Most Read
Most Commented
Read more like this

Ada sesuatu yang 'ganjil' dalam pengucapan seni Raja Shahriman Raja Aziddin. Begitu juga kurator pameran seni arca 'Nafas', Nur Hanim Mohamed Khairuddin. Teks kurator dalam katalog dengan sejumlah foto arca itu dengan latar pengarca berada dalam simpang paradoks.

Kemelut Shahriman bukan baru dan kupasan kurator pula hanya menegaskan apa yang ada. Hal ini masih boleh dibahaskan, maksudnya isu Islam menentang penghasilan arca yang menyerupai 'imej' kejadian Tuhan, sama ada manusia (anthropomorphic) atau haiwan (zoomorphic).

Tetapi, selepas merenung kembali rencana pengiring pameran itu, 'Nafas Asyik: Hakikat insan mabuk seni', saya dapati tidak ada kekuatan yang fundamental bersamanya. Tidak ada yang 'berat' cuba dipermasalahkan kecuali berat besi-besi itu sendiri; tidak pula mengasyikkan. Mungkin saya silap.

Kelihatan wacana Nur Hanim, tidak sejajar dengan karya Raja Shahriman. Isu pokok yang cuba dibahaskan oleh kurator dan mungkin hal yang sama berlegar dalam fikiran pengarca tidak tertuang dalam karya.

Maksud saya, apakah definisi 'berhala' atau patung yang menyerupai kejadian Tuhan yang dilarang oleh Islam? Persoalan ini yang menghantui Raja Shahriman selepas terpengaruh dengan semangat anti-patung atau konsep ikonoklasme Melayu-Islam sekarang.

Tetapi pengarca mengambil jalan mudah, tidak mahu mendekati atau memecahkan persoalan ini, sebaliknya membuangnya jauh-jauh. Caranya: buang kepala si berhala!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS