Kontrak sosial Singapura dan Malaysia
Dalam satu sesi dialog baru-baru ini, seorang penyelidik sejarah dari Singapura berkata orang berhaluan kiri di kota singa itu tidak menafikan sepenuhnya sumbangan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew yang berjaya mewujudkan sebuah kawasan selamat untuk berlindung bagi kaum Cina di tengah-tengah rantau ini, yakni Asia Tenggara.
Bagaimanapun, penyelidik tersebut berkata sejarah akan menilai menteri kanan Singapura itu kerana Kuan Yew mendapat kekuatan politik dan mencapai objektifnya dengan bertopengkan sosialisme.
Mengenai dilema orang Melayu di republik itu, penyelidik tersebut menegaskan mereka telah mendapat pelbagai layanan yang agak baik daripada kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP)
PAP berbuat demikian bagi mewujudkan satu kontras berbanding dengan politik perkauman Umno di Semenanjung Malaysia. Dalam kata lain, keistimewaan yang dinikmati orang Melayu Singapura 'melebihi' apa yang diberikan kepada masyarakat Cina di Singapura.
Beliau juga berpendapat kerajaan PAP telah berjaya melenyapkan perkampungan tradisional Melayu di Singapura. Menurutnya, tindakan keras ini telah meminimumkan kemungkinan rusuhan perkauman di republik itu kerana masyarakat Melayu sudah 'kehilangan kelompok' mereka.
Beliau juga mengaku kongkongan politik oleh rejim PAP terhadap orang Melayu adalah satu fakta yang jelas, dan ini merupakan satu cara berpatutan untuk memastikan kestabilan kaum dan masyarakat.

Berbau perkauman
Hadirin di dialog tersebut tidak begitu ramai. Majoritinya orang Cina tua dan ramai daripada mereka pernah menyertai perjuangan sayap diri pada tahun 50-an dan 60-an. Mengikut pemerhatian saya, ramai antara mereka mengangguk-angguk kepala apabila penyelidik tersebut menyampaikan pandangannya mengenai kaum Melayu Singapura.
Adakah mereka bersetuju dengan hujah beliau? Jika benar, hal ini amat mengecewakan saya. Apa yang disebutkan oleh penyelidik itu sebenarnya melanggar semangat sosialisme.
Kesilapan utama beliau ialah tanggapannya bahawa Singapura merupakan sebuah 'tempat yang selamat' bagi kaum Cina di Asia Tenggara. Kenyataan yang berbau perkauman ini bertentangan dengan ideologi sosialisme yang melampaui etnik, agama dan kelas.
Saya tidak pasti sama ada Singapura yang kita nampak 'berbau Cina' pada hari ini adalah 'negara hasrat' Kuan Yew atau tidak. Apa yang saya faham ialah ini merupakan satu ketidakadilan kepada kaum Melayu, India, Ceylon, Eurasian dan sebagainya di republik itu.
Oleh yang demikian, saya berpendapat sesiapa yang menganut sosialisme, tidak patut akur dengan politik Kuan Yew dalam aspek ini.
Jika kita bersetuju dengan entiti Singapura sebagai sebuah 'pulau selamat' bagi kaum Cina di Asia Tenggara, kita akan mempunyai masalah untuk melawan teori Tanah Melayu atau hujah 'Malaysia sebuah negara Islam' yang dikemukakan oleh Umno.
Dasar keistimewaan
Tambahan pula, walaupun kaum Melayu diberikan kebajikan dan layanan istimewa oleh kerajaan PAP, tetapi secara tidak langsung, kekuatan politik mereka telah dinafikan. Ini jelas satu manipulasi.
Secara terus terang: nak minta apa lagi kalau kamu sudah mendapat yang baik-baik?
Sebagai warganegara, kaum Melayu Singapura berhak mendapat lebih kekuatan politik serta kebebasan agama dan budaya. Tiada kerajaan yang harus mengharapkan sesuatu kaum untuk berdiam diri dan tidak bergiat dalam hal-ehwal politik setelah beberapa 'dasar keistimewaan' diperuntukkan.
Amat mengecewakan, kebanyakan rakan saya di Singapura mempunyai mentaliti ini. Bagi mereka, menafikan peluang warga Melayu menjadi pegawai tinggi atau menyandang jawatan penting adalah satu keperluan - alasan yang diberikan ialah 'kami masih tidak pasti akan kesetiaan mereka'.
Yang paling mengejutkan saya ialah pendapat sebegini diluahkan oleh seorang penyelidik sejarah yang dikatakan berhaluan kiri.
Malangnya, ramai orang Cina di Malaysia bersetuju dengan sikap kerajaan PAP ini. Selepas membandingkan 'kelas kedua' dengan 'kedudukan istimewa' kaum Melayu Singapura, orang Cina di Malaysia juga berpendapat masyarakat Melayu di seberang Selat Tebrau itu patut bersyukur. Bagi saya, sikap ini cukup mengecewakan.
Sebenarnya, masyarakat Melayu Singapura dan masyarakat Cina di Malaysia terperangkap dalam dilema yang sama, iaitu kedua-dua kaum ini dianggap sebagai 'etnik bermasalah' oleh pihak berkuasa mereka.
Kaum bermasalah
Mereka dianggap sebagai 'sukar dipercayai', maka kesetiaan mereka kepada negara sendiri turut dipersoalkan. Dalam kata lain, ciri dilema kedua-dua kaum ini adalah sama, walaupun timbul di negara yang berlainan.
Cara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura menangani konflik perkauman ini juga serupa, iaitu masing-masing cuba mendiamkan 'kaum bermasalah' mereka melalui suatu 'konsesi'.
Di Malaysia, konsesi ini adalah kewarganegaraan untuk kaum Cina. Sebaliknya, sesiapa yang mengkritik hak istimewa Melayu akan diterjemahkan sebagai mencabar Perlembagaan Negara, sesuatu yang dianggap tidak boleh disentuh oleh bukan Bumiputra.
Bagi masyarakat Melayu Singapura, 'konsesi' yang diperuntukkan oleh kerajaan PAP ialah 'keistimewaan' dan bantuan khas dalam sektor pendidikan, dengan mengharapkan mereka berdiam dalam isu-isu politik.
Jika kaum Cina di Malaysia menyokong tindakan kerajaan PAP dalam 'memenuhi kehendak' masyarakat Melayu Singapura, akankah ini bermaksud - jikalau kerajaan Barisan Nasional menghapuskan hak istimewa Bumiputra dan melaksanakan dasar-dasar saksama untuk semua kaum - rakyat Cina Malaysia akan sudi menjadi warga senyap?
Kesimpulannya, perasaan negatif warganegara Malaysia keturunan Cina yang disebabkan oleh dasar-dasar yang berat sebelah kepada Bumiputera, tidak semestinya untuk mereka bersetuju terhadap taktik konsesi kerajaan PAP di seberang Selat Tebrau.
Menghapuskan prasangka perkauman adalah salah satu prasyarat utama jika kita bersungguh-sungguh berhasrat untuk membina sebuah masyarakat adil di Malaysia atau di Singapura. Kita harus berani mencabar mentaliti ini, sebelum ideologi rejim Barisan Nasional dicabarkan.