Kegilaan Amerika dan al-Qaeda tiada hentinya?
Ramai yang berpendapat dan menyangka selepas Iraq diserang dengan bala tentera canggih Amerika Syarikat (AS) kira-kira lima bulan lalu, maka antara matlamat yang dirai oleh AS ialah musnahnya gerakan jaringan pengganas al-Qaeda.
Tetapi sangkaan itu meleset sama sekali kerana khabarnya kegiatan pengganas militan al-Qaeda muncul dari masa ke semasa. Paling baru, letupan bom di sebuah hotel mewah di Jakarta pada 5 Ogos (
gambar
) lalu disyaki angkara al-Qaeda yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang.
Semua kegiatan letupan terhadap sasaran yang mempunyai kepentingan AS disyaki dilakukan oleh gerakan al-Qaeda. Apa sahaja rupa keganasan yang dilancarkan terhadap kepentingan AS, baik secara langsung mahupun tidak, menjadi "trade mark" al-Qaeda. Begitu jugalah dengan kegilaan dan keganasan AS yang lebih daripada lima minggu membedil dan menyerang Iraq pada awal tahun ini.
Pakar keganasan Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan terdapat 800 angota al-Qaeda yang bersedia pada bila-bila masa untuk bertindak ke atas kepentingan AS meliputi kegiatan pelancongan atau ekonomi. Sebagai rujukan, kita lihat sebahagian daripada kegiatan al-Qaeda yang telah mendapat perhatian massa media dunia.
Bagi manusia biasa, tindakan letupan yang dilaksanakan oleh al-Qaeda sama gerunnya dengan tindakan tentera AS terhadap siapa sahaja dan mana-mana negara juga. Lihat bagaimana kemusnahan di Iraq.
Nampaknya, al-Qaeda tidak akan berundur atau mengaku kalah, begitu juga AS yang kurang nafsunya untuk menyerang mana-mana negara yang dikira tidak sebulu dengannya. Masing-masing saling menyatakan hasrat mereka untuk berbuat demikian.

Syarat ketat
AS akan mengguna pelbagai alasan, yang paling lazimnya ialah jika sesebuah negara sasaran itu mempunyai rencana nuklear, menyimpan senjata pemusnah, menjadi paksi kepada sebahagian gerakan keganasan atau pucuk kepimpinan negara berkenaan tidak mengamalkan 'demokrasi' yang direstuinya.
Misalnya, AS dan Israel boleh memiliki senjata nuklear, tetapi negara-negara lain tidak pula dibenarkan berbuat demikian, kecuali beberapa negara seperti Peranchis, Rusia, China yang telah memilikinya.
Manakala negara-negara lain akan dikenakan syarat-syarat ketat jika tidak mengikut kehendak AS. Sebagai contoh, Pakistan berupaya memiliki program nuklear, sebagai tanda bantahannya, AS tidak memenuhi pengiriman 28 pesawat jet F-16 yang dipesan oleh Pakistan beberapa tahun lalu.
Jika negara-negara yang menjadi sasaran itu tidak mempunyai apa yang disebutkan tadi, AS - dengan bantuan media massanya - akan mereka dan menggembar-gemburkan bagaikan benar, sepertimana yang berlaku ke atas Iraq.
Misalnya, sehingga kini tiada lagi bukti nyata yang Iraq memiliki senjata pemusnah massa kerana ianya adalah rekaan AS dan sekutunya. Buat pertama kalinya dalam sejarah, AS secara terang-terang menyerang sebuah negara berdaulat tanpa menghirau pendapat dunia dan Majlis Keselamatan PBB.
Beri muka
Semua tahu akan hakikat ini. Tidak dapat dinafikan AS juga mempunyai rekod menyerang dan mengebom banyak negara dari semua pelusuk dunia. Lihat jadual
di kanan.
Semua tahu yang al-Qaeda melancarkan program keganasannya kerana percaya itulah caranya untuk mengajar AS. Pemimpin al-Qaeda, Osama Laden berasal dari keluarga berada Arab Saudi. Sejak putera Raja Abdullah diberi lebih kuasa oleh bapanya, Raja Fahd Abdl-Aziz al-Saud pada tahun 1995, hubungan raja dan pemimpin agama di Arab Saudi tidak begitu baik.
Pemimpin Arab itu lebih memberi muka pada AS yang memunggah hasil minyak Arab Saudi. Hubungan bertambah buruk lagi dengan kehadiran tentera AS selepas Perang Teluk pertama. Kumpulan militan pimpinan Osama mengisytiharkan bahawa kumplannya akan berperang habis-habisan dengan AS.
Antara alasannya ialah kehadiran AS di Arab Saudi dan di bumi Arab, di samping untuk menjaga imej Islam daripada dinodai bukan sahaja oleh AS, malahan kaum kerabat diraja yang memerintah banyak negara Arab.
Kumpulan al-Qaeda percaya dengan kaedah ganas untuk menggajar AS. Malangnya dalam perlaksanaan rencana ganas itu, orang awam turut terkorban. Tindakan al-Qaeda tidak dipersetujui oleh mana-mana pihak yang siuman, sepertimana juga tiada siapa yang setuju dengan tindakan ganas AS menyerang mana-mana negara secara sembrono.
Sukar dikesan
Kumpulan al-Qaeda dikatakan mempunyai 20,000 ahli pada akhir tahun1990-an tetapi kini beroperasi dengan sejumlah 3,000 ahli yang rela mati demi perjuangan mereka.
Ada setengah pihak berkata, selepas AS menghina dunia Islam dengan menyerang Iraq, akan muncul lagi ramai manusia seperti Osama .
Kini al-Qaeda aktif di sekitar Afrika Timur. Mereka bergerak dengan licik dan amat sukar dikesan meskipun dengan menggunakan peralatan canggih.
Mereka tidak mengguna pesawat penggempur atau kapal pengangkut pesawat, mahupun bom seperti MOAB yang pernah digunakan oleh AS.
Kelebihan mereka ialah mereka sanggup mati dan berpegang teguh pada perjuangan mereka. Tiada lagi ada kumpulan yang berpendirian berani serang dan mati seperti anggota kumpulan al-Qaeda.
Sulit untuk mengetahui apakah dan bilakah sasaran seterusnya akan dilancarkan, tahu-tahu kita dengar berita satu letupan berskala menggerikan telah berlaku ke atas sebuah kepentingan AS. Bila pula keganasan ini akan berakhir?
Nampaknya dunia bagaikan buntu. AS rasa dialah yang akan mengatur perjalanan dunia walaupun ramai tidak sebulu dengan sikap amat ego itu.
Sama juga dengan al-Qaeda yang tidak akan beranjak meneruskan rencana mereka. Kedua-dua pihak tidak mahu berkompromi.
RAMLI ABDUL SAMAD adalah seorang pustakawan di sebuah universiti tempatan. Beliau mengisi masa lapangnya untuk menulis mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan isu-isu sosial

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.