Penubuhan Negara Islam: yang tersurat dan tersirat
Apa yang membezakan PAS dan Umno ialah matlamat perjuangan mereka. Umno memperjuangan nasionalisme Melayu, manakala PAS pula, sejak penubuhannya pada tahun 1951 lagi, berjuang untuk menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia.
Walaupun usaha PAS itu ditentang oleh DAP, sehingga ia terpaksa meninggalkan gabungan Barisan Alternatif (BA), namun PAS tidak pernah putus asa dalam meneruskan usahanya untuk menrealisasikan penubuhan sebuah negara Islam di negara ini.
Usaha terbaru PAS yang menjurus ke arah itu ialah cadangan untuk meminda perlembagaan negeri Terengganu, serta melancarkan Memorandum Negara Islam, dengan ikuti kempen penerangan secara besar-besaran mengenai konsep negara Islam, khususnya di kalangan rakyat bukan Islam di negara ini.
Apa yang membezakan PAS dan Umno ialah matlamat perjuangan mereka. Umno memperjuangan nasionalisme Melayu, manakala PAS pula, sejak penubuhannya pada tahun 1951 lagi, berjuang untuk menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia.
Walaupun usaha PAS itu ditentang oleh DAP, sehingga ia terpaksa meninggalkan gabungan Barisan Alternatif (BA), namun PAS tidak pernah putus asa dalam meneruskan usahanya untuk menrealisasikan penubuhan sebuah negara Islam di negara ini.
Usaha terbaru PAS yang menjurus ke arah itu ialah cadangan untuk meminda perlembagaan negeri Terengganu, serta melancarkan Memorandum Negara Islam, dengan ikuti kempen penerangan secara besar-besaran mengenai konsep negara Islam, khususnya di kalangan rakyat bukan Islam di negara ini.
Menurut Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, pelancaran memorandum itu akan diikuti dengan majlis perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memperjelaskan maksud negara Islam yang mahu diwujudkan oleh parti itu, khususnya di Kelantan dan Terengganu, du negeri yang diperintah oleh PAS.
Ketika menggulung perbahasan di Muktama PAS minggu lalu, Mentri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyebut cadangan kerajaan negeri untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan kerajaan negeri melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), sepertimana yang diamalkan di Sabah.
Menurut beliau, dengan pindaan itu, calon-calon bukan Islam atau calon wanita yang kalah dalam pilihanraya, masih boleh dilantik sebagai Adun bagi mewakil kaum atau kumpulan mereka di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengumuman itu telah menimbulkan pelbagai reaksi termasuk dakwaan bahawa pindaan itu dicadangkan berikutan "ketidakyakinan" PAS untuk mencapai kemenangan sepertimana dalam pilihanraya umum 1999.
Perlembagaan asal Terengganu
Dengan pindaan itu, kerajaan negeri PAS boleh melantik Adun tambahan sekiranya parti itu gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di DUN bagi mengekalkan kuasanya di Terengganu.
Namun, seperkara yang amat menarik untuk direnungkan ialah kenyataan Abdul Haji yang juga timbalan presiden PAS, mengenai cadangan PAS Terengganu untuk "menghidupkan semula" perlembagaan lama negeri itu yang mengiktiraf Terengganu sebagai sebuah negara Islam.
Menurut beberapa catatan sejarah, Perlembagaan Negeri Terengganu itu digubal dan digunapakai sewaktu pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1, 11 dan 111 (1836-1918). Sultan Zainal Abidin ketiga dikenali sebagai seorang sultan yang sangat alim dan menjalankan perintahan mengikut ajaran Islam. Salah seorang guru baginda adalah ulama terkenal Syed Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh.
Sebelum itu, ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1, terdapat seorang ulama terkenal yang dikenali sebagai Tokku Pulau Manis, yang amat dihormati baginda. Malah, selepas itu, Tokku Pulau Manis menjadi bapa mertua baginda.
Bagaimanapun, catatan sejarah negeri Terengganu menunjukkan keluarga Al-Idrus merupakan yang paling terkenal antara mereka. Antaranya ialah Syed Mohamad Mustaffa Al-Idrus, cucunya Sayid Mohamad Zainal Abidin (Tokku Tuan Besar).
Ulama seangkatan dengan Tokku Tuan Besar, yang juga terkenal ketika itu ialah Tok Syeikh Duyung (Haji Wan Abdullah Mohd Amin), dan sepupunya Tok Syeikh Kadir Bukit Bayas. Malah, mengikut catatan sejarah, Duyung dan Paloh di Terengganu merupakan pusat pengajian Islam yang terbesar, diikuti oleh bandar Kota Bharu di Kelantan yang kemudiannya dikenali sebagai Serambi Mekah.
Begitulah terkenalnya Terengganu yang disebut dalam buku sejarah sebagai negeri yang pertama menerima Islam, berikutan terjumpa batu bersurat di sana. Bagaimanapun, Perlembagaan Negeri Terengganu yang menekankan kepada pemerintahan Islam, dikatakan telah dipinda oleh Penjajah British menjadikan lebih sekular.
Rentetan ringkas di atas jelas menunjukkan bahawa Terengganu pernah mencatatkan sejarah sebagai sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal pada suatu masa dahulu. Dan jelas kenyataan Haji Hadi itu merujuk kepada perlembagaan negeri yang asal itu.
Matlamat terakhir PAS
Walaupun, masih sama-samar sama ada dari segi perundangan, Kerajaan Negeri PAS dapat berbuat sesuatu untuk 'menghidupkan' semula perlembagaan berkenaan, tetapi hakikatnya ialah parti itu tidak putus asa untuk mencari strategi dan pendekatan terbaik untuk mencapai matlamatnya menubuhkan sebuah negara Islam.
Lantaran itu, sukar untuk kita menduga apakah matlamat hakiki PAS dalam usahanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Adalah setakat untuk melaksanakan hukum pentadbiran Syariah dan Hukum Hudud, atau apakah parti itu ingin kembali kepada zaman 1800-an dahulu di mana Terengganu merupakan pusat pengajian Islam terkenal di rantau ini.
Mungkin ini juga merupakan antara alasan utama DAP menentang habis-habisan usaha PAS ke arah itu. Sudah tentu usaha kepimpinan PAS untuk melancarkan Memorandum Negara Islam itu, akan membolehkan kita mengintai sedikit demi sedikit matlamat terakhir parti itu dalam perjuangannya menegakkan sebuah negara Islam.
Persoalannya sekarang, apakah kekeliruan mengenai penubuhan negara Islam ini hanya berlaku di kalangan bukan Islam. Apakah ahli-ahli PAS tidak terkeliru kerana tidak banyak maklumat yang mereka perolehi selepas pihak berkuasa menguatkuasakan larangan mengadakan ceramah terbuka politik.
Kesimpulannya, pelancaran memorandum itu nanti juga akan memberi faedah bersama kepada ahli-ahli PAS untuk turut sama memahami citarasa pucuk pimpinan mereka selama ini.
Selain itu, PAS juga bercadang untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa Undang-undang Hudud yang hendak dilaksanakannya ialah Undang-undang Hudud Islam, bukannya Undang-undang Hudud PAS. Mengapa PAS perlu berbuat demikian? Ikuti bahagian ketiga esok.
Analisis ini merupakan bahagian kedua daripada empat siri yang menyentuh kekuatan, kelemahan, dan strategi PAS untuk menghadapi pilihanraya umum, termasuk usahanya untuk menjelaskan konsep negara Islam yang diperjuangkannya.
Nash Rahman adalah editor malaysiakini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.