Pertandingkan jawatan Timbalan Presiden Umno!
Mana lebih hebat - pilihanraya umum atau pemilihan pucuk pimpinan Umno? Ada orang mengatakan kedua-dua sama hebat, sama mendebarkan. Namun bagi penulis, pemilihan pucuk pimpinan Umno jauh lebih hebat daripada pilihanraya umum.
Ia lebih dramatik dan tragis. Debaran menunggu keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti Melayu terbesar itu adalah hingga ke hujungnya. Sedangkan, dalam pilihanraya umum, keputusannya sudah boleh dijangka dari awal lagi.
Lebih daripada itu, keputusan pesta demokrasi dalam Umno bakal menentukan pucuk pimpinan dan dasar-dasar negara. Jawatan yang dimenangi dalam pemilihan tiga tahun sekali itu lazimnya menjadi jambatan kepada sesiapa yang mahu memanjat hiraki politik negara.
Oleh kerana 'kehebatan' itu, bahang pemilihan pucuk pimpinan Umno perlahan-lahan menyebabkan rakyat terutamanya orang Melayu melupakan pilihanraya umum 2004 pada 21 Mac lalu.
Kini fokus perbualan di kedai kopi, 'coffee house' hotel-hotel dan media massa ialah siapa calon Naib-Presiden, siapa bakal menjadi Ketua Pemuda yang baru, siapa lawan Rafidah Aziz, siapa bakal tandingi jawatan Ketua Puteri Umno dan siapa calon-calon ahli Majlis Tertinggi (MT). Tidak kurang juga yang bercakap tentang kewajaran dua jawatan tertinggi parti dipertandingkan atau tidak.
Mana lebih hebat - pilihanraya umum atau pemilihan pucuk pimpinan Umno? Ada orang mengatakan kedua-dua sama hebat, sama mendebarkan. Namun bagi penulis, pemilihan pucuk pimpinan Umno jauh lebih hebat daripada pilihanraya umum.
Ia lebih dramatik dan tragis. Debaran menunggu keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti Melayu terbesar itu adalah hingga ke hujungnya. Sedangkan, dalam pilihanraya umum, keputusannya sudah boleh dijangka dari awal lagi.
Lebih daripada itu, keputusan pesta demokrasi dalam Umno bakal menentukan pucuk pimpinan dan dasar-dasar negara. Jawatan yang dimenangi dalam pemilihan tiga tahun sekali itu lazimnya menjadi jambatan kepada sesiapa yang mahu memanjat hiraki politik negara.
Oleh kerana 'kehebatan' itu, bahang pemilihan pucuk pimpinan Umno perlahan-lahan menyebabkan rakyat terutamanya orang Melayu melupakan pilihanraya umum 2004 pada 21 Mac lalu.
Kini fokus perbualan di kedai kopi, 'coffee house' hotel-hotel dan media massa ialah siapa calon Naib-Presiden, siapa bakal menjadi Ketua Pemuda yang baru, siapa lawan Rafidah Aziz, siapa bakal tandingi jawatan Ketua Puteri Umno dan siapa calon-calon ahli Majlis Tertinggi (MT). Tidak kurang juga yang bercakap tentang kewajaran dua jawatan tertinggi parti dipertandingkan atau tidak.
Sememangnya ahli-ahli Umno amat arif tentang politik. Hidup mereka sentiasa diselubungi kisah politik parti dan negara. Oleh itu, tidak hairanlah kalau semua ahli Umno kini menjadi pak nujum, meramal siapa yang bertanding dan siapa yang akan menang dan bakal kecundang.
Alasan
Kerana sifat semula jadi itulah maka 'gayung' yang dihulur oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin cepat disambut. Sana-sini pemimpin Umno mengulas saranan beliau supaya Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dicabar dalam pemilihan pucuk pimpinan akan datang.
Semuanya menyokong kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan di atas alasan untuk mengekalkan keuntuhan parti dan mengelakkan pecahbelah. Paling lantang dan gembira menyambut baik saranan Muhyiddin itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
Serta-merta beliau mendakwa keputusan tidak mempertandingkan kedua-dua jawatan tertinggi itu sebagai amalan parti. Agaknya Timbalan Perdana Menteri itu terlupa sejarah Umno.
Kedua-dua jawatan itu hanya tidak dipertandingkan selepas 1991 apabila Ghafar Baba (ketika itu belum bergelar Tun) angkat bendera putih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu pertandingan sengit berlaku pada tahun 1987, 1984, dan 1981.
Demokrasi dalam Umno hanya disempitkan pada pemilihan tahun 1994, 1997, dan tahun 2000 apabila jawatan nombor satu dan nombor dua yang ketika itu disandang oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (belum dianugerahi gelaran Tun ketika itu) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipertandingkan.
Rasionalnya ketika itu tetap sama, kononnya demi perpaduan dan kekukuhan parti sedangkan ahli-ahli Umno sedar ia tidak lebih daripada muslihat untuk memastikan Dr Mahathir tidak dicabar oleh Anwar.
Kini sekali lagi didendangkan lagu yang sama. Jangan dipertandingkan kedua-dua jawatan tersebut! Yang menariknya cadangan itu datang daripada Muhyiddin. Selaku Naib Presiden Umno yang kanan, Muyhiddin adalah orang yang paling hampir dengan jawatan Timbalan Presiden.
