Apabila laut naik ke darat...
Ranap seluruh Banda Aceh dilanda tsunami pada 26 Disember lalu. Tetapi masjid raya Baitulrahman tetap tegak utuh. Sedikitpun tidak terjejas. Ramai yang hairan, tertanya-tanya, mengapa yang lain hanyut tetapi rumah Allah itu langsung tidak terusik?
Masih tegaknya masjid besar di wilayah Aceh di tengah-tengah runtuhan bangunan dan kedukaan itu mengingatkan kita kepada kejadian yang sama berlaku di negara sekular, Turki beberapa tahun lalu. Dalam gempa bumi di sebuah wilayah di Turki itu, ribuan nyawa terkorban, banyak bangunan ranap, namun sebuah masjid tetap tegak berdiri.
Adakah ini sekadar satu kebetulan? Sebenarnya ia lebih daripada itu. Ada yang tersirat di sebaliknya. Terkandung hikmah dan pengajaraan besar di dalam musibah di Turki dan bencana tsunami ini. Sesungguhnya Allah menjadikan apa yang ia mahu jadikan dan ia mampu memelihara apa yang ia mahu pelihara.
Itulah kebesaran Tuhan yang perlu kita renungi dan dijadikan teladan. Bencana tsunami yang tidak pernah diduga akan melanda negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan ini sepatutnya membuka mata kita untuk beringat bahawa yang paling berkuasa bukannya Amerika Syarikat atau Israel tetapi Tuhan.
Tiada siapa boleh menahan kalau bencana mahu datang. Teknologi canggih, sistem amaran awal atau satelit buatan Amerika Syarikat, Britain, mahupun Russia tidak berupaya menahan kekuatan gempa bumi dan keganasan tsunami.

Persoalannya sekarang adakah kita akan belajar dari musibah ini? Berapa orang yang akan beringat dan menjadikannya pengajaran dalam kehidupan mereka?
Bencana demi bencana, musibah selepas musibah melanda dunia, namun sebahagian besar kita hanya sedar seketika dan selepas itu kembali alpa. Lihat sahaja apa yang berlaku di Bali pada tahun 2003 lalu. Kesedihan dan trauma akibat kehilangan ratusan nyawa dalam letupan di kelab malam di pulau itu hanya seketika sahaja. Sebulan selepas peristiwa berdarah itu, pulau itu kembali dipenuhi maksiat dan pesta.
Dijadikan pengajaran
Begitu juga selepas tragedi 11 September 2001 di New York dan Washington. Walaupun lebih empat ribu orang terkorban, keganasan tetap tidak dapat dibendung malah Amerika Syarikat dan George W Bush bertukar menjadi "pengganas nombor satu dunia".
Kita bukannya mahu seluruh dunia berkabung selama-lamanya selepas berlaku sesuatu musibah, tetapi mahu sebab dan akibat sesuatu kejadian itu dihalusi, dijadikan pengajaran dan diambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Simpati dan kesedihan yang seketika atau sekadar satu gimik diplomatik, tidak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh negara terbabit dan mangsa-mangsa bencana.
Kini, setelah lebih 155,000 nyawa dikenalpasti terkorban dan ramai lagi yang hilang serta jutaan harta benda dan infrastruktur rosak, ke mana haluan kita? Menangisi orang tersayang yang telah pergi dan merenung harta benda yang punah tidak membawa apa-apa erti lagi.
Sisa-sisa hidup mesti diteruskan, namun bagaimana? Di mana dan macam mana hendak dimulakan setelah bot, peralatan menangkap ikan, kereta, rumah dan perniagaan musnah? Mengharapkan bantuan masyarakat dan kerajaan? Bila agaknya segala sumbangan yang dijanjikan itu akan sampai?
Itulah masalah yang dihadapi selepas musibah ini. Untuk memulih dan membangunkan semula segala yang telah musnah bukannya mudah. Sumbangan wang ringgit, makanan, pakaian dan ubat-ubatan memamg mudah dikumpul, terutamanya di Malaysia yang rakyatnya sangat pemurah. Namun untuk mengagihkan kepada mangsa adalah satu masalah besar.
Pakaian, makanan dan ubat-ubat memang mudah disalurkan terus tetapi dana yang sudah lebih RM20 juta ringgit terkumpul itu agak sukar untuk diagihkan segera. Kini, para mangsa tertanya-tanya dan ternanti-nanti bila bantuan segera akan diagihkan kepada mereka bagi membolehkan mereka memulakan hidup baru.
Mencari populariti politik
Tetapi agensi-agensi yang mengutip dana, masih tercari-cari formula dan masa untuk mengagihkan sumbangan tersebut. Pelbagai badan amal tampil mengutip derma dan sumbangan, namun bagaimana mahu memastikan dana-dana itu benar-benar sampai kepada mangsa?
Kita tidak mahu dana-dana berkenaan sekadar berlapuk di akaun bank semata-mata kerana tiada pihak yang menyelaraskan pengagihannya. Sudah terlalu kerap terjadi, wang bantuan untuk mangsa bencana atau penyakit kronik di negara ini lesap entah di mana, sedangkan sebelum itu digembar-gemburkanratusan ribu atau jutaan ringgit telah terkumpul.
Kerajaan harus bertindak bijaksana dan segera bagi memastikan semua dana itu sampai kepada mangsa-mangsa tsunami negara ini dan di luar negara. Jangan biarkan ada pihak menanguk di air keruh. Musibah ini bukannya masa untuk mencari populariti politik!
Membangunkan semula kehidupan dan prasarana yang telah musnah adalah satu cabaran besar. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan menjangkakan kawasan yang dilanda bencana itu mungkin mengambil masa hingga sedekad untuk dipulih dan dibangunkan semula.
Tepat sekali kata-kata Annan itu. Malah, kawasan miskin seperti Aceh, Tamil Nadu dan barat daya Sri Lanka mungkin mengambil tempoh yang lebih lama. Mungkin wilayah sekitar Phuket di Thailand akan dapat dipulih dengan lebih cepat kerana adanya industri pelancongan di sekitarnya. Malah, empat hari selepas tsunami melanda pulau itu, para pelancongan telah kembali berbaring separuh bogel di pantainya.
Manakala di Malaysia, sekitar pantai Pulau Pinang dan Kuala Kedah serta Langkawi dipercayai dapat dibersih dan dipulihkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan ini. Mungkin tidak lama lagi kita akan dapat melihat semula para "mat salleh" berjemuran di pantai Batu Feringgi. Mereka akan bermain di pantai dan berenang di laut, seolah-olah tsunami tidak pernah melanda negara ini.
Laut telah naik ke darat. Kita harus menerima bencana ini sebagai takdir dengan tidak menyalahkan mana-mana pihak. Sesungguhnya Allah masih sayangkan kita tetapi Dia sedang menguji kita.