Jadikan politik wang satu kesalahan rasuah (Bhgn 2)
Hukuman gantung keahlian selama tiga tahun bukanlah suatu kenyataan yang serius. Apatah lagi amaran yang biasanya dipandang sepi! Disebabkan hukuman tidak begitu serius maka janganlah terperanjat dalam pemilihan parti akan datang, akan ada lagi penjenayah politik wang yang dihukum.
Sebenarnya, pada perspektif yang lebih konstruktif, hukuman ini tidaklah mengambarkan kesungguhan parti membanteras politik wang. Disebabkan hukuman yang digariskan itu amatlah ringan dalam konteks jenayah politik wang yang mampu menjahanamkan parti, maka penjenayah terbabit seakan-akan memperlekehkan pesanan, gesaan, amaran dan seruan pucuk pimpinan parti agar orang Umno menjauhi politik wang.
Sepertimana kesalahan lain seperti pecah amanah, rogol, rompakan bersenjata dan ragut, apabila hukumannya ringan maka jenayah itu akan berulang, kadangkalanya oleh penjenayah tegar. Begitu juga dalam konteks Umno. Sikap dan perspektif kita terhadap masalah ini hendaklah amat serius dan ianya tidaklah hanya terhad kepada kata-kata keras dengan tangan digenggam dan ditujah-tujahkan ke udara bagi mendemonstrasikan keseriusan kita membanteras politik wang.
Pendek kata, Umno hendaklah serius dalam setiap halacara dan halatujunya, sepertimana yang ditegaskan oleh Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Umno tidak hanya perlu bersih, tetapi hendaklah kelihatan bersih, luar dan dalam.
Hukuman gantung keahlian selama tiga tahun bukanlah suatu kenyataan yang serius. Apatah lagi amaran yang biasanya dipandang sepi! Disebabkan hukuman tidak begitu serius maka janganlah terperanjat dalam pemilihan parti akan datang, akan ada lagi penjenayah politik wang yang dihukum.
Sebenarnya, pada perspektif yang lebih konstruktif, hukuman ini tidaklah mengambarkan kesungguhan parti membanteras politik wang. Disebabkan hukuman yang digariskan itu amatlah ringan dalam konteks jenayah politik wang yang mampu menjahanamkan parti, maka penjenayah terbabit seakan-akan memperlekehkan pesanan, gesaan, amaran dan seruan pucuk pimpinan parti agar orang Umno menjauhi politik wang.
Sepertimana kesalahan lain seperti pecah amanah, rogol, rompakan bersenjata dan ragut, apabila hukumannya ringan maka jenayah itu akan berulang, kadangkalanya oleh penjenayah tegar. Begitu juga dalam konteks Umno. Sikap dan perspektif kita terhadap masalah ini hendaklah amat serius dan ianya tidaklah hanya terhad kepada kata-kata keras dengan tangan digenggam dan ditujah-tujahkan ke udara bagi mendemonstrasikan keseriusan kita membanteras politik wang.
Pendek kata, Umno hendaklah serius dalam setiap halacara dan halatujunya, sepertimana yang ditegaskan oleh Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Umno tidak hanya perlu bersih, tetapi hendaklah kelihatan bersih, luar dan dalam.
Kita hendaklah tegas lantaran hari ini politik wang telah menjalar jauh, sehingga ke peringkat mesyuarat cawangan, termasuk jawatan pengerusi tetap dan perwakilan ke persidangan perwakilan bahagian!
Saya dan rakan-rakan sependapat bahawa selagi hukuman yang ada tidak serius, para penjenayah politik wang dalam Umno tidak akan mengambil serius perkara ini, malahan mereka mungkin memperlekehkannya. Kini, sudah menjadi trend hampir kesemua mereka yang bersalah, tidak mengakuinya kerana menganggap kesalahan itu bukan suatu jenayah.
Tidak serius
Apabila sikap mereka demikian, tidaklah menghairankan apabila ada yang masih berpaut pada jawatan awam yang mereka pegang, walaupun umum mengetahui mereka telah dibuktikan bersalah. San ada pula yang sanggup menyatakan kesalahan dalam parti tidak kena mengena dengan jawatan awam, sedangkan tanpa restu parti, mereka tidak akan diangkat martabat sedemikian rupa!
Kejadian ini pernah berlaku pada tahun 2001 dan masih berlaku kali ini dan tidaklah mustahil akan berulang. Ketika itu, parti tidak bertindak menggugurkan jawatan penjawat awam itu walaupun akhirnya penjenayah politik wang berkenaan berundur. Beliau hanya berundur atas desakan ramai yang mengingatkan beliau mengenai prinsip kebertanggungjawaban.
Kita dapati kali ini pun parti tidak membuktikan seriusnya masalah politik wang sehinggakan yang bersalah masih memegang jawatan awam mereka. Ini menunjukkan isyarat yang dihantar oleh Majlis Tertinggi Umno, tidaklah serius dan apabila ianya demikian, maka masalah politik wang ini sampai bilapun tidak akan dipandang serius dan nampak gayanya akan terus membayangi Umno.
Bagaimanapun, untuk memujuk hati ini, saya ingin mengambil sikap positif dan percaya presiden baru kita akan mengambil tindakan serius untuk mengatasi masalah yang serius ini. Agak mudah untuk merungkai permasalahan ini.
