Dilema seorang pengundi muda
"It was on election day
And they drove us away
All of this was ours
But now just rotten flowers
Remains of election day..."
Ultime Thule, "Election Day"'
Tahun ini, saya layak mengundi di dalam Pilihanraya Umum kerana mengikut takrifan undang-undang negara kita, saya sudah cukup umur. Di Malaysia, kematangan dan kemampuan anak muda untuk menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi wakil rakyat, diiktiraf pada usia 21 tahun.
Di Iran, pada usia 17 tahun, anak mudanya telah dibenarkan untuk mengundi sedangkan di Malaysia, pada ketika itu, anak muda sedang berdebar-debar memeriksa senarai remaja yang terpaksa menghadiri kem khidmat negara selama 3 bulan.
Di Brazil pula, remaja berusia 16 tahun telah diberikan hak untuk mengundi di dalam pilihanraya negara, walhal di Malaysia, umur 16 tahun kerap disinonimkan dengan kementahan berfikir atau asakan kecemerlangan diri berdasarkan kepingan sijil PMR atau SPM. Aku tidak pasti di mana silapnya - didikan ibu-bapa selama beberapa jam sehari atau kerangka dan falsafah pendidikan negara?
Membaca The Star bertarikh 9 Mac 2004, saya tidak terkejut dengan komen remaja seperti "I am not voting because I am not complaining". Label-label seperti materialistik, hedonis, dependen, wannabes, sering dilontarkan kepada golongan remaja.
"It was on election day
And they drove us away
All of this was ours
But now just rotten flowers
Remains of election day..."
Ultime Thule, "Election Day"'
Tahun ini, saya layak mengundi di dalam Pilihanraya Umum kerana mengikut takrifan undang-undang negara kita, saya sudah cukup umur. Di Malaysia, kematangan dan kemampuan anak muda untuk menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi wakil rakyat, diiktiraf pada usia 21 tahun.
Di Iran, pada usia 17 tahun, anak mudanya telah dibenarkan untuk mengundi sedangkan di Malaysia, pada ketika itu, anak muda sedang berdebar-debar memeriksa senarai remaja yang terpaksa menghadiri kem khidmat negara selama 3 bulan.
Di Brazil pula, remaja berusia 16 tahun telah diberikan hak untuk mengundi di dalam pilihanraya negara, walhal di Malaysia, umur 16 tahun kerap disinonimkan dengan kementahan berfikir atau asakan kecemerlangan diri berdasarkan kepingan sijil PMR atau SPM. Aku tidak pasti di mana silapnya - didikan ibu-bapa selama beberapa jam sehari atau kerangka dan falsafah pendidikan negara?
Membaca The Star bertarikh 9 Mac 2004, saya tidak terkejut dengan komen remaja seperti "I am not voting because I am not complaining". Label-label seperti materialistik, hedonis, dependen, wannabes, sering dilontarkan kepada golongan remaja.
Sayangnya, dengan jari yang menunding kepada kami sebagai bersalah dalam hal ini, tidak ada usaha dari pihak yang berkuasa untuk merenung serta menganalisa betapa teruknya sistem pendidikan Malaysia.
Sistem pendididikan di Malaysia sebenarnya sangat menindas. Anak muda disumbat dengan teori-teori yang kemudiannya dimuntahkan kembali sewaktu peperiksaan agar dapat menyambung pengajian ke tahap seterusnya.
Tiket kehidupan
"Social conditioning and conforming" adalah method utama dalam pendidikan kita yang membunuh pengaliran dan perkembangan idea dan kreativiti pelajar. Sejarah disorot dan dihayati dari kaca mata pemerintah kerana "the winners write the history" (atau di Malaysia- "the winner owns the history").
Memasuki universiti pula dilihat sebagai tiket untuk kehidupan yang lebih mewah dan elit, bukannya satu peluang untuk menterjemahkan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi kepada tindakan yang boleh disumbangkan kepada masyarakat.
