Mempertingkatkan tahap pendidikan negara
Sejak akhir-akhir ini, kita sering membaca pandangan serta sindiran tentang sistem pendidikan negara kita. Ada pihak yang menempelak kebijaksanaan sistem pendidikan yang sering berubah-ubah.
Sepanjang sepuluh tahun lalu, kita mendengar tentang sistem KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah), UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), sekolah wawasan, sekolah pintar, isu penggunaan bahasa Inggeris dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, kita juga difahamkan bahawa ramai anak masyarakat elit di negara ini dihantar belajar sama ada di sekolah swasta di dalam ataupun di luar negeri. Ini menunjukkan sebilangan besar masyarakat elit di negara ini tidak pasti atau tidak yakin dengan sistem pendidikan negara yang sedia ada.
Perlukah kita menyalahkan mereka yang berkedudukan dan mempunyai sumber kewangan berlebihan kerana menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah swasta di luar negeri? Atau perlukah kita melihat semula sistem pendidikan negara yang sering berubah-ubah?
Suatu ketika dulu, media massa riuh tentang beg pelajar sekolah rendah yang terlalu berat. Kemudian kita dimaklumkan satu sistem jadual anjal akan dilaksanakan supaya tidak membebankan anak-anak ini.
Sistem sekarang seolah-olah melalui terlalu banyak eksperimen dan kalau terdapat masalah, maka satu lagi eksperimen dijalankan terhadapnya.

Sering berubah
Kita semua sedia maklum usaha mempertingkatkan tahap pendidikan negara menjadi tanggungjawab semua pihak. Kerana itu, kita rasakan amat perlu juga untuk sesuatu dasar dalam bidang pendidikan perlu diberi perhatian yang teliti dan bukan diubah sesuka hati.
Dasar Pendidikan bersepadu akan memastikan negara terus menghasilkan tenaga manusia yang bukan sahaja berdaya saing di peringkat dunia, tetapi juga berhemah tinggi serta dapat menrealisasikan cita-cita dan harapan menjadikan Malaysia sebuah negara maju, makmur tetapi tetap mengekalkan budaya dan tradisi bangsa Malaysia.
Kita amat bertuah kerana mempunyai satu sistem pemerintahan yang memberi penumpuan kepada perancangan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, kita dapat melihat bagaimana Kerajaan berhasrat untuk membangunkan gunatenaga dan sumber manusia.
Oleh yang demikian, kita mengharapkan setiap pembaharuan dalam sistem pendidikan negara juga harus selari dengan perancangan sedia ada untuk memberi peluang supaya setiap rancangan dibincang, diselidiki dan dihalusi sebelum dilaksanakan.
Sebelum sesuatu dasar dilaksanakan, kita perlu memberi masa untuk melihat impak dan implikasinya. Adalah amat malang sekiranya kita mengubah sesuatu dasar yang sama-sama dirangka, sedangkan kita masih belum melihat hasilnya. Lebih malang lagi jika kita terburu-buru menukar dasar yang adakalanya tidak dikuatkuasakan langsung.
Persepsi masyarakat
Dalam isu pendidikan khususnya, saya ingin menyentuh tiga perkara:
Kita dapati tidak ramai pelajar terbaik memohon untuk menjadi guru. Status guru di negara ini telah jatuh tahapnya, mungkin kerana persepsi masyarakat sekarang yang terlalu mementingkan kebendaan. Maka anak-anak pun digalakkan belajar dan kemudiannya bekerja dengan syarikat besar yang tersenarai di pasaran saham.
Semangat untuk melahirkan generasi pendidik telah tenggelam dalam arus kebendaan. Maka yang masuk ke maktab perguruan ialah kumpulan pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) ataupun setelah diterima masuk, mereka mendapat tawaran pekerjaan yang baik.
Dalam soal ini, kita perlu mengubah persepsi masyarakat dan kalau perlu memberi imbuhan setimpal kepada para guru selaras dengan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Maka, kita perlu menyemak semula tangga gaji guru untuk menarik lebih ramai pelajar terbaik menyertai bidang perguruan.
Dalam isu kedua, kurikulum di maktab perguruan perlu disemak semula agar kaedah guru mengajar akan menggalakkan pembelajaran.
Lebih penting lagi ialah ditanam di jiwa para guru tabiat menimba ilmu bagi menambah pengetahuan mereka, yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan prestasi pelajar, agar tidak hanya belajar untuk lulus peperiksaan sahaja.
Pengalaman mengajar
Seperkara lagi, graduan maktab perguruan sering dihantar bertugas ke kawasan pedalaman sedangkan mereka masih 'hijau' dan kurang pengalaman mengajar. Apa salahnya kalau mereka ditempatkan di sekolah-sekolah yang terdapat guru-guru kanan yang terlatih yang boleh menjadi mentor mereka?
Memang tidak dinafikan komitmen para guru dalam menjalankan tugas mereka. Tetapi kita sedia maklum ramai anak-anak di kawasan pedalaman adalah daripada golongan miskin dan mundur. Adalah tidak munasabah untuk anak-anak yang sudah sedia terkebelakang, mendapat guru-guru baru ini.
Oleh yang demikian, guru-guru terbaik yang selalunya dihantar bertugas di sekolah-sekolah terbaik, seperti di Maktab Tentera Diraja, di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di Kolej Tunku Khursiah (TKC) seharusnya ditugas mengajar sekurang-kurangnya enam bulan di sekolah pedalaman.
Guru-guru ini saya cadangkan diberi elaun istimewa serta kemudahan lain, ketika mereka menyumbang tenaga di kampung-kampung pedalaman. Pastinya, pengalaman dan komitmen guru-guru ini, akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan prestasi belajar di kawasan terbabit.
Saya percaya, langkah permulaan kita dalam memperkemaskan akar kepada sistem pendidikan guru terbaik, sistem latihan perguruan terbaik serta suasana pembelajaran yang lebih sempurna kita akan melahirkan masyarakat berilmu yang bakal menggerakkan K-Ekonomi kita untuk menangani bersama masalah globalisasi.
YUSOFF GHOUSE ialah nama pena seorang pemikir muda yang mengambil berat mengenai masa depan Malaysia dan impak zaman Internet.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.