Sebenarnya mereka yang disabitkan kesalahan politik wang tidak mengambil serius kesalahan mereka dan juga tidak mengambil serius tindakan terhadap mereka. Mereka seperti mencabar pucuk pimpinan dengan sanggup menyatakan bahawa jawatan politik dan jawatan awam tidak berhubungkait. Bagi saya, ini merupakan suatu penghinaan.
Justeru, Perhimpunan Agung Umno 2004 wajar dijadikan penanda aras bahawa politik wang akan dibanteras secara habis-habisan dan secara adil dan saksama tanpa mengira pangkat, kedudukan dan hubungan si penjenayah politik wang dengan mereka yang memegang kuasa.
Pemecatan tetap
Pertamanya, saya cadangkan agar politik wang ditakrifkan sebagai jenayah dan mereka yang melakukannya disifatkan sebagai penjenayah politik wang. Sekiranya kita serius dalam persoalan ini, takrifkan politik wang sebagai rasuah tidak hanya rasuah politik.
Sebenarnya rasuah adalah takrifan paling tepat kerana perbuatannya ialah menyogok perwakilan untuk mendapat pencalonan dan kemudiannya membeli undi ini adalah rasuah.
Bentuk hukuman seperti teguran, amaran, amaran keras dan penggantungan selama (maksima) tiga tahun hendaklah dihapuskan dan digantikan dengan bentuk sekeras-kerasnya pemecatan dan tiada harapan kembali ke pangkuan Umno selama-lamanya.
Sekiranya Umno memecat ahli yang menentang parti dengan berkempen sebagai calon bebas, saya tidak nampak mengapa Umno terhadap golongan yang terang-terang menentang hasrat parti membersihkan Umno daripada politik wang.
Musuh tetapi musuh walaupun memakai lencana parti, menyanyikan lagu parti dan bersama-sama mengangkat tangan untuk mengundi bersetuju meminda perlembagan agar parti membanteras politik wang.
Apabila penjenayah rasuah dalam parti ini dibuktikan kesalahannya, maka hukumannya hendaklah sehingga kepada pemecatan mereka daripada jawatan awam. Ini bermakna wakil rakyat dan ahli Dewan Negara akan dilucutkan jawatan serta-merta selepas dipecat dari parti.
Bahana rasuah
Sebelum ini, parti pernah memecat seorang pemimpin kanan daripada jawatan kerajaan dan jawatan politiknya atas tuduhan bertindak menentang kepentingan parti dan negara. Justeru, apakah masalahnya untuk parti berbuat demikian apabila nasib Umno dalam bahaya kerana perbuatan rasuah.
Sepertimana kita memandang hina najis dadah yang satu ketika dahulunya digelarkan madat, begitulah juga sewajarnya sikap kita terhadap rasuah. Rasional yang sama hendaklah diterimapakai untuk mewujudkan kesedaran bahana rasuah dan dadah adalah dalam kategori musibah yang sama, ianya akan menjahanamkan kita jika bersikap sambil lewa.
Saya yakin ada rasional tertentu, justifikasi dan natijahnya mengapa madat ditukarkan kepada dadah dan seterusnya digelarkan najis dadah oleh kerajaan yang begitu serius membanterasnya. Justeru, rasional yang sama hendaklah diaplikasikan dalam persoalan ini.
Rekod mereka yang bersalah sewajarnya dikekalkan sebagai teladan kepada ahli-ahli lain yang bercita-cita untuk memperolehi kedudukan/jawatan secara haram, termasuklah habuan wang ringgit, jawatan dan kemewahan.
Memandangkan sistem keahlian Umno adalah online, maka tidaklah sukar untuk melaksanakan ketegasan ini, sebagai balasan terhadap mereka yang mengkhianati Umno, agama, bangsa dan tanahair. Dengan itu, Umno yang sudahpun menjangkau usia lebih 50 tahun ini, akan terus hidup untuk membela kepentingan umat Melayu/Islam pada masa akan datang.
Sesungguhnya Umno bukanlah milik lebih 2,000 perwakilan yang hadir di Dewan Merdeka saban tahun, dan bukannya juga milik lebih tiga juta ahlinya di seluruh negara. Tetapi Umno adalah milik seluruh umat Melayu/Islam di negara ini.
Kita hendaklah mengambil iktibar daripada perjalanan politik Datuk Seri Abdullah sendiri yang tidak pernah menabur duit, akan tetapi pernah tenggelam dan tercicir dek kuasa dan harta. Hari ini, beliau menjadi peneraju parti, berkat kesabaran dan di atas kepercayaan bahawa suatu hari nanti yang hak akan mengatasi yang batil.
Dan beliau terbukti benar. Tanpa wang dan tanpa menggunakan janji-janji manispun, beliau boleh dan telah sampai ke pucuk kepimpinan parti. Kita juga boleh menyifatkan langkah tegas menghapuskan politik wang itu, sebagai satu kempen membersihkan parti daripada petualang, perasuah dan pengkhianat agama, bangsa dan tanahair. Selamatkanlah Umno daripada bahaya ini.
Selamatkan Umno sebelum terlambat (Bhgn 1)
Muhammad Zahir Utarawan bukanlah nama sebenar penulis. Beliau adalah bekas wartawan dan ahli Umno yang amat mengambil berat mengenai masa depan parti dan politik tanahair.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.