Serangan Sept 11: Tingkahlaku Bush dan pegawai tertinggi tentera AS aneh
bahagian dua Bagaimanakah reaksi para pemimpin Amerika Syarikat (AS) berhubung peristiwa Sept 11 di mana tingkahlaku Presiden George W Bush sendiri dianggap paling aneh. Berdasarkan tingkahlaku mereka, ramai pengkaji berpendapat mereka sudah tahu lebih awal bahawa serangan 911 akan berlaku.
Oleh itu, mereka juga turut bersalah, sekurang-kurangnya kerana tidak menghalangnya. Kita lihat dahulu tingkahlaku pegawai tertinggi tentera AS.
Mengikut laporan American Forces Press Service (AFPS) bertarikh Okt 23, 2001, pada masa Penerbangan 11 (P11) merempuh menara utara WTC (WTC1) pada jam 8:46 pagi, pemangku Ketua Bersama Staf, Jeneral Richard Myers, sedang menunggu untuk bertemu dengan Senator Max Cleland.
Katanya, pada masa itu, dia melihat laporan bahawa WTC1 dirempuh tetapi menjangka ia cuma membabitkan sebuah pesawat kecil, lalu mereka teruskan berbual selama sejam.
Oleh itu, dia tidak tahu dan tidak diberitahu yang menara selatan WTC (WTC2) juga turut dirempuh. Rempuhan kedua ini, oleh pesawat 175 United Airlines , berlaku pada jam 9:03 pagi. Ini bermakna, hampir 40 minit dia tidak diberitahu mengenai kejadian itu.
WTC mempunyai dua menara yang begitu penting, yang menjadi simbol ekonomi dan pusat kewangan AS. Kedua-duanya merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum pembinaan Menara Petronas di Kuala Lumpur. Ianya juga pernah dibom pada 1993.
bahagian dua Bagaimanakah reaksi para pemimpin Amerika Syarikat (AS) berhubung peristiwa Sept 11 di mana tingkahlaku Presiden George W Bush sendiri dianggap paling aneh. Berdasarkan tingkahlaku mereka, ramai pengkaji berpendapat mereka sudah tahu lebih awal bahawa serangan 911 akan berlaku.
Oleh itu, mereka juga turut bersalah, sekurang-kurangnya kerana tidak menghalangnya. Kita lihat dahulu tingkahlaku pegawai tertinggi tentera AS.
Mengikut laporan American Forces Press Service (AFPS) bertarikh Okt 23, 2001, pada masa Penerbangan 11 (P11) merempuh menara utara WTC (WTC1) pada jam 8:46 pagi, pemangku Ketua Bersama Staf, Jeneral Richard Myers, sedang menunggu untuk bertemu dengan Senator Max Cleland.
Katanya, pada masa itu, dia melihat laporan bahawa WTC1 dirempuh tetapi menjangka ia cuma membabitkan sebuah pesawat kecil, lalu mereka teruskan berbual selama sejam.
Oleh itu, dia tidak tahu dan tidak diberitahu yang menara selatan WTC (WTC2) juga turut dirempuh. Rempuhan kedua ini, oleh pesawat 175 United Airlines , berlaku pada jam 9:03 pagi. Ini bermakna, hampir 40 minit dia tidak diberitahu mengenai kejadian itu.
WTC mempunyai dua menara yang begitu penting, yang menjadi simbol ekonomi dan pusat kewangan AS. Kedua-duanya merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum pembinaan Menara Petronas di Kuala Lumpur. Ianya juga pernah dibom pada 1993.
Tidak mahu diganggu
Walaupun pada jangkaan Myers ia cuma dirempuh pesawat kecil, tetapi adalah pelik kerana sebagai seorang pegawai tertinggi tentera AS, dia tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu.
Jika prihatin, sudah tentu dia memesan kepada pegawainya supaya memberitahunya jika ada perkembangan terbaru. Tanpa dipesan pun, pegawai Myers sepatutnya memberitahu ketuanya mengenai apa yang telah berlaku, kecuali Myers memberi arahan tidak mahu diganggu, tidak kira apa yang berlaku...kerana dia sebenarnya sudah tahu apa akan berlaku selanjutnya? Dan dia tidak mahu mengerahkan pesawat pejuang memintas terlalu awal?
Ini adalah suatu senario yang mungkin akan diperkuatkan lagi dengan reaksi Bush nanti. Sebaik sahaja keluar dari temujanji itu, Myers diberitahu bahawa Pentagon pula telah dirempuh oleh pesawat 77 American Airlines pada jam 9:41 pagi.
Mengikut laporan AFPS lagi, ketika itu ada orang memberi telefon bimbit kepadanya, lalu dia berbual dengan ketua NORAD, Jeneral Eberhart, tentang "apa tindakan yang akan dilakukan." Jadi, mengikut Myers, tidak ada mana-mana kerahan pesawat dilakukan sebelum Pentagon diserang. Ini bercanggah dengan versi pihak tentera kemudiannya.
NORAD adalah pasukan tentera yang mengawal ruang udara AS.
