Surat terbuka kepada Hishammuddin Hussein
Sebagai seorang anak Johor yang dibesarkan di Kota Tinggi, saya berasa bangga kerana kampung halaman saya terletak tidak jauh dari kawasan Parlimen Datuk Hishammuddin Tun Hussein. Namanya Bandar Tenggara.
Saya pernah melawat kawasan itu. Syabas kepada Hishammuddin! Bandar Tenggara merupakan sebuah kawasan perumahan baru yang sempurna dan moden.
Ia juga mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang lengkap, dan penduduk di situ nampaknya berpuas hati dengan apa yang beliau telah buat untuk mereka selaku seorang wakil rakyat yang rajin dan jujur.
Sejak kali pertama mendengar berita bahawa Hishammuddin sudah menjadi ketua Pemuda Umno Malaysia dan juga salah satu 'bintang yang sedang bersinar' di dalam parti pemerintah yang terbesar di Malaysia, saya berasa sangat gembira.
Walaupun bapa beliau, allahyarham Tun Hussein onn hanya menjadi perdana menteri untuk satu tempoh yang agak pendek, dari 1976 hingga 1981, tetapi tidak dapat dinafikan beliau sesungguhnya ialah Bapa Perpaduan Malaysia.
Imej Tun Hussein sebagai seorang pemimpin yang sederhana, ikhlas dan menghormati sistem kehakiman negara kita, masih begitu jelas dalam ingatan saya. Itulah sebabnya saya menaruh harapan besar kepada Hishammuddin, sebagai anak kepada Bapa Perpaduan Malaysia, agar melakukan sesuatu yang akan membimbing tanahair kita yang indah ini ke satu arah yang betul.
Hishammuddin pernah menyertai satu dialog online dengan pembaca
malaysiakini
pada tahun 2000.
Walaupun berjaya mengelak beberapa isu sensitif ketika itu, termasuk isu pemecatan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta tuduhan kronisme, korupsi dan nepotisme dalam Umno, namun Hishammuddin juga mengakui Umno menghadapi cabaran kredibiliti yang serius dan kehilangan sokongan di kalangan golongan muda Melayu.
Dengan demikian, beliau berjaya mempamerkan satu imej yang terbuka dan progresif di dalam komuniti online itu. Hampir tiga tahun telah berlalu. Dan apa yang saya perhatikan dalam tempoh 30 bulan lalu cukup mengecewakan dan mengelirukan saya.

Tindak-tanduk Pemuda Umno
Pada Ogos 2000, anggota Pemuda Umno yang diketuai timbalan ketuanya Abdul Aziz Sheikh Fazdir menyerbu Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Mereka mengugut akan membakar bangunan tersebut sekiranya Suqiu tidak menarik balik tuntutan mereka. Mereka menuduh tuntutan yang dikemukakan Suqiu itu mempersoalkan kedudukan bumiputra di Malaysia.
Pada 8 Januari 2003, sekali lagi saya berpeluang menyaksikan tindak-tanduk pemuda Umno di pondok tol Jalan Kuching. Amat menyedihkan apabila ada beberapa orang daripada kalangan mereka telah menunjukkan isyarat tangan lucah terhadap penyokong pembangkang yang membantah upacara meraikan berakhirnya kutipan tol tersebut.
Sememangnya, para penyokong PAS, Keadilan dan DAP juga menjerit dan melaung-laungkan slogan-slogan mereka, tetapi mereka tidak melakukan sebarang perbuatan yang tidak sopan sebagai balasan kepada Pemuda Umno.
Baru-baru ini, Pemuda Umno membuat satu laporan polis berkaitan surat
'Petrof' (nama samaran) yang dipaparkan di laman malaysiakini , yang kononnya mencabar ketuanan Melayu dan mengandungi ciri-ciri hasutan.
Tiga hari kemudian, polis menyerbu pejabat
malaysiakini
dan merampas 19 komputer milik akhbar Internet yang paling popular di negera ini, kononnya untuk siasatan.
Sebagai seorang warga Malaysia bukan Melayu, saya memang tidak membantah kepimpinan Melayu. Saya seorang realis, dan bagi saya, tiada sebarang alasan untuk menentang sebuah kerajaan yang diketuai oleh bangsa Melayu.
Sesungguhnya, bangsa Melayu merupakan bangsa terbesar di negara ini. Jika saya tidak membantah kepimpinan orang putih ketika saya belajar dan bekerja di England dulu, kenapa pula saya hendak mencabar kedudukan bangsa Melayu, bangsa utama di Malaysia?
Memperalatkan kuasa polis
Tetapi orang putih di England agak berbeza. Meskipun Parti Konservatif merupakan sebuah parti politik yang menganjur dan menegaskan bahawa budaya Anglo-Saxon sebagai pengukuh masyarakat England, parti itu tidak pernah memperalatkan kuasa polis untuk membisukan suara bantahan dari golongan lain. Bahkan pandangan yang agak tajam dari masyarakat Islam di negara itu pun tidak ditindas.
Malah, sayap muda Konservatif cuba mengambil bahagian dalam dialog dan perbahasan dengan mereka yang tidak setuju dengan ideologi Parti Konservatif.
Salah satu wadah yang amat popular adalah Question Time yang disiarkan oleh British Broadcasting Corporation ( BBC ), di mana beberapa individu dan juga ahli politik dijemput untuk menjawab soalan para hadirin serta menyertai perbincangan dengan sikap terbuka dan rasional.
Menjelang pilihanraya umum 1997, ahli-ahli politik Parti Konservatif tidak pernah memberi mengugut masyarakat bukan Inggeris supaya jangan mengundi parti Buruh, parti pembangkang pada masa itu.
Mungkin saya adalah seorang Anglophile, tetapi sesungguhnya saya berpendapat perbahasan dan perbincangan sepertimana yang disiarkan oleh BBC adalah satu proses yang sihat dan membina. Ia bukan setakat menerima pendidikan di institusi berprestij seperti Oxbridge, malah ahli-ahli politik muda di England sanggup berfikir juga.
Tatkala ramai anggota Pemuda Umno juga merupakan graduan universiti di England, apa sebabnya kelakuan mereka begitu berbeza daripada rakan-rakan mereka di Oxbridge?

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.