Pilihanraya 2004: Mungkinkah ada buaya dalam air tenang?
Gelanggang pilihanraya umum ke-11 sudah dibuka. Siapa lawan siapa dan di mana mereka bertarung sudah diketahui. Debarannya sekarang ialah pada 21 Mac ini, untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung calon, dipangkah orang!
Siapa agaknya akan menjadi pilihan? Dapatkah Barisan Nasional (BN) menang besar? Mampukah PAS terus mempertahankan Kelantan dan Terengganu? Adakah Kedah dan Perlis akan juga terlucut dari genggaman BN? Dan masih terpilihkah Datin Seri Wan Azizah Ismail di Permatang Pauh?
Semua ini bakal terjawab pada malam Ahad ini. Kalau kita yang menjadi pemerhati politik dapat merasakan debarannya, Pastinya para calon YB tidak tidur lena sepanjang tempoh seminggu ini. Lebih terasa kegelisahan dan kebimbangannya ialah calon-calon yang sudah sekian lama berangan-angan untuk menjadi wakil rakyat.
Secara umumnya pilihanraya kali ini agak "sejuk" jika dibandingkan dengan pilihanraya umum 1999. Senario dan sentimen kali ini agak tenang. Bahang yang memuncak pada November 1999 sudah susut, terutamanya dari segi isu. Nyatakan sekali tanpa isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, politik Malaysia seperti telah hilang seri dan taringnya.
Namun ini tidak bererti pilihanraya ke-11 ini tidak menarik. Malahan dari beberapa aspek ia sebenarnya telah mencatatkan beberapa sejarah tersendiri. Memang dari segi isu, tidak banyak yang boleh diperkatakan namun beberapa kejutan telah memberi nafas baru kepada pilihanraya ini.

Menang percuma
Pertama sekali, pada 13 Mac lalu, buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya Malaysia, seorang calon pembangkang telah menang percuma di Johor. Kemenangan tanpa bertanding calon PAS di Senggarang itu telah mencemar rekod bersih BN negeri tersebut.
Buat pertama kalinya PAS mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri Johor. Adakah ini satu petanda baik bagi menyuburkan benih PAS di negeri kubu kuat Umno itu?
Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan percuma itu sebagai bulan jatuh ke riba. Kemenangan tunggal calon PAS itu sudah cukup untuk menenggelamkan kemenangan percuma BN di 22 kerusi lain.
Selain itu pilihanraya kali ini juga mencatat sejarah apabila PAS buat pertama kalinya meletakkan anggota wanita sebagai calon. Lebih 7 orang pemimpin wanita parti Islam itu menjadi bakal YB. Dan yang paling menjadi perhatian ialah pencalonan Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Lo' Lo' Ghazali di parlimen Bukit Gantang. Jangan terkejut jika beliau melakukan " upset " di situ.
Pakatan longgar
Pilihanraya kali ini juga menyaksikan bagaimana pakatan Barisan Alternatif menjadi semakin longgar. Di beberapa kawasan berlaku pertembungan tiga penjuru antara PAS, DAP atau Keadilan dengan BN.
Malah di kalangan ketua-ketua parti juga bertelagah. Datuk Seri Haji Hadi Awang telah membidas Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan mengumpamakan mereka berdua sebagai " sudah luput tempoh ".
Manakala Tuan Guru Nik Aziz memprotes pencalonan Dr Syed Husin Ali di Kota Bharu.
Bagaimanapun bagi penulis, pertelagahan antara Haji Hadi dengan pemimpin DAP itu tidak lehih daripada satu sandiwara. Haji Hadi mungkin mahu mengabui mata para pengundi Cina supaya mereka tidak menganggap wujudnya pakatan sulit antara PAS dan DAP.
Lantas kontroversi atau konflik itu diwujudkan semata-mata untuk memberi keuntungan politik kepada DAP lebih-lebih lagi bagi Lim Kit Siang yang bertarung di Ipoh Timur dan Karpal Singh di Bukit Gelugur.
Barisan pembangkang memang mengharap kedua-dua tokoh kebangsaan DAP itu masuk semula ke parlimen. Haji Hadi yang mungkin menjadi Ketua Pembangkang sekali lagi khabarnya bercita-cita membentuk satu barisan pembangkang yang kuat di Dewan Rakyat selepas ini.
