Potret yang tidak enak di pandang di Pulau Pinang
Pulau Pinang bandar baru
Kapten Light jadi raja
Kalau dikenang masa dahulu
Jatuh berlinang si air mata
Tidak berapa lama dulu, Dr Mahathir Mohamad pernah menegur adanya rumah milik orang Melayu di Pulau Pinang yang tidak ubah seperti rumah pada zaman selepas Perang Dunia II.
Kebanyakan rumah ini dimiliki orang Melayu. Pulau Pinang adalah negeri kedua termaju di Malaysia. Kenapa rumah-rumah buruk itu masih wujud di Pulau Mutiara?
Pulau Pinang memang mempunyai pelbagai kisah yang menyayat hati orang Melayu. Sebelum kehadiran Francis Light pada 1786, ia merupakan kawasan majoriti orang Melayu.
Tetapi peredaran masa dan perkembangan sosio ekonomi selepas 1786, orang Melayu hanya tinggal sebagai golongan kecil di pulau itu. Ada pihak mengatakan orang Melayu terpinggir akibat kepesatan pembangunan Pulau Pinang.
Sememangnya, dalam rencana pembangunan Pulau Pinang pada masa-masa lalu dan apa lagi untuk masa-masa mendatang, pertimbangan pertumbuhan, keupayaan serta kekuatan untuk menangani tuntutan globalisasi dan liberalisasi, menjadi begitu penting kerana sebuah negeri, seperti Pulau Pinang, dan sebuah lagi negeri termaju - Selangor - tidak mungkin dapat mempertahankan kemantapan ekonominya.
Dalam keghairahan berbuat demikian, kerajaan negeri boleh sahaja teralpa akan pertimbangan lain, seperti mengambil berat mengenai golongan terpinggir.
Pembangunan Pulau Pinang banyak bergantung pada kegiatan industri pembuatan dan pelancongan. Sejak awal 1970-an lagi, kerajaan negeri membangunkan kawasan zon perdagangan bebas dan industri pelancongan.

Rencana untuk memasuki alam k-ekonomi di mana peranan ICT dan pekerja ilmu akan menjadi pemain utama dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi, juga sedang dirangka.
Pelancong
Di Bayan Lepas, misalnya disediakan satu kawasan khas untuk para pelabur yang menggendalikan semikonduktor, manakala kawasan pantai - dari Tanjung Tok Kong hingga ke Teluk Bahang -- dipenuhi hotel dan kondominium bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negeri.
Pembangunan Pulau Pinang telah banyak merubah landskapnya. Banyak kawasan perumahan, pasaraya dan jumlah kenderaan turuk meningkat.
Bagaimanapun, di sebalik hiruk-pikuk pembangunan dalam beberapa dekad itu, wujud senario yang tidak enak untuk dilihat.
Bagaikan adanya satu 'kewujudan bersama' yang damai di antara bangunan hotel lima bintang dan rumah pondok yang cuma dipisahkan beberapa jarak sahaja.
Suasana ini bukan sahaja wujud di Tanjung Tokong, tetapi di banyak lagi tempat seperti di Batu Uban, Jelutung dan Kampung Dodol. Malah, pandangan tidak enak seperti di Tanjung Tokong itu, juga wujud di negeri-negeri lain, dan bukannya terhadap kepada Pulau Pinang sahaja.
Ada laporan mengatakan di Kubang Pasu pun terdapat banyak rumah usang berdinding papan, bertap nipah atau zink dan ada di antaranya yang tidak layak disebut "rumah".
Imej sedemikian boleh dipandang sebagai status rendah alias kemunduran. Hakikatnya pemiliknya adalah daripada golongan yang tidak mampu.
Rumah pangsa
Pihak kerajaan percaya'keajaipan ekonomi' menerusi industri pelancongan dan pembuatan, boleh memberi manfaat kepada golongan miskin ini. Kitapun tahu kemiskinan merupakan penyakit yang masih melanda negara kita. Tetapi, apa yang lebih parah lagi ialah keengganan untuk memahami persoalan dasar rakyat.
