Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
Columns

"Walaupun saya sudah berusia 80 tahun saya belum lagi nyanyok," Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa mendedah sepenuhnya kerana kepentingan perusahaan (kereta) negara dan bukan "seperti yang didakwa oleh seorang penulis akhbar berbahasa Inggeris kerana saya tidak dapat AP."

Tandatanya yang tidak kurang menarik ialah siapa yang Mahathir maksudkan apabila bila berkata, "ramai orang cakap benda baik-baik dengan saya, tetapi sebaliknya lawan saya, kemudian kalah dan saya tidak berdendam. Saya ambil mereka dalam kabinet, saya naikkan balik."

Apakah yang dimaksudkan oleh Mahathir itu merujuk kepada pemilihan tahun 1987 bila mana 'Team A' pimpinannya berentap dengan 'Team B' pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Jika mengambil dalam kontak itu, antara yang terkeluar dari kabinet dan kemudiannya diambil semula ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

(Dipetik dari www.agendadaily.com )

"Jika anak saya dapat sebilangan yang kecil (95 AP) untuk kereta Porsche, ia adalah mengikut syarat. Untuk menjual 50 biji kereta jenama ini tidak mudah. Janganlah seperti dahulu mengaitkan keluarga saya apabila perbuatan yang tidak harus dibuat dilakukan," katanya.

(Petikan sidang akhbar Mahathir Mohamad 26 Julai 2005)

"Allah adalah saksi saya,'' kata Datuk Seri Rafidah Aziz ringkas menjawab dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah membuat kenyataan tidak benar berhubung isu permit import (AP). (Dipetik dari Utusan Melayu 28 July 2005.)


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS