Adakah pokok betik mengancam keselamatan negara?
Ini bukan satu teater absurd yang sedang ditulis. Atau sebuah komidi surreal. Ini adalah kejadian sahih lagi benar yang sedang
berlaku
di kem Kamunting (baca Gulag Malaysia). Jangan ketawa bila mendengar berita pokok betik mengancam keselamatan negara. Dalam negara Malaysia Boleh, semuanya boleh terjadi.
Kisahnya begini: Ahad yang lalu (Mei 4), kami empat tahanan ISA, kecuali Saari Sungip, wajib hadir ke mahkamah di Kuala Lumpur. Pada hari Jumaat (Mei 2),
Dr Badrul
telah disahkan oleh seorang doktor di hospital Taiping bahawa beliau tidak dibenarkan meninggalkan kem Kamunting kerana sedang menghadapi tekanan darah tinggi. (Ini bukan cakap kami, ini cakap doktor).
Seperti kebiasaan dalam teater absurd, ada saja Sang Badut yang bukan doktor pastinya, tapi kaki bodek yang ingin memaksa si sakit merangkak, menjalar atau mengelonsor, asalkan dia dilihat oleh sang menteri yang "intellectually- impaired", sebagai petugas yang berhemah, lalu Dr Badrul dipaksa juga membuat perjalanan ke Kuala Lumpur.
Ini bukan satu teater absurd yang sedang ditulis. Atau sebuah komidi surreal. Ini adalah kejadian sahih lagi benar yang sedang
berlaku
di kem Kamunting (baca Gulag Malaysia). Jangan ketawa bila mendengar berita pokok betik mengancam keselamatan negara. Dalam negara Malaysia Boleh, semuanya boleh terjadi.
Kisahnya begini: Ahad yang lalu (Mei 4), kami empat tahanan ISA, kecuali Saari Sungip, wajib hadir ke mahkamah di Kuala Lumpur. Pada hari Jumaat (Mei 2),
Dr Badrul
telah disahkan oleh seorang doktor di hospital Taiping bahawa beliau tidak dibenarkan meninggalkan kem Kamunting kerana sedang menghadapi tekanan darah tinggi. (Ini bukan cakap kami, ini cakap doktor).
Seperti kebiasaan dalam teater absurd, ada saja Sang Badut yang bukan doktor pastinya, tapi kaki bodek yang ingin memaksa si sakit merangkak, menjalar atau mengelonsor, asalkan dia dilihat oleh sang menteri yang "intellectually- impaired", sebagai petugas yang berhemah, lalu Dr Badrul dipaksa juga membuat perjalanan ke Kuala Lumpur.
Kami membantah. Sang Badut yang bukan saja "facially-challenged" tapi juga seorang yang "differently-brained" cuba menegakkan seluar dalamnya yang basah. Akhirnya bantahan kami berjaya. Sang Badut sekali lagi digagalkan.
Demi keselamatan
Lusanya, hari Selasa, kami pulang dari KL dan saya tahanan 2504 - di Gulag nama tidak boleh digunakan, kami dipanggil dengan angka - telah dijemput ke bilik pengarah kem (baca kem komandan macam dalam filem perang dunia kedua). Di sini saya berhadapan dengan kem komandan nombor dua - yang khusus menjaga keselamatan.
Saya diberitahu.... "ha! ha! ha! (jangan ketawa...) bahawa pokok-pokok tanaman saya telah dimusnahkan, dicabut dan dipotong kerana demi keselamatan.
Nasib baik saya telah membaca beberapa buah kitab Buddha yang mengajar teknik menarik nahas bila berhadapan dengan situasi yang mencemaskan.
Bila saya sampai ke blok saya, saya melihat kebun saya telah menjadi padang jarak padang terkukur, macam Kabul dan Baghdad yang baru saja diserang musuh. Selama dua tahun saya di Gulag, saya telah dinafikan dari dapat menggunakan kelengkapan berkebun. Menurut komandan kem "ini untuk keselamatan".
Saya meneruskan usaha berkebun, sebagai riadah dan juga kami memerlukan sayuran hijau - makanan di kem ini tidak mencukupi. Yang diberi kepada kami cuma untuk memastikan kami tidak mati kebuluran. Kami tidak ada pilihan, untuk menjaga kesihatan setiap blok tahanan di Gulag membuat kebun sendiri.
