Most Read
Most Commented
Read more like this

Seorang teman saya mengajak kami mengadakan semacam 'kongres' di kalangan penggiat muda seni budaya - katanya tentang 'budaya pop', khususnya Melayu. Ia mahu disegerakan.

Tetapi idea mengadakan kongres nasional di kalangan anak muda bukan idea baru teman-teman saya. Namun, saya sangat sedar apa erti atau signifikan 'kongres', 'diskusi' atau 'wacana' di negara ini.

Seperti juga projek penerbitan di kalangan anak muda, kongres atau sebut sahaja diskusi tidak mungkin 'dijayakan'. Pengalaman berdepan dengan anak muda - di segenap peringkat dan dalam pelbagai kelompok - sangat mengecewakan.

Misalnya aktivis siswa yang kritis terhadap kerajaan atau anak-anak muda yang menyertai Gerakan Reformasi serta badan bukan kerajaan (NGO), bagaimanakah sikap mereka terhadap ilmu dan ketekunan merumus persoalan bangsa?

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS