Malaysia diminta layani pelarian perang
Negara Asia Tenggara, khususnya Malaysia, tidak harus bersikap dingin terhadap konflik yang terus melanda Aceh walaupun ianya merupakan urusan dalaman Indonesia.
Seorang pemerhati media yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad Ibrahim memberitahu malaysiakini , adalah menjadi harapan rakyat Aceh supaya Malaysia memainkan peranan untuk mencari kedamaian di wilayah tersebut.
Harapan itu bukan sahaja berdasarkan sebab-sebab kemanusiaan, tetapi juga ikatan sejarah dan budaya yang erat di antara Malaysia dan Aceh yang rakyatnya adalah seagama dan serumpun.
"Ikatan sejarah masa lalu, antara Malaya dan Aceh, sangat erat. Apalagi, sebahagian rakyat Malaysia adalah dari keturunan Aceh (berdarah Aceh), contohnya seniman agung, Allahyarham (Tan Sri) P Ramlee," katanya dalam perbualan melalui Internet.
Walaupun mereka faham bahawa Malaysia tidak mahu dianggap sebagai mencampuri urusan dalaman Indonesia, ini tidak bermakna mereka harus terus berdiam diri..
"Walaupun Malaysia tidak boleh mencampuri soal Aceh, ia masih boleh bertolak ansur para imigran Aceh yang terpaksa ke Malaysia untuk mencari perlindungan. Pertolongan seperti ini, saya kira sudah cukup," katanya.

Undang-undang tentera
Beliau yang berusia dalam 50-an itu, kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang langsung tidak mahu membantu orang Aceh untuk mendapat perlindungan dari kekejaman peperangan.
"Mereka jelas bukan mencari kerja, tetapi ingin menyelamatkan diri dari penindasan tentera Indonesia. Saya kira, secara tidak terang-terangan, Malaysia harus membantu rakyat Aceh yang terpaksa menyeberang ke Malaysia," katanya.
Pada pertengahan Mei lalu, tentera Indonesia memulakan serangan darat dan udara ke Aceh - operasi ketenteraan yang terbesar dilancarkan ke atas anggota Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
Ia dilancarkan beberapa jam selepas kegagalan rundingan damai di Tokyo yang mendorong Presiden Megawati Sukarnoputri mengeluarkan dekri presiden untuk melaksanakan undang-undang tentera di wilayah Aceh.
Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan tidak campur tangan dalam konflik itu tetapi telah menyuarakan harapannya supaya konflik itu dapat diselesaikan secara aman.
Malaysiakini
juga melaporkan bahawa pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur telah menerima 100 hingga 150 permohonan status pelarian dari rakyat Aceh.
Layanan baik
Baru-baru ini, badan hak asasi antarabangsa Amnesty International telah menggesa kerajaan Malaysia supaya melayan pelarian Aceh dengan baik dan menghormati hak mereka kerana mereka adalah mangsa kekejaman peperangan.
Menurut Muhammad Ibrahim lagi, rakyat Aceh kini sanggup mengenepikan sementara isu kemerdekaan bagi mencapai satu kedamaian di wilayah itu.
"Perang tidak pernah berhenti di Aceh. Negeri kami selalu berbalut darah, air mata, dan nyawa...kini...siapa pun boleh memegang kekuasaan di Aceh...kerajaan Indonesia, boleh pula sebuah kerajaan lain. Yang penting rakyat bisa hidup dengan tenang, bisa mencari nafkah tanpa gangguan," katanya.
Namun ini tidak bermakna isu kemerdekaan akan terus dilupakan kerana rakyat Aceh telah banyak ditindas oleh kerajaan Indonesia, terutama sewaktu Presiden Soeharto berkuasa dari tahun 1966 hingga 1998.
"Rakyat pro-kemerdekaan Aceh. Tetapi, bukan dengan jalan kekerasan (peperangan) seperti dilakukan kelompok GAM (Gerakan Aceh Merdeka). Rakyat ingin mencapai kemerdekaan dengan jalan damai," katanya lagi.
Sokongan menurun
Apabila ditanya jika GAM benar -benar disokong majoriti rakyat Aceh, beliau mendakwa pada peringkat awalnya memang majoriti rakyat Aceh menyokong aspirasi GAM tetapi sokongan itu sudah menurun pada waktu ini.
"Simpati dan sokongan rakyat kian berkurangan setelah GAM melakukan banyak kekeliruan seperti merampas harta milik penduduk, melakukan intimidasi, membunuh, merompak dan menyusahkan kehidupan rakyat," katanya lagi.
Beliau berpendapat penyelesaian yang terbaik buat Aceh ialah melalui satu pungutan suara bebas- sepertimana yang dilakukan di Timor-Timor , dan diawasi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan badan-badan antarabangsa yang lain.
"Dalam pungutan suara itu, rakyat Aceh diberi dua pilihan sama ada memilih menjadi negara merdeka (berdaulat) atau kekal menjadi wilayah di Indonesia. Jika majoriti rakyat ingin merdeka, Indonesia harus rela melepaskan Aceh sebagai sebuah negara baru. Pungutan suara itu harus bebas, tanpa tekanan dari pihak Indonesia," katanya.
Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa jalan penyelesaian seperti itu tidak mungkin dipersetujui oleh kerajaan Indonesia kerana satu pertiga daripada pendapatan negara datangnya daripada hasil kekayaan sumber gas dan petroleum diAceh.
"Selama 55 tahun, rakyat Aceh diperlakukan tidak adil, ditindas, dijajah, dan banyak hak-hak rakyat di Aceh yang dirampas," katanya.