Bagaimanapun, dalam keterangannya kepada Jawatankuasa Ketenteraan Senat pada Sept 13, 2001, Myers memberi dua versi cerita yang bercanggah. Pada awalnya, ketika Myers dua kali disoal bilakah pesawat pejuang dikerahkan, dia menjawab, selepas serangan ke atas Pentagon.
Tetapi apabila Senator Bill Nelson menyoal lagi dengan nada kehairanan, kenapa tindakan begitu lambat diambil, Myers tiba-tiba mengubah ceritanya: kerahan dibuat selepas WTC2 diserang selepas jam 9:03 pagi. Bagaimanapun, keterangannya itu masih bercanggah dengan cerita rasmi NORAD bahawa kerahan pertama dibuat pada jam 8:46 pagi.
Tidak masuk akal
Yang peliknya, Senator Nelson tidak menyoal lebih lanjut kenapa cerita ini tiba-tiba berubah selepas dua kali mengesahkan bahawa kerahan dibuat selepas Pentagon diserang. Senator lain juga tidak menekan Myers tentang perkara itu. Myers sendiri tidak menerangkan mengenai percanggahan itu. Dan dia mengubah ceritanya secara sambil lewa sahaja.
Adakah munasabah, selepas tiga pesawat merempuh tiga bangunan AS yang paling strategik mulai jam 8:46 pagi dan diakhiri rempuhan Pentagon pada jam 9:41 pagi yang memakan masa hampir satu jam, barulah Myers berhubung dengan pihak tentera di bawah jagaannya? (Kita lupakan kesasulan Myers dengan cerita kerahan selepas WTC2. Tiada sebab untuk mereka versi ini kecuali dia tertekan dan terasa bodoh).
Tidak masuk akal apabila pegawai Myers tidak memberitahunya semasa dia sedang bersama Senator Cleland. Tidakkah pelik seorang ketua segala ketua, bagi pasukan tentera tercanggih di dunia, tidak diberitahu selama satu jam tentang keadaan segenting itu?
Ironinya, perbincangan Myers dengan Senator Cleland menyentuh mengenai keganasan. Manakala dalam temuramahnya dengan AFPS di atas pada Okt 17, Myers sekali lagi berbalik kepada cerita asalnya, tanpa menerangkan mengenai percanggahan antara kedua-dua cerita itu.
Dan agaknya, tidak ada orang bawahannya yang berani menerangkan kepadanya bahawa cerita rasmi pihak tentera adalah sepertimana yang dikeluarkan oleh NORAD. Dan AFPS , sebagai akhbar rasmi tentera, juga tidak menyoal Myers kenapa versinya bercanggah dengan versi rasmi. Adalah kerana mereka terlalu hormat dan takut kepada ketua? Ataupun tidak mahu ketua mereka nampak bodoh dan cuai?
Kini ada tiga cerita yang berlainan. Yang mana satukah yang benar? Cerita rasmi NORAD, membenarkan lagi andaian bahawa kerahan cuma berlaku selepas Pentagon diserang. Kita boleh bayangkan, apabila pembohongan dibuat, maka akan berlaku percanggahan fakta, seperti aliran masa, kelajuan pesawat dan sebagainya.
Rampasan pesawat
Kita boleh ingat suatu kes jenayah tidak lama dahulu. Jenayah didakwa dilakukan di suatu tempat pada sekian tarikh. Kemudian tuduhan terpaksa dipinda kerana pada tarikh itu, tempat berkenaan masih belum ujud. Demikianlah dengan versi NORAD dan dua versi Myers yang saling bercanggahan antara satu sama lain.
Suatu cerita yang agak menarik adalah mengenai Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld si penggemar perang itu. Mengikut laporan Wakil Christopher Cox pada Sept 11, 2001, (seperti wakil rakyat kita), dua minit sebelum rempuhan pertama ke atas WTC, dia sedang bercakap tentang keganasan.
"Saya beritahu kamu semua," katanya, "Saya sudah melalui semua ini. Satu lagi kejadian akan berlaku." Dia mengulanginya dengan menekankan, "Satu lagi kejadian akan berlaku." Pada masa ini, Pentagon masih belum tahu tentang rampasan pesawat terbabit. Adakah dia sudah tahu?
Kita berbalik kepada cerita Bush, seorang lagi penggemar perang dan minyak. Semasa rempuhan pertama di WTC, Bush dan pengiringnya sedang dalam perjalanan ke sebuah sekolah rendah bernama Emma Booker Elementary di Florida untuk bertemu murid di sana (baca: berkempen).
Mengikut cerita rasmi Rumah Putih, Bush diberitahu mengenai kejadian itu oleh Andrew Card, Ketua Staff Rumah Putih pada jam 9 pagi, setelah beliau tiba di sekolah berkenaan 12 minit selepas dunia sudah tahu mengenai serangan itu dan 14 minit selepas FAA membuka talian dengan pihak perkhidmatan sulit yang menjaga keselamatan Bush. (Ini mengarut kerana laporan ABC News pada Sept 11, 2001, menyatakan Bush sudahpun tahu).