Jadi bila saja hujan turun, saya akan "membajak" tanah dengan kayu penyapu. Kemudian saya menggunakan raket pingpong untuk dijadikan cangkul. Untuk baja, saya kumpulkan lebihan makanan yang dibungkus bersama rumput-rampai di dalam beg plastik, dicampur sedikit air - dalam satu atau dua bulan, baja kompos saya siap.
Bila saya melihat semua tanaman saya telah dimusnahkan, saya tergaman. Dan inilah perasaan yang dirasakan oleh si peneroka yang tanaman mereka dimusnahkan oleh pihak berkuasa dengan alasan "tanah tanpa lesen". Amalan zen saya menyelinap keluar - marah meruap.
Betik = Scud
Apakah betik saya ini sama bahaya seperti Scud Saddam. Atau apakah halia saya membawa ledakan seperti RPG (Roket Pelancar Bom). Apakah pandan saya memiliki bahan letupan sama setaraf dengan bom berangkai. Semuanya berlegar di kepala saya.
Terong belanda telah saya pelihara selama dua tahun. Betik saya telah boleh dimakan buahnya. Kangkong saya sering menjadi perencah mi segera. Apakah daun kesum dan pucuk selom dianggap sebagai terangkap samar.
Saya diberitahu "operasi kebun" ini telah dilakukan dengan licik. Sembilan banduan telah didatangkan. Dan ia dilakukan semasa saya di Kuala Lumpur. Dalam masa 30 minit, semuanya dimusnahkan.
Kira punya kira saya dapati; tiga pokok betik saya ditebang, tiga rumpun lengkuas, tiga rumpun pandan, sebatang pokok ulam raja, serumpun halia, selopak kangkong, pegaga gengko saya dimusnahkan, dua rumpun daun kesum musnah. Sepokok nangka bonsai dan dua pokok mangga bonsai sering saya ambil pucuknya untuk dijadikan ulam. Semuanya dimusnahkan.
Saya tidak dapat melihat rasional pihak kem. Saya sedar ramai pegawai di kem ini yang "intellectually-challenged" kerana itulah mereka berkerja di kem penjara - too lazy to work and too scared to steal (malas berkerja dan takut untuk merompak) - inilah moto hidup mereka.
Kira punya kira, lalu kami mengambil keputusan meminta komandan kem datang ke blok kami untuk berbincang. Kes pemaksaan Dr Badrul dan pemusnahan kebun saya menjadi agenda utama.
Zon bebas
Kem Komandor yang "vertically-challenged" ini enggan bertemu kami di blok kami. Lalu kami mengambil keputusan yang kami tidak akan masuk ke dalam blok. Blok dikunci jam 7 malam dan dibuka jam 7 pagi.
Semasa saya - tahanan 2504 - menulis ini, saya berada di luar blok- di bilik pingpong. Jam hampir pukul 11 malam. Pintu blok kami terbuka luas. Kami keluar masuk sekehendak hati. Hanya Taiping tidak mungkin dilawati kerana ada beberapa pintu yang wajib dilalui. Tapi hakikatnya blok 2B adalah kawasan bebas - liberated zone.
[Malam pertama kami di luar, dapat dirasakan nikmatnya. Untuk pertama kali setelah dua tahun barulah kami dapat melihat bulan di waktu malam. Kami juga dapat melihat gelap. Dan pagi tadi sebelum azan, saya sempat melihat fajar subuh. Untuk orang yang bebas mungkin semua ini satu kebiasaan, tapi untuk kami yang ditahan, melihat bulan di malam hari adalah nikmat. Lebih zen dari zen. Lebih sufi dari sufi].
Tuan Komandor telah lari ke Kuala Lumpur untuk mendapat bantuan. Dan kami masih menunggu untuk berbincang dengan beliau. Sementara itu, seperti semua liberated zone - kami melakukan apa yang kami suka tanpa diganggu dan dikawal.
Nota : Untuk istilah dalam bahasa Inggeris, sila rujuk kepada kitab 'politically correct' atau tanya mereka yang mengambil mata pelajaran ilmu hisab dan sains dalam bahasa Inggeris. Ini adalah sebahagian dari memoir Gulag yang sedang disiapkan.
Hishamuddin Rais adalah kolumnis malaysiakini yang kini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejak April 2001.