Pertembungan dramatik
Pilihanraya kali ini juga dikejutkan oleh pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tentang kehilangan hak bertanding bagi tiga orang tokoh parti Keadilan, Ezam Mohd Nor, Azmin Ali dan Irene Fenandez di atas sebab undang-undang.
Kini ketiga-tiga mereka hanya boleh berceramah bagi membantu rakan-rakan yang lain. Ezam kempunan untuk mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan.
Dalam "kelembapan" suasana pilihanraya kali ini, sebenarnya masih wujud beberapa pertembungan yang menarik dan dramatik. Nombor satu sekali seluruh negara akan ternanti-nati keputusan di Permatang Pauh.
Adakah Ustaz Datuk Firdaus mampu menewaskan Wan Azizah? Keputusan di Tambun Tulang yang melagakan Datuk Dr Harun Din dengan Datuk Shahidan Kassim juga ditunggu penuh debaran. Kedudukan Datuk Dr Marshitah Ibrahim dan Datuk Taib Azamuddin di Baling juga ditunggu-tunggu.
Nasib Kit Siang di Ipoh Timur, Karpal di Bukit Gelugur, Datuk Seri S. Samy Vellu di Sungai Siput, Tian Chua di Batu, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di Besut dan Dr Hassan Ali di Sungai Burung juga dinanti-nantikan.
Seluruh pertandingan di Kelantan dan Terengganu baik kerusi Parlimen atau DUN akan diikuti setiap detik. Bukan sahaja nasib kerajaan PAS diperhatikan malah kalah menang, Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas turut mendebarkan.
Undi senyap
Memang benar kempen pilihanraya kali ini tidak semeriah tahun 1999 kerana tiada lagi ceramah-ceramah umum yang mengumpul puluhan ribu pendengar dan tiadanya laungan REFORMASI, namun ia dihangatkan oleh perang poster.
Pergilah ke Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis atau paling dekat, berkunjung ke Hulu Kelang, anda akan dapat rasakan kemeriahannnya.
Oleh itu jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Bahang isu Anwar mungkin sudah sejuk tetapi ia belum dingin. Orang ramai tidak lagi menjadi kelakatu yang mengejar cahaya lampu ceramah di padang-padang terbuka setiap malam, namun ia tidak bererti pendirian pengundi sudah berubah.
Mereka yang lantang bersuara, mereka yang menggantung bendera parti di pintu pagar atau tingkap rumah serta melekatkan stiker " Dulu Umno Sekarang PAS" sudah tidak kelihatan lagi. Namun siapa tahu kalau mereka membentuk satu "undi senyap" yang mungkin akan memerangkap BN dan Umno.
Para pemerhati politik yakin 90 peratus daripada mereka yang telah memangkah Barisan Alternatif pada tahun 1999, akan terus memangkah PAS, Keadilan dan DAP manakala yang mengundi BN akan terus setia dengan pegangan mereka. Jadi siapa akan menjadi penentu kemenangan?
Pastinya para pengundi baru. Siapa yang dapat menawan mereka ini, tunggu pada 21 Mac ini.
Kubur tanpa nesan
Oleh itu BN khususnya Umno tidak boleh terlalu yakin walaupun bilik gerakan mereka kini dibuka di setiap selekoh dan majlis-majlis mereka dihadiri ramai orang. Selagi pemilihan semangat dan sokongan itu tidak diterjemahkan kepada undi pada 21 Mac ini, BN/Umno belum boleh mendabik dada.
Kalau BN kembali berkuasa selepas Ahad ini tetapi Terengganu dan Kelantan masih kekal di tangan PAS, Pak Lah dan para leftenannya wajar berasa malu. Kemenangan BN/Umno tidak membawa erti apa kalau PAS gagal ditumbangkan di kedua-dua negeri itu.
Lebih-lebih lagi kalau PAS berjaya melebarkan pengaruhnya di Perlis dan Kedah. Kehadiran Datuk Dr Harun Din pastinya menggugat keyakinan Umno di Perlis.
Keputusan pilihanraya umum ini pastinya tidak akan mengubah BN/Umno, DAP dan PAS, namun dipercayai ia akan memberi kesan besar kepada Keadilan. Sebarang kegagalan untuk mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi pada tahun 1999 terutamanya Permatang Pauh akan bererti kubur tanpa nesan sedang menuggu parti itu.
Bersediakah kita menerima hakikat ini?

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.