Khir Toyo pula dilanda badi jawatan MB Sgor...
Kalau ditanya pada kalangan orang politik, kerusi Menteri Besar (MB) negeri mana yang paling panas, pastinya mereka menjawab: Selangor!
Tepat sekali jawapan itu. Kerusi MB Selangor memang sentiasa panas, malah menggelegak. Ramai MB sebelum Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang tidak tahan "badi" jawatan tersebut.
Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Abu Hassan Omar terpaksa melepaskan jawatan MB dalam suasana penuh kontroversi.
Skandal rasuah mengakibatkan Datuk Harun disumbat ke penjara. Kontroversi dengan Istana dan kes kegagalan mengisytihar sejumlah wang kepada pihak berkuasa Australia ketika melawat negara itu, telah menjebak "Mike Tyson".
Spekulasi hubungan sulit dengan seorang wanita, menyebabkan Abu Hassan pula kecundang. Mala petaka yang menimpa beliau menjadi rezeki kepada Khir Toyo, apabila "budak mentah" yang pada ketika itu berusia 35 tahun dipilih untuk menggantikan Abu Hassan.
Kini kontroversi pembangunan hartanah di sekitar Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya, Shah Alam sedang menghantui Khir Toyo. Walaupun isu ini tidak seserius kes-kes yang melanda Datuk Harun, Mike Tyson dan Abu Hassan, namun ia dilihat oleh para penyokong doktor gigi itu sebagai sesuatu yang mempunyai agenda tersembunyi.
Mereka mentafsir pembongkaran yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia itu mempunyai makna tersirat. Kononnya ada orang tidak senang dengan Khir Toyo, lalu sengaja diperbesar-besarkan isu ini. Matlamat akhirnya untuk menyingkirkan MB Selangor itu!
Memang ketika dilantik sebagai MB dulu, ramai yang terkejut, tidak puas hati kerana "budak mentah" dipilih mengisi jawatan tersebut. Ramai yang menjangka Khir Toyo tidak bertahan lama. Para pemerhati berpendapat anak kelahiran Tanjong Karang itu tidak akan tahan "badi".

Politik dalaman
Bagi para pemerhati, kedudukan Khir Toyo terlalu rapuh kerana terpaksa berdepan dengan politik dalaman yang sengit. Ketika itu terdapat kelompok "Mike Tyson" dan orang-orang lama yang diketuai oleh Timbalan MB, Datuk Dr Zainal Abidin.
Namun segala jangkaan itu nampaknya meleset. Kini Khir Toyo masuk penggal kedua sebagai MB Selangor. Kedudukan beliau semakin kukuh walaupun bayang-bayang "Mike Tyson" masih mengekorinya.
Kejayaan besar dalam pilihanraya umum lalu mensifarkan kehadiran PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan meraih undi popular bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam pemilihan parti tahun lalu, kukuhkan lagi kedudukan Khir Toyo di Selangor.
Namun beliau tetap tidak dapat lari dari kontroversi. Kini isu penerokaan tanah di sekeliling Taman Pertanian Bukit Cahaya sedang mengujinya. Perdana Menteri sendiri akan memantau tindak-tanduk Khir Toyo kali ini.
Khir Toyo telah dihentam dari pelbagai sudut. Kononnya beliau sengaja membiarkan tanah di sekitar taman pertanian terbesar di dunia itu dimajukan. Kalangan tertentu berkata, pejabat dan kediaman MB di Shah Alam terlalu hampir dengan taman pertanian itu. Oleh itu mustahil beliau tidak sedar apa yang berlaku di situ.
Menteri Besar itu juga dituduh terlalu memihak kepada pemaju. Beliau juga dikatakan bersikap defensif, meletakkan kesalahan pada pihak lain, walaupun Perdana Menteri telah membuktikan tiada sebatang pokok dan sebaris rumput yang tinggal di sekeliling taman pertanian itu.
Antaranya, Khir Toyo mengalih kesilapan dan kesalahan itu kepada "pihak yang berkuasa" lain yang meluluskan projek-projek tersebut. Selain Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA), siapa lagi "pihak yang berkuasa" lain itu? Bekas-bekas MB yang meluluskan permohononan tanah berkenaan?
Cuba cuci tangan
Dalam perkataan lain, di peringkat awalnya, beliau cuba "cuci tangan" dengan menuding jari kepada MBSA. Beliau terang-terangan mengakui kekurangan pemantauan oleh pihak penguatkuasa agensi tersebut.
Para pemerhati politik tempatan pula berkata, kalau Khir Toyo menyalahkan MB-MB sebelumnya, mungkin ada kebenaranya tindakan beliau itu kerana kita banyak mendengar kisah tanah di Selangor "difaraidkan" kepada syarikat dan individu sebelum era Khir Toyo.
Namun itu tidak bererti doktor gigi itu boleh "cuci tangan" begitu sahaja. Sebagai orang yang berkuasa ketika ini, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua projek pembangunan berjalan lancar dan mengikut peraturan.
Lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan kawasan senstitif seperti di lokasi tadahan hujan dan taman pertanian. Malah, ini bukan pertama kali kontroversi penggondolan tanah di Selangor ditimbulkan.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dulupun, beliau pernah menegur perbuatan membotakkan hutan di negeri itu. Malah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada awal tahun lalu juga, telah mengarahkan semua kerajaan negeri mengawal kerja penerokaan hutan bagi mengelakkan kerosakan yang tidak terkawal.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Khir Toyo untuk memantau kerja pembangunan di sekitar Taman Pertanian Bukit Cahaya. Kalau beliau bertegas dari dulu lagi, pastinya tiada pemaju yang engkar atau berani menjalankan projek sebelum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
Bagi menyejukkan isu ini, "kambing hitam" perlu dicari. Dua pemaju akan didakwa tidak lama lagi kerana menjalankan kerja di tapak berkenaan sebelum pelan pembangunannya diluluskan.
Kerajaan Selangor juga telah mengarahkan semua kerja pembangunan di sekitar taman pertanian itu dan di tanah tinggi di Selangor dihentikan serta-merta.
Siapa dalangnya?
Sampai bila arahan ini akan berkuatkuasa, tidaklah kita tahu. Jangan jadi seperti empat tahun lalu sudahlah. Tentu kita masih ingat selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Hulu Kelang, arahan yang sama dikeluarkan.
Tetapi beberapa bulan selepas itu, kerja-kerja pembangunan di kawasan bukit berjalan semula. Dan kini sebahagian besar kawasan hijau di Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Gombak dan Selayang digondolkan.
Kita tunggu dan lihat selama mana arahan MB Selangor itu akan berkuatkuasa. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Khir Toyo perlu ingat, silap haribulan isu, ini akan berbangkit semula. Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk!
Sebenarnya, ujian terhadap Khir Toyo belum berakhir. Dulu beliau pernah diuji oleh penulis bebas, Ahmad Lutfi Othman berhubung dakwaan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam peruntukan besar untuk menaiktaraf jalan di Kampung Pasir Panjang, Tanjong Karang.
Pendedahan Lutfi dalam sebuah akhbar bebas itu, bagaimanapun tidak sampai ke mana. Khir Toyo mampu menepisnya dengan mudah. Namun kali ini badai yang melanda bukan kecil. Ia adalah "tsunami" bagi karier politik Khir Toyo.
Sebenarnya doktor gigi ini bernasib baik kerana setakat ini tiada pendedahan mengenai kroni beliau terbabit dalam projek-projek di sekitar taman pertanian itu. Ramai pemerhati berpendapat, jika ada satu atau dua individu dalam syarikat-syarikat berkenaan berkait rapat dengan beliau, Khir Toyo pasti menerima nasib yang sama seperti Mike Tyson dan Abu Hassan.
Bolehkah Khir Toyo tidur lena selepas ini atau ada kontroversi lain menunggunya? Di dalam politik, banyak yang tersirat. Kalau benar ada agenda tersembunyi dalam wayang kulit ini, siapa dalangnya?