Lah berjaya atau gagal dalam tempoh pantangnya yang singkat itu, adalah suatu yang tidak adil. Dari aspek mencetuskan idea atau mengenengahkan isu, Pak Lah boleh dikatakan berjaya. Namun dari aspek pelaksanaannya, ia masih terlalu jauh dan belum boleh dinilai.
Rakyat patut memberikan Pak Lah dan pasukannya masa untuk melaksanakan segala janji dan agenda beliau. Selepas setahun, mungkin kita boleh membuat penilaian awal. Kalau selepas 12 bulan masih tiada tindakan diambil, tiada undang-undang jenayah seks dan akta kemalangan jalanraya yang lebih keras, barulah wajar untuk mengadili Pak Lah.
Andainya selepas ini hanya "ikan bilis" sahaja yang masuk pukat, sedangkan kes-kes besar seperti penyelewengan dalam Perwaja dan salahlaku dalm pemberian konsesi balak lepas bebas, barulah kita boleh melabel, "Pak Lah dan Dr Mahathir sama sahaja".
Akar umbi
Urusan kerajaan, khususnya perkhidmatan kaunter yang merupakan antara perkara pertama yang disentuh dan ditegur oleh Pak Lah, harus juga menunjukkan perubahan. Jika selepas enam bulan atau setahun, mutu kerja masih di takuk lama, Pak Lah bukan sahaja wajib turun padang sekali lagi, malah perlu bertindak membersihkan kepimpinan di jabatan-jabatan berkenaan.
Sebenarnya, sejauhmana berkesannya kepimpinan Pak Lah di peringkat akar umbi, masih diragui. Tidak dinafikan banyak pihak berdiri teguh di belakang beliau. Memang benar isu-isu yang dibangkitkannya dibicarakan oleh rakyat. Namun kebanyakannya masih bersifat bermusim.
Orang-orang di sekeliling Pak Lah tidak istiqamah berbicara dan bertindak terhadap isu-isu itu. Dalam soal rasuah misalnya, hanya Pak Lah yang tidak putus-putus bercakap mengenainya. Usaha memerangi masalah sosial termasuk VCD haram, mesin judi haram, lumba haram dan sumbang mahram, ibarat hangat-hangat tahi ayam! Kita bimbang kalau-kalau sokong itu membawa rebah!
Dalam soal rasuah terutamanya, Pak Lah seolah-olah keseorangan kerana segala suara-suara yang menyokong tindakan beliau itu sekadar "echo' yang tidak mempunyai apa-apa kesan.
Pak Lah tidak boleh khayal atau terlalu selesa dengan segala sokongan yang diberikan kepadanya kerana dikhuatiri ia sekadar taktik untuk "ambil hati bos". Ramai yang sanggup memakai baju batik pada setiap hari Sabtu walaupun hati kecil dan tubuh berasa tidak selesa, semata-mata kerana mahu membodek!
Sebenarnya, sama ada Pak Lah sedar atau tidak, sebahagian isu-isu yang diketengahkannya selama 90 hari lalu, sering ditenggelami oleh dua isu yang lebih panas iaitu siapa bakal PM (ketika Datuk Seri Najib belum dilantik) dan bila pilihanraya umum akan diadakan?
Dua perkara ini lebih kerap dibicarakan di kedai kopi, kafe, lobi hotel atau di dalam perjumpaan parti kerajaan dan juga pembangkang. Dalam setiap sidang akhbar, pertanyaan tentang keberkesanan teori atau langkah Pak Lah jarang sekali ditanya. Soalan yang kerap diajukan ialah bila tarikh pilihanraya dan siapa akan jadi orang nombor dua beliau.
Mandat baru
Jelas sekali, rakyat masih tertumpu pada politik Soal moral dan pembangunan tolak tepi. Sikap rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, masih tidak berubah. Selepas soalan siapa bakal TPM terjawab, gelombang politik tidak juga reda.
Kini tumpuan terjurus kepada pilihanraya umum. Kemarahan kepada "Mat Rempit' - bapak dan abang yang bersifat haruan makan anak serta pesalah rasuah - lenyap ditenggelami cerita-cerita politik yang lebih sensasi.
Kini kita dihidangkan dengan rencah politik dari Kelantan, Terengganu dan Kedah yang mendakwa Umno semakin kuat dan kononnya semakin ramai ahli PAS membenci tuan guru Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang.
Agenda pembangunan dan moral Pak Lah tidak mendapat tempat di fikiran dan hati rakyat walaupun RTM dan akhbar arus perdana terus-menerus mencanangkannya.
Nampaknya, Pak Lah perlu mengadakan segera pilihanraya umum bagi menyejukkan iklim dan nafsu politik mereka. Pilihanraya umum juga perlu disegerakan supaya Pak Lah mendapat mandat baru untuk terus memerintah dengan yakin dan berkesan.
Selagi pilihanraya umum dan kabinet baru yang menjadi pilihan Pak Lah tidak diadakan dan dibentuk, selagi itulah Pak Lah akan keseorangan memperjuangkan agenda agama, pembangunan dan sosialnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.