Maka ketika kerajaan dihadapkan kepada masalah pembangunan, ia terperangkap dalam obsesi pertukaran asing dan pertumbuhan ekonomi. Kelompok yang merupakan struktur kuasa politik dan ekonomi, tidak diberi keutamaan serius
Mereka ialah pekerja kilang, nelayan pantai, buruh, peniaga kecil dan kakitangan awam yang tergolong di dalam kategori rendah. Sejak Pulau Pinang membangun secara intensif, kedudukan sosio ekonomi mereka tidak banyak berubah.
Mereka yang berjaya keluar daripada kesulitan hidup ini, akan berpindah ke rumah pangsa kos rendah, yang tidak lama kemudian, akan menukar wajah menjadi kumuh pula - juga tidak enak dipandang oleh orang luar.
Kewujudan industri pelancongan dan semikonduktor di sesebuah negeri turut membawa masuk kemudahan seperti pusat perkhidmatan, rekreasi, pengangkutan, perhotelan dan sebagainya, untuk kemudahan para pelancong dan pelabur. Pelaburan untuk kedua-dua sektor ini begitu mahal.
Perkembangan ini tidak dapat ditahan oleh golongan bawah ini dan penduduk tempatan. Mereka berhadapan dengan cabaran yang mereka belum begitu bersiap menerimanya.
Pelaksanaan projek pembangunan memperluaskan lagi kota mahupun desa. Mereka tidak mampu membangun rumah yang boleh mengimbangi pertumbuhan industri pelancongan dan pembuatan.
Projek penswastaan
Apa yang nyata ialah hasil kemajuan di Pulau Pinang, maka tumbuh kelas pedagang dan pengusaha dengan ciri- ciri tersendiri, sedangkan kaum rakyat jelata terus dihanyut oleh arus pembangunan.
Lingkaran kemewahan yang dinikmati oleh segelintir golongan yang terdiri daripada pelabur asing dan tempatan. Mereka ini yang mempunyai mutiara untuk menjalani kehidupan mewah di di Pulau Mutiara.
Industri penting yang menggerakkan Pulau Pinang ini tidak memberi apa-apa erti kepada kelompok besar yakni rakyat jelata. Keutamaan adalah untuk pertumbuhan ekonomi.dan kepentingan segelintir individu.
Jika kita tinjau model pembangunan ekonomi yang diamalkan oleh pemerintah, ia lebih cenderung kepada kepentingan para pelabur. Keuntungan yang diperolehi melalui cukai begitu lumayan, namun keuntungan itu digunakan untuk projek-projek mewah dan tidak semestinya membawa faedah kepada rakyat.
Rakyat juga tidak menikmati hasil daripada projek penswastaan yang digalakkan dalam banyak urusan awam. Kita akan tetap bertanya: Kenapa kemajuan-kemajuan yang kerap dikira besar di Pulau Pinang, terus meluaskan lagi jurang ketidakseimbangan sosio ekonomi?
Sekali imbas, memang terdapat kemajuan hebat di Pulau Pinang yang tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Tetapi kita juga boleh bertanyakan lagi: Kenapa adanya rumah-rumah yang tidak enak dipandang itu di Pulau Pinang.
Itulah satu manifestasi kemunduran terhadap satu segmen masyarakat dalam negara. Ia juga mencerminkan kegagalan pihak pemerintah negeri, mahupun di peringkat kebangsaan, untuk mengatasi sebahagian masalah sosial. Kemajuan ini untuk siapa? Untuk segelintir rakyatnya atau untuk semua?
RAMLI ABDUL SAMAD adalah seorang pustakawan di sebuah universiti tempatan. Beliau mengisi masa lapangnya untuk menulis mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan isu-isu sosial.