Paling layak
Beliau sebelum ini disebut-sebut bakal mencabar jawatan tersebut bagi membuka ruang untuknya menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Namun Muyhiddin nampaknya mengulangi ikrar yang dibuatnya pada tahun lalu untuk tidak mencabar sesiapa yang dipilih oleh Perdana Menteri sebagai timbalannya.
Ikrar Muyhiddin itu turut diulangi oleh seorang lagi Naib-Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Beliau juga berpendapat Datuk Najib adalah orang yang paling layak untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno.
Pada awalnya, ramai pemerhati berpendapat Muhyiddin membuat kenyataan meminta supaya Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dicabar sekadar satu muslihat untuk menguji sentimen dan situasi dalam parti. Namun, kini nampaknya beliau beria-ia tidak mahu merebut jawatan nombor dua itu. Keikhlasannya tidak perlu dipertikaikan lagi!
Mengapa beliau berpendirian begitu sedangkan sebelum ini Muhyiddin dianggap 'regu' atau calon pilihan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) untuk menjadi timbalannya di dalam parti dan kerajaan.
Ada di kalangan Umno sebelum ini berpendapat, pemilihan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya untuk menjaga hati Dr Mahathir. Sekadar untuk menjaga ketenteraman dalam parti kerana dibimbangi jika Muhyiddin yang terpilih, akan berlaku pergolakan dalam Umno sedangkan ketika itu, pilihanraya umum menjelang tiba.
Berdasarkan hujah-hujah itulah, maka pemerhati politik negara melihat perlantikan Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian pada awal tahun ini, sebagai strategi Pak Lah untuk meletakkan Muhyiddin di kedudukan yang kuat bagi mencabar Najib dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno nanti.
Usul
Potfolio Kementerian Pertanian dilihat sebagai pentas yang baik bagi Muhyiddin untuk melebarkan pengaruhnya. Namun, kini senario sebaliknya berlaku. Muhyiddin memberikan laluan kepada Najib untuk menjadi Timbalan Presiden parti, sesuai dengan kedudukannya selaku Timbalan Perdana Menteri.
Ekoran itu, mungkin selepas ini, akan ada bahagian-bahagian Umno mengusulkan supaya kedua-dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan sebagaimana dalam pemilihan-pemilihan parti yang lepas.
Tidak dinafikan tindakan 'mengharamkan' kedua-dua jawatan tertinggi itu dicabar, ada baiknya dari segi masa depan dan kekukuhan parti. Namun, dari satu aspek, ia menyempitkan ruang demokrasi, ia menghalang hak ahli-ahli parti untuk memilih pemimpin yang mereka suka.
Sepatutnya pertandingan, walaupun melibatkan kedua-dua jawatan tertinggi itu, harus dilihat secara positif. Tidak semestinya pertandingan bagi jawatan tersebut akan memecahbelahkan parti.
Yang penting ia dijalankan secara adil, telus, bersih dan demokratik. Ia tidak akan menimbulkan masalah besar jika semua pihak yang terlibat, bertanding secara 'gentleman' dan tidak mengamalkan politik wang.
Sudah sampai masanya ahli-ahli Umno diajar bertanding merebut jawatan secara sihat dalam suasana kekeluargaan. Para pemimpin Umno di semua peringkat juga perlu diingatkan bahawa jawatan dalam parti adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukannya satu keistimewaan atau 'lombong emas' untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni.
Perpecahan
Kalau ahli dan pemimpin Umno masuk gelanggang dengan nawaitu yang serong, pertandingan di peringkat bawahan juga boleh menyebabkan parti berpecahbelah. Berlaku banyaknya sabotaj atau 'cah keting' di kalangan ahli Umno semasa pilihanraya umum lalu kerana perpecahan di peringkat bawahan, apabila ada ahli yang tidak puas hati dengan pemilihan ahli jawatankuasa penaja bahagian dan cawangan.
Oleh itu, hujah yang mengatakan pertandingan jawatan tertinggi parti hanya akan memecahbelahkan parti, tidak 100 peratus tepat. Sebenarnya yang paling penting dalam setiap pertandingan ialah cara ahli dan pemimpin Umno menerima kemenangan adan kekalahan mereka.
Kalau pucuk pimpinan Umno mengenepikan cara 'yang menang, menang semua' dan 'yang kalah, disingkirkan terus' maka keutuhan parti akan terus terjamin walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan.
Umno hancur pada tahun 1987 kerana Team B tidak dapat menerima kekalahan mereka dan Team A pula mahu menguasai seluruh parti dan kerajaan. Jika ahli dan pemimpin Umno dapat bertanding dalam semangat kekeluargaan, melihat pertandingan hanya sebagai satu proses pemilihan pemimpin dan bukannya jalan untuk merebut kedudukan dan kekayaan, maka Umno akan sentiasa selamat.
Dalam keadaan Umno mendapat mandat besar daripada rakyat dalam pilihanraya umum lalu, maka jawatan Timbalan Presiden parti wajar dipertanding secara sihat. Mana-mana saf kepimpinan Umno tidak perlu takut untuk mencabar atau dicabar jika mereka benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
Memadailah jawatan Presiden tidak dipertandingkan bagi memberi peluang kepada Pak Lah meneruskan agenda cemerlang, gemilang dan terbilangnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.