Tak munasabah Bush tidak diberitahu. Kemudian dia mendapat laporan melalui telefon dari penasihat keselamatan AS, Condoleeza Rice di Pentagon. Apakah selepas itu Bush membatalkan lawatan ke sekolah berkenaan. Tidak. Dia masuk ke kelas untuk mendengar seorang murid di situ bercerita mengenai kambing kesayangannya.
Pada jam 9:05 pagi, Card mencelah untuk memberitahu Bush WTC2 juga telah dirempuh. Adakah dia berhenti selepas itu? Juga tidak. Alasannya kemudian, dia tidak mahu menakutkan kanak-kanak di situ. Maka dia terus asyik mendengar cerita kambing itu selama kira-kira 20 minit lagi. Mungkin ceritanya amat menyeronokkan!
Berkelakuan ganjil
Kalau dilihat video di mana Card mencelah memberitahu Bush, kedua-duanya kelihatan berkelakuan ganjil. Bush cuma memperlihatkan reaksi bersahaja.
Dan Card pula, membisik dan kemudian terus pergi tanpa menunggu arahan Bush, seakan-akan dia tidak mengharapkan apa-apa arahan dari seorang presiden. Antara lain cuba dia sahaja yang dapat memberi arahan untuk menembak pesawat awam, kalau ada lagi yang dirampas?
Arahan itu cuma diberikan selepas jam 9:55 pagi setelah Bush berbincang dengan naib-presidennya, Dick Cheney (Washington Post, Jan 27, 2002) seorang lagi yang bersemangat perang dan ketua eksekutif syarikat minyak Halliburton sebelum menyertai kerajaan Bush. Pada masa ini semua rempuhan telah berlaku kecuali Penerbangan 93 yang terhempas (atau ditembak?) di Pennsylvania pada kira-kira jam 10:10 pagi.
Satu lagi perkara pelik ialah tindakan atau tiada tindakan daripada agen-agen Perkhidmatan Khas. Biasanya, menurut akhbar Kanada, Globe and Mail (Sept 12, 2001), mereka akan mencelah dan membawa presiden ke tempat selamat selepas berlakunya dua rempuhan tersebut manakala sebuah lagi pesawat, P77, telah dirampas. (Penculikan P93 United Airlines belum diketahui lagi ketika itu)
Tindakan itu sebaliknya dilakukan oleh agen Perkhidmatan Khas terhadap Cheney di Pentagon, dengan memegang tangan dan kaki, untuk membawanya ke tempat selamat pada pada 9:32 pagi (Washington Post, Jan 27, 2002).
Perangai Bush sukar hendak dibayangkan. Selaku presiden, dia juga komander tertinggi tentera. Selain itu, seperti disebut tadi, dia juga mempunyai kuasa untuk mengarah sesebuah pesawat awam ditembak (CNN, Okt 26, 1999). Dua pesawat telah merempuh, sebuah lagi baru dirampas, tetapi Bush lebih tertarik mendengar cerita mengenai seekor kambing.
Cerita karut
Benarlah agaknya sebagaimana dikatakan oleh seorang pegawai Kanada tentang Bush, "bodohnya" ("what a moron". Dia dikenali sebagai "Dubya."). Atau mungkin, kali ini, kebodohan ini berguna kepadanya?
Stan Goff adalah pesara dari pasukan khas tentera AS dengan pengalaman luas. Dia menganggap cerita rasmi itu tidak masuk dek akal. Antara yang paling sukar untuk dipercayainya, selain tiadanya tindakan memintas yang cepat, adalah kisah rempuhan Pentagon.
Katanya: "Juruterbang yang kita percaya dilatih di kelab penerbangan mainan untuk Piper Cub dan Cessna, membuat pusingan begitu baik, turun 7,000 kaki terakhir dalam masa dua setengah minit, pada paras begitu rendah sehingga terlanggar talian elektrik di seberang jalan Pentagon dan terbang tepat merempuh sisi Pentagon dengan kelajuan 460 bsj." http://www.globalresearch.ca/articles/GOF110A.html
Pergerakan itu pada kelajuan yang tinggi adalah sukar dilakukan oleh juruterbang tidak terlatih, dan tidak pernah memandu pesawat besar seperti Boeing 757 yang merempuh Pentagon itu. Lagi pula, Pentagon bukannya bangunan tinggi seperti WTC, tetapi cuma lima tingkat sahaja dan bukan mudah hendak disasarkan.
Pertama kali menerbangkan pesawat Boeing 757 dan terus boleh buat pergerakan yang begitu hebat. "Karutlah," kata Goff. Lebih baik mendengar cerita kambing Bush.
(Bahagian berikutnya tentang penglibatan CIA, FBI dan, apa lagi, kalau bukan MOSSAD.)
Dr Rosli Omar, seorang akademik yang paranoid, terbayang konspirasi di mana-mana. Di sebahagian kecil otaknya yang masih agak waras, dia berminat tentang isu-isu alam sekitar dan keadaan dunia, samada keadaan sosial setempat mahu pun antarabangsa.

