Isu Bukit Cahaya: Bagaimana dengan MB di negeri-negeri lain?
Ehemmmisu penggondolan kawasan sekitar Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya, Shah Alam sudah sejuk nampaknya. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo sudah boleh bertenang walaupun terpaksa berkerja lebih sikit sekarang.
Untuk menutup isu ini memang mudah. Cari sahaja kambing hitamnya. Dakwa ke mahkamah, sebagai bukti ketegasan pihak berkuasa. Untuk menunjukkan kerajaan negeri sudah membuat kerjanya.
Kemudian buat janji untuk memantau dengan rapi kerja-kerja pembangunan di kawasan tersebut dan pemuliharaan lokasi-lokasi yang tercemar di taman pertanian itu.
Jumaat lalu tiga pemaju, dua swsata dan sebuah agensi kerajaan negeri diheret ke mahkamah dan masing-masing mengaku salah atas pelbagai kesalahan membangun, menebang pokok dan memotong bukit berhampiran taman pertanian tersebut.
Masing-masing didenda antara RM200,000 hingga RM300,000. Paling mengejutkan antara pemaju yang rakus membotakkan kawasan sekitar taman pertanian itu ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Sebelum ini orang ramai menyangka, semua yang terbabit dalam menggondolkan kawasan berkenan ialah syarikat swasta. PKNS atas alasan menyediakan perumahan bagi rakyat berpendapatan rendah telah "terpaksa" melakukan kerja-kerja pembangunannya tanpa mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan.
Mungkin PKNS tidak menganggap perbuatannya merata dan menarah bukit sebelum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, suatu kesalahan kerana ia adalah agensi kerajaan negeri. Mungkin para pengawainya menganggap agensi kerajaan negeri akan dikecualikan dari sebarang tindakan.

Sudah terlanjur
Amalan "buat dulu, dapatkan kelulusan kemudian" mungkin sudah lama dilakukan oleh PKNS dan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang lain selama ini. Dengan beranggapan mereka "kebal", maka perbuatan tidak mematuhi peraturan dilakukan sewenang-wenangnya.
Namun selepas ini, amalan seperti itu mungkin tidak berlaku lagi kerana Dr Khir telah menegaskan tiada pilih kasih dalam tindakan terhadap pemaju-pemaju yang engkar. Katanya, agensi kerajaan negeri juga perlu mengikut semua peraturan yang ditetapkan. Semoga itu bukan sekadar janji-janji kosong!
Berdasarkan kes PKNS ini, dipercayai mungkin banyak lagi kesalahan sedemikian dilakukan oleh syarikat pemaju milik Kerajaaan Negeri Selangor di kawasan lain, cuma ia tidak dibongkar kepada umum sahaja.
Begitu juga di negeri-negeri lain, dalam "keterpaksaan" membangunkan rumah kos rendah dan sederhana, mungkin anak-anak syarikat kerajaan negeri berkenaan telah dan sedang melakukan kesalahan yang sama.
Cuma syarikat-syarikat ini bernasib baik kerana perbuatan mereka tidak menjadi satu isu nasional. Sewajarnya, sebelum perbuatan anda dibongkar oleh media, usaha membetulkan segala kesalahan dilakukan segera.
Bagi yang telah "terlanjur" eloklah jangan mengulanginya lagi. Takut-takut, kalau ia berhampiran kawasan sensitif, perbuatan anda akan meletup sebagaimana isu Taman Pertanian Malaysia itu. Bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) pula, banyak pengajaran dari isu di Shah Alam itu. Kepincangan pemantauan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu dijadikan iktibar.
Jangan selepas meletup sesuatu isu baru mahu bertindak. Ketika itu sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Kita tahu banyak PBT yang tidak tegas dalam kerja-kerja pemantauan, khususnya bagi menyelia projek-projek pembangunan. Kita hairan mengapa para pegawai penguatkuasa suka berlembut dengan para pemaju. Malah ada di antaranya yang sangat mesra dengan para pegawai syarikat-syarikat berkenaan!
Cuci tangan
Bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan pula, jika betul PBT kekurangan para pegawai penguatkuasanya sebagaimana terjadi pada MBSA, elok diminta dari kerajaan negeri tambahan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan nanti.
Bagi para Menteri Besar (MB) pula, banyak perkara boleh dipelajari dari kes Taman Pertanian Malaysia itu. Yang paling penting, kena sentiasa beringat bahawa kerusi empuk itu adalah panas. Silap haribulan boleh meletup pada bila-bila masa sahaja.
Kena selalu ingat, sebarang isu berkaitan tanah, balak, projek pembangunan, perumahan rakyat hingga ke alam sekitar adalah isu-isu penting dan sensitif. Jangan fikir boleh cuci tangan dengan menyalahkan pihak berkuasa lain atau anak-anak syarikat kerjaan negeri bagi menutup kelemahan dan kesilapan sendiri.
Dr Khir telah menanggung akibatnya. Kini beliau terpaksa turun padang dua kali sehari untuk memantau taman pertanian tersebut. Paling perit, kerja-kerjanya selepas ini akan diselia sendiri oleh Perdana Menteri!
Satu lagi moral cerita di taman pertanian itu ialah para MB perlu selalu ingat bahawa musuhnya berada di mana-mana. Usaha untuk menjatuhkannya akan dilakukan apabila ada kesempatan.
Walaupun kes taman pertanian itu tidak dipolitikkan, namun ia telah menggegar kedudukan Dr Khir sebagai MB. Malah kini ada kalangan ahli Umno Selangor beranggapan jodoh Dr Khir sebagai MB sudah tidak lama.
Kita pasti isu ini akan senyap selepas ini, kecuali jika pihak akhbar terus membuat susulan. Diharapkan suasana yang kembali tenang itu akan memboleh Dr Khir bertindak dengan pantas dan berkesan. Dengan pangajaran imam Al-Ghazali yang sering dirujuk oleh Dr Khir, pastinya beliau dapat muhasabah diri dengan sebaik-baiknya. Pastinya MB Selangor itu telah mendapat pengajaran lebih besar daripada isu taman pertanian ini.