Most Read
Most Commented
Read more like this

Sambutan 3 Mei adalah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pertama bagi Perdana Menteri yang baru. Bagi yang kecewa, ragu-ragu atau sinis, hubungan tarikh ini dengan Abdullah Ahmad Badawi tidak bermakna apa-apa. Kepada yang berharap-harap (sebut sahaja, berangan-angan), hubungan ini bolehlah difikir-fikirkan.

Abdullah bertuah kerana dianggap oleh penyokongnya, tidak sama dengan perdana menteri lalu, Dr Mahathir Mohamad. Kempen 'anti-rasuah' beliau misalnya, berjaya memancing pengundi bersama Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lepas. Gerhana 1999 sudah berakhir, begitulah penganalisa melihatnya.

Dia juga bertuah kerana pengundi negara ini tidak dapat mengukur apakah yang asasi bagi kesejahteraan politik demokrasi kita - sama ada pertukaran seorang perdana menteri atau sempit-luas ruang kebebasannya?

Enam bulan sebagai perdana menteri masih awal tetapi sudah rancak juga pendekatan baru yang diperkenalkan oleh beliau, misalnya, suruhanjaya polis. Tetapi kita masih menunggu bagaimana dasar atau pendekatan kerajaan beliau berhubung kebebasan media.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS