Huzir, sekarang bukan 1999
Ada yang tidak kena pada jam 6 pagi, hari pembuangan undi 29 November 1999. Tiga teman serumah berdepan dengan femme fatale 'Natasha'. Ada rahsia besar antara tengah malam hingga subuh hari itu. Semuanya gara-gara Natasha, kepentingan diri muncul dan semangat setiakawan akhirnya tergugat.
Fozi, arkitek yang menyokong PAS, berdepan dengan realiti tiba-tiba ini bersama Francis, tidak minat berpolitik, dan Dedric Chan, seorang aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan penyokong kuat kempen seorang calon pembangkang.
Tetapi apakah kita akan bertemu Francis, Fozi dan Dedric lagi? Tidak! Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin mereka bertiga 'didisiplinkan' demi menghadapi pilihan raya umum tahun ini.
Lima tahun lepas sudah berbeza, watak ciptaan Huzir Sulaiman ini harus juga tahu menghargai kepemimpinan Perdana Menteri baru, mungkin. Sekarang, bukan era Dr Mahathir Mohamad.
Lewat bulan lepas, permohonan Five Arts Centre untuk mempersembahkan teater arahan Krishen Jit itu pada 12 Februari (Khamis) ditolak.
Election Day
, yang pernah ditonton lima tahun lalu didakwa melanggar "enam daripada lapan syarat" lesen DBKL.
Bagaimanapun dewan bandaraya, seperti juga cara Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengendalikan permit penerbitan, tidak menyatakan sebab-sebab larangan itu.

Sekurang-kurangnya kerajaan PAS Terengganu memberikan alasan majlis Kongsi Raya disekat di negeri itu kerana bertentangan dengan budaya penduduk setempat.
Tidak sesuai
Malah, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) menghalang acara itu, menurut Abdul Hadi Awang ( The Star , 8 Feb), kerana rambut afro penyanyi Alleycat itu sejenis 'budaya Barat'! Setidak-tidaknya, PAS lebih jujur daripada KDN atau DBKL kerana sanggup memberi alasan jelas.
Sikap dewan bandaraya menyebabkan Five Arts Centre dalam keadaan bingung, kata jurucakapnya Mark Teh.
Malah mereka dimaklumkan oleh timbalan ketua pengarah DBKL Salleh Yusup dan ketua bahagian pelesenannya Saringat Adnan bahawa skrip itu 'tidak sesuai'.
Pindaan terpaksa dibuat berdasarkan skrip yang dipulangkan, selepas ditanda, oleh pegawai DBKL. Nama-nama individu, organisasi dan beberapa perkataan dianggap harus dibuang. Antaranya, 'Guardian Pharmacy', 'Anwar Ibrahim', 'Sivarasa Rasiah', 'Shahrizat Jalil', dan ungkapan 'Hidup Mahathir'.
Lebih menghairankan, kata Teh kepada malaysiakini minggu lepas, penerbit itu tidak menjangkakan skrip Election Day ditapis sebegitu rupa kerana ia pernah diedarkan dalam bentuk buku koleksi Huzir, 8 Plays .
Kontroversi teater dengan DBKL bukan baru. Vagina Monologues pernah menimbulkan kontroversi pada Mac 2002. Cuma garis panduan baru DBKL ini dikeluarkan selepas kontroversi dengan Instant Caf Theater, 2nd First Annual Bolehwood Awards - The Director's Cut (Julai tahun lepas).
Pihak berwajib, saya dimaklumkan, turut menapis skrip-skrip bagi empat persembahan teater Projek Suitcase 2003 (Disember 2003) pertengahan bulan ini, yang diusahakan oleh penggiat muda negara ini dan Singapura. Ungkapan "Cina makan babi" dalam satu skrip tempatan tidak dibenarkan.
Wisma Putra dengan khabarnya, malah, melarang perkataan "George W Bush" dan "Tony Blair" diungkapkan oleh pelakon-pelakon ini!
Pada September tahun lalu, penggiat-penggiat teater berbahasa Inggeris pernah memprotes tindakan DBKL. Malah, sebuah buku Freedom of Expression in the Arts diterbitkan tidak lama kemudian.
Apakah Huzir juga, selain menulis skrip dan berlakon, perlu menulis dan berkempen tentang kebebasan kreatif pula selepas ini, tidak jauh bezanya aktivis NGO dan pembangkang?
Seperti wujudnya kelompok-kelompok, walau kecil, untuk kempen kebebasan akhbar?