Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ada satu teka-teki di kalangan orang kampung atau disebut lawak antarabangsa oleh budak-budak sekolah: Apa benda yang sentiasa turun dan sentiasa naik?

Jawabnya: Yang sentiasa turun, langsung tidak pernah naik ialah hujan. Bukan sahaja sentiasa turun, malah percuma! Yang sentiasa naik pula ialah kadar tol dan produk petroleum diesel dan petrol. Dan satu lagi yang dalam proses untuk dinaikkan ialah gaji para menteri dan wakil rakyat!

Tiada hadiah misteri bagi mereka yang berjaya menjawab dengan tepat teka-teki tersebut. Sebaliknya anda pula yang perlu berbelanja lebih sebab harga diesel telah naik lagi 20 sen dan petrol naik 10 sen seliter.

Kos hidup kita kini semakin tinggi kerana tempias daripada kenaikan harga bahan api itu sangat besar. Sana sini di kedai runcit dan pasar, harga barangan keperluan harian sudah naik. Alasannya mudah, bukan kerana kekurangan bekalan tetapi kerana kos pengeluaran dan perkhidmatan meningkat akibat kenaikan harga bahan api.

Kini kuasa membeli rakyat makin kecil kerana kenaikan harga barang tidak diikuti dengan kenaikan pendapatan gaji tetap di takuk lama kecuali bagi orang-orang politik. Ahli parlimen dan pak menteri-pak menteri akan menikmati kenaikan gaji sekurang-kurangnya 10 peratus katanya untuk menampung beban perkhidmatan mereka kepada pengundi.

Begitulah nasib kita golongan makan gaji, petani, penternak, nelayan dan buruh atau lebih tepat para pengguna. Di atas nama pengurangan subsidi, kita menjadi mangsanya!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS