Pendedahan Gomez perlu disiasat
Sungguhpun ada pembaca yang mengkritik malaysiakini kerana terlalu menumpukan minatnya terhadap isu Dr Edmund Terence Gomez, tetapi sebaliknya saya menganggap pendedahan dan cadangan Gomez dalam wawancara eksklusifnya itu adalah amat penting.
Ia bukan saja perlu dipandang berat oleh semua pihak terbabit, malah saya rasa, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang turut campurtangan membenarkan Gomez dipinjam bertugas Institut Kajian Pembangunan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu (UNRISD), patut mengambil peluang keemasan ini untuk mencetuskan reformasi pendidikan tinggi kita bermula dengan siasatan terhadap kepincangan yang didedahkan oleh Gomez, dan tindakan positif terhadap saranan-saranan membinanya.
Tidak dapat dinafikan Gomez memanglah seorang ahli akademi terkenal dan juga pengkritik kerajaan yang disegani. Jika pendedahan beliau itu terbukti berasas, dan kerajaan pula rela mengambil tindakan tegas untuk membetulkan kepincangan tersebut, maka ia akan menjadi satu kredit terhadap keikhlasan PM untuk mencorakkan reformasi di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kita.
Sungguhpun ada pembaca yang mengkritik malaysiakini kerana terlalu menumpukan minatnya terhadap isu Dr Edmund Terence Gomez, tetapi sebaliknya saya menganggap pendedahan dan cadangan Gomez dalam wawancara eksklusifnya itu adalah amat penting.
Ia bukan saja perlu dipandang berat oleh semua pihak terbabit, malah saya rasa, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang turut campurtangan membenarkan Gomez dipinjam bertugas Institut Kajian Pembangunan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu (UNRISD), patut mengambil peluang keemasan ini untuk mencetuskan reformasi pendidikan tinggi kita bermula dengan siasatan terhadap kepincangan yang didedahkan oleh Gomez, dan tindakan positif terhadap saranan-saranan membinanya.
Tidak dapat dinafikan Gomez memanglah seorang ahli akademi terkenal dan juga pengkritik kerajaan yang disegani. Jika pendedahan beliau itu terbukti berasas, dan kerajaan pula rela mengambil tindakan tegas untuk membetulkan kepincangan tersebut, maka ia akan menjadi satu kredit terhadap keikhlasan PM untuk mencorakkan reformasi di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kita.
Dalam pertemuan dengan Abdullah baru-baru ini, Gomez (
kiri
) diberitahu supaya terus menyuarakan perkara-perkara yang membabitkan kepentingan awam. Sekarang, Gomez telah mendedahkan apa yang dianggap patut didedahkan.
Maka rasanya Abdullah harus mengambil inisiatif untuk menyiasat sama ada aduan Gomez bahawa beliau tidak dilayan secara adil oleh pihak berkuasa UM kerana beliau merupakan seorang pengkritik lantang politik wang kerajaan, dan oleh itu, dianggap sebagai seorang yang tidak taat kepada kerajaan.
Di samping itu, pendiriannya juga tidak sehaluan dengan pendirian Naib Canselor UM, Prof Dr Hashim Yaacob mengenai isu pemantauan e-mail pensyarah, isu ketidaktelusan dan amalan pilihkasih dalam proses kenaikan pangkat, serta juga isu autonomi pensyarah dalam memberi markah kepada pelajar.
Kepincangan-kepincangan tersebut bukan gejala unik di UM, tetapi sering berlaku di IPTA lain di negara kita. Umpamanya, Profesor K S Jomo yang sekarang dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Pembangunan Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu, telah mengadu bahawa beliau terpaksa memilih persaraan awal akibat "penganiayaan" pihak berkuasa universiti.
Senasib dengan Jomo
Beliau enggan menjelaskan secara terperinci kerana khuatir kedudukan rakan-rakannya yang masih berkhidmat di universiti, akan terjejas sekiranya beliau membuat pendedahan penuh.
Bagaimanapun, kata Lim Kit Siang, sebagai seorang ahli ekonomi dan sarjana terkenal di peringkat antarabangsa, Jomo (
kanan
) tidak pernah dilantik memegang jawatan tinggi dalam universiti seperti Dekan Fakulti atau Ketua Jabatan, sedangkan banyak pelajarnya telahpun menyandang jawatan terbabit.