Dengan kepesatan kemajuan dan pembudayaan konsumerisme, generasi muda kita menjadi orang yang individualisitik, dependen dan lesu. Dengan penindasan secara luar sedar sebegini di dalam sistem pendidikan negara, maka salah siapakah semua ini?
Deman pilihanraya turut menjangkiti kampus- kampus seluruh Malaysia. Pasca Reformasi tahun 1999 menyaksikan kebangkitan semula anak muda, terutama golongan mahasiswa. Buah fikiran serta tindakan mereka mendapat perhatian semua pihak apatah lagi sejak kebelakangan ini.
Pada 8 Mac 2004, umpamanya, topik perbincangan "Bicara Siswa" (sebuah forum untuk siswa, anjuran media milik kerajaan) adalah "Peranan Wakil Rakyat Sebagai Jurubicara Rakyat", lontaran ide oleh pimpinan mahasiswa yang menjadi panelis pada malam itu memberikan saya gambaran mengenai tahap sebenar keintelektualan mahasiswa Malaysia.
Tiga orang pimpinan mahasiswa pada malam itu diuji dengan soalan-soalan mengenai pemisahan tanggungjawab seorang wakil rakyat dan eksekutif. Nordi Kardi selaku pengerusi forum, mengasak panelis dengan kenyataan:"Wakil Rakyat adalah pembuat undang-undang bukannya `penyelesai masalah rakyat, ini adalah tugas Eksekutif ".
Simpati
Jawapan yang diberikan oleh para panelis amat lekeh sekali. Tanpa menyelami realiti kerajaan di Malaysia, salah seorang dari panelis menjawab: "Itu memang benar, wakil rakyat dianggap menyelesai masalah rakyat kerana itulah budaya masyarakat".
Secepat kilat, hilang hormat saya kepada pimpinan kampus. Mungkinkah, kerana itu, kematangan anak muda di Malaysia diiktiraf pada usia 21 tahun? Kerana kemampuan sebenar mereka untuk berfikir adalah menyedihkan? Adakah ini penangan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) yang merampas ruang untuk mahasiswa di kampus melibatkan diri dalam suasana politik sebenar di luar kampus sama ada secara "partisan" atau "non-partisan"?
Seksyen 15D Akta itu jelas menghalang mahasiswa menunjukkan simpati kepada mana-mana parti politik. Jika seseorang mahasiswa itu sudah berumur 21 tahun dan layak mengundi, apakah beliau boleh dikenakan tindakan disiplin oleh universiti kerana menunjukkan "simpati" kepada calon pilihanraya yang pastinya mewakili parti politik masing-masing?
Apakah "mengundi" terjumlah sebagai "simpati"? Undang-undang yang mengarut seperti inilah yang melahirkan fenomena "apathy" di kampus.Kerisauan saya bertambah dengan perkembangan mutakhir di kampus - mahasiswa kurang membaca, kurang menulis dan kurang diskusi. Ini terbukti apabila saya menonton "Bicara Siswa" setiap hari Isnin di RTM1.
Mengundikah mereka itu nanti? Apakah mahasiswa secara umum, yang bakal mengundi dalam Pilihanraya Umum pada 31 Mac nanti, mampu membuat pertimbangan yang wajar serta hadam falsafah dan intipati demokrasi? Atau mereka bakal tersepit di tengah-tengah pertarungan kuasa yang berlaku di sepanjang Pilihanraya itu berlangsung?
Belum habis pening memikirkan soal tahap pemikiran "bakal pemimpin" kita di kampus, saya diserang pula oleh persoalan Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak telus dan adil pada tahun ini. Jika 1999, kegagalan mereka mendaftar 600,000 pengundi - walapun negara dilengkapi peralatan moden dan canggih berbanding Indonesia - dicemuh rakyat, tahun ini, isu jangkamasa berkempen yang singkat pula menjadi topik hangat yang mempopularkan SPR di seluruh negara.
Tempoh berkempen
Apa tidaknya, calon-calon diberi masa lapan hari untuk berkempen, menerangkan manifesto serta yang paling penting, meyakinkan rakyat bahawa mereka layak dan patut diundi dalam pilihanraya nanti. Ini bermakna dengan mudah, SPR mengenepikan peri pentingnya jangkamasa tersebut untuk para pengundi, terutamanya pengundi muda seperti saya, mengenali calon-calon yang bakal dipilih.
Sebagai pengundi muda, saya tidak mahu sekadar membuang undi atas nama parti atau calon popular. Jauh di sudut hati, walaupun golongan saya sering dilabel sebagai "complacent", saya tetap mahu mengetahui sama ada calon-calon pilihanraya ada menyelitkan perancangan atau agenda yang mengutamakan hak serta keperluan anak muda?
Adakah Khidmat Negara akan diteruskan? Adakah konsert-konsert akan diharamkan? Apakah benar saya boleh dijamin syurga jika mengundi parti tertentu? Adakah sistem pendidikan akan dinaiktarafkan- bukan dari segi bangunan yang lebih canggih atau komputer yang lebih mahal, tetapi silibus yang memberikan anak muda ruang untuk berinteraksi dengan bakat serta minat peribadi?
Atau ahli politik kita turut termakan ungkapan "young people are only to be seen but not heard"? Melihat perkembangan pelajar di sekolah, saya berpendirian tegas bahawa bakal pemimpin negara perlu membuat R-E-F-O-R-M-A-S-I terhadap kerangka pendidikan kita.
Kembalikan makna sebenar institusi pendidikan sebagai tapak asas untuk memanusiakan generasi pelapis yang bukan sekadar celik IT tetapi juga celik demokrasi dan hak asasi. Janganlah mereka sekadar dijadikan komoditi bernyawa yang boleh diperdagangkan di pasaran kerja.
Pelik tetapi benar, kata nenek saya, pada tahun 1955, jangkamasa berkempen adalah 43 hari. Sepertimana yang dimaklumi, ketika ini, negara masih dihantui ancaman komunis dan ketidakstabilan. Tetapi mengapa ketika itu, sewaktu kita sedang dilanda masalah keselamatan negara, kerajaan lebih demokratik berbanding sekarang?
Dengan alasan "dikhuatiri menggugat keselamatan umum" serta "kita memerlukan sebuah kerajaan untuk memerintah dengan kadar segera", maka unsur "participatory democracy" yang menuntut rakyat diberi ruang untuk membuat keputusan secara adil dan saksama telah dirampas sewenang-wenangnya. Dalam masa 8 hari, rakyat dipaksa mengundi secara membuat tuli, mentaati kekuasaan dan populariti parti politik yang bertanding, bukannya keupayaan calon yang bertanding.
Untuk memudahkan proses membuat keputusan, maka sehelai kain batik atau wang RM50 akan dihulur di bawah meja. Saya pula, yang buat pertama kali mengundi, dianggap mampu menggunakan kewarasan saya untuk membuat pilihan yang wajar. Lupakah "the powers that be" bahawa saya dianggap sebagai seorang manusia dewasa yang kenal buruk-baik hanya apabila usia aku mencecah 21 tahun?
Cukupkah masa untuk saya membuat satu keputusan yang besar seperti itu dalam jangkamasa sesingkat itu? Oh, kalaulah calon dari pemerintah sedia ada mahu menawarkan inisiatif kepada anak muda - antara yang boleh saya cadangkan ialah mansuhkan Khidmat Negara, mansuhkan AUKU 1971 dan kami tidak mahu sekadar RM50 tetapi yang lebih munasabah adalah pendidikan secara percuma di semua peringkat pengajian!
21 Mac- Selamat Mengundi kepada anak muda Malaysia yang turun mengundi!
"Divided & Weak
Our souls they want to keep,
Never we say
Be a fool on election day..."
GEE adalah nama samaran bagi pelajar tahun akhir undang-undang yang menganggotai kumpulan Independent Student Resource and Legal Training Centre (Isrec).