Malah, pada awal tahun 1990-an, beliau telah dihina apabila jawatannya diturunkan daripada "professor" kepada "Profesor madya". Yang amat menghampakan sekali ialah permohonannya supaya dilantik sebagai profesor kanan, telah ditolak walaupun beliau mendapat sokongan tiga pemenang Hadiah Nobel, termasuk Amartya Sen dan Joseph Stiglitz!
Berbalik kepada kes Gomez, menurutnya, Naib Canselor UM pada mulanya turut mengalu-alukan kejayaannya dilantik mengetuai sebuah agensi Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi selepas bercanggah pendirian berhubung isu-isu tadi, maka Naib Canselor pun berubah sikap, tidak bekerjasama, malah menolak permohonan Gomes untuk dipinjam berrtugas selama dua tahun di UNRISD. Berikutan itu, Gomez terpaksa meletak jawatan untuk bertugas di UNRISD .
Hujah Gomez, menurut Akta Universiti dan kolej Universiti (Auku), Naib Canselor dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi setelah direstui Perdana Menteri. Oleh itu, Naib Canselor akan merasa terhutang budi kepada pihak eksekutif yang melantik beliau. Oleh itu, unsur politik telah terlibat secara aktif untuk menyekat kebebasan akademi dan autonomi IPTA.
"Keputusan dasar" dan "kita tidak dibenarkan campurtangan dalam perkara dasar"sering digunakan oleh Naib Canselor atau pihak berkuasa Universiti untuk menyekat pensyarah dan pelajar daripada menyuarakan pandangan mereka yang berbeza tetapi membina.
Auku dan Akujanji pula digunakan untuk menjamin agar "keputusan dasar" pihak kerajaan atau universiti tidak dicabar atau dipersoalkan. Dengan struktur dan cara tersebut, Naib Canselor seolah-olah telah menjadi ejen kerajaan untuk menjaga kepentingan politik dasar kerajaan, bukan kepentingan IPTA seperti kebebasan akademi dan autonomi IPTA.
Taat setia membabi buta
Ini bermakna pensyarah dan pelajar universiti tidak mempunyai ruang untuk menyuarakan perbezaan pandangan atau kritikan, mengakibatkan pendidikan tinggi kita kehilangan kebebasan dan autonomi dan siswazah kita tidak berfikiran kritis. Dalam suasana demikian, kebudayaan pengabdian yang berbau feudal pun diwujudkan, dan pensyarah dan pelajar digalak untuk tunduk atau taat kepada pihak berkuasa secara membabi buta.
Justeru itu, Gomez menyeru agar semua undang-undang yang menyekat kebebasan akademi dimansuhkan dan yang penting sekali, pendidikan tinggi diberi autonomi dalam pemilihan Naib Canselor, supaya mereka yang terpilih, akan menjalankan tugas demi kepentingan autonomi universiti dan kebebasan akademi, bukan demi kepentingan politik atau dasar kerajaan.
Gomez lebih rela berkhidmat di UM daripada di luar negara, kerana beliau berasa lebih berpengaruh terhadap minda pelajar tempatan, berbanding dengan pelajar luar negara, dan beliau juga percaya IPTA sungguhpun wujud banyak kepincangan masih boleh direformasi, meskipun sering menemui kekecewaan.
Mengenai reformasi IPTA, empat masalah telah dikenal pasti Gomez seperti berikut:
1.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dinamakan " Bangking-in Method " iaitu pelajar menyimpan segala maklumat yang diberi oleh pensyarah dalam ingatannya, lalu dicurah kembali pada masa peperiksaan hendaklah diubah;
2. Taraf atau kualiti bahasa Inggeris hendaklah ditingkatkan kerana 90 peratus buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris;
3. Kualiti pensyarah yang kian menurun perlu ditingkatkan dengan pelaksanaan skim perkhidmatan yang lebih menarik dan proses kenaikan pangkat yang adil dan telus tanpa pilih kasih; dan
4. Pensyarah harus diberi kebebasan untuk menstrukturkan kurikulum berasaskan rasional akademi, bukan keperluan pasaran. Kecenderungan sekarang yang menitikberatkan kuantiti daripada kualiti siswazah, harus diperbetulkan.
Masalah-masalah tersebut sudah lama wujud dan diketahui umum, tetapi kenapa dibiarkan saja?

