Cindy challenges Bush to level with her: "You tell me the truth. You tell me that my son died for oil. You tell me that my son died to make your friends rich. You tell me my son died to spread the cancer of Pax Americana, imperialism in the Middle East. You tell me that, you don't tell me my son died for freedom and democracy . (Dipungut dari Uruknet )

" It was three-thirty in the morning and they were all asleep, Yassin and his friends Fahed and Walid Khaled. There was an American patrol outside and then suddenly, a Bradley armoured vehicle burst through the gate and wall and drove over Yassin. You know how heavy these things are. He died instantly. But the Americans didn't know what they'd done. He was lying crushed under the vehicle for 17 minutes. Um Khaled, his friends' mother, kept shouting in Arabic: "There is a boy under this vehicle ."(Laporan Robert Fisk - UK I ndependent 13 Ogos, 2005)

Cindy Sheehan is the mother of a Marine killed in Iraq, and wants answers as to why her son died. Spc. Casey Sheehan, 24, was killed in Baghdad on April 4, 2004, five days after he arrived in Iraq. An Eagle Scout, who trained as a Humvee mechanic, he volunteered to help bring in soldiers wounded in an ambush .

" Am I emotional? Yes, my first born was murdered. Am I angry ?

" Yes, he was killed for lies and for a PNAC Neo-Con agenda to benefit Israel. My

son joined the Army to protect America, not Israel

.''

'Kenapa anak saya mati?'

Isnin 15 Ogos, 2005, seorang ibu berdiri di tepi jalan menghala ke ladang seluas 1,600 ekar di Crawford Texas. Puan Cindy Sheehan, 48 tahun ibu kepada Casey Sheehan telah berkhemah lebih dari satu minggu di kawasan ladang ini. Tuan milik ladang ini ialah seorang jutawan minyak bernama George W Bush yang juga sedang menyamar sebagai presiden Amerika Syarikat.

Cindy ( kiri ) datang beratus-ratus batu dari Vacaville, California ke Crawford kerana ingin bertemu dengan Bush yang sedang bercuti disana untuk mengeluarkan satu soalan - Kenapa anak lelakinya berumur 24 tahun mati di Iraq?

Casey ( kanan ) baru lima hari sampai ke Iraq tiba-tiba Cindy telah diberitahu yang Casey telah terbunuh di Bandar Sadr Baghdad. Ini berlaku pada bulan April 2004 dahulu. Bayangkan betapa remuknya hati Puan Cindy menerima mayat anaknya yang lima hari dahulu dilihatnya segak sihat dan ceria semasa mengucap selamat jalan di California.

Cindy adalah seorang ibu yang bertanggungjawab. Dari awal lagi dia telah tidak bersetuju dengan dasar campur tangan Amerika di Timur Tengah. Dia tidak menyokong dasar perang Bush ke atas Iraq. Semasa anaknya Casey dipanggil olih pihak tentera untuk melapor diri ke Iraq, Cindy telah bersedia memandu kereta untuk melarikan anaknya ke Canada. Cadangan mencari suaka politik di Canada ini telah ditolak oleh anaknya, kerana Casey ingin pergi ke Iraq bersama kawan-kawannya.

Cindy bukan aktivis politik atau aktivis NGO - jauh sekali untuk menjadi orang kiri. Cindy ialah seorang ibu yang terperanjat melihat dunianya hancur berkecai tanpa dia menyedari apa yang sebenarnya telah berlaku. Kerana itu dia memerlukan jawapan dari Bush yang mengakui dirinya sebagai War President dan juga sebagai Ketua Agung Tentera Amerika Syarikat.

Dalam pensejarahan presiden Amerika Syarikat hanya George W Bush sahaja yang telah mengambil cuti musim panas selama lima minggu. Cuti resmi Bush ini bermula dari minggu lepas. Sebelum ini, Ronald Reagan, seorang pelakon kelas B dari Holywood yang juga menyamar sebagai president Amerika Syarikat telah pernah mengambil cuti yang agak panjang - empat minggu. Tetapi kali ini Bush telah memecahkan semua rekod sejarah percutian presiden-presiden

Amerika.

Camp Casey

Apabila berita percutian panjang Bush ini diketahui umum, Cindy telah bertekad untuk pergi ke Crawford, kampung dan ladang Bush. Pada awalnya hanya beberapa kawan-kawan Cindy yang turut sama. Tidak sampai 10 orang yang datang turun ke Crawford Texas. Cindy hanya mendapat sokongan dari beberapa ibu dan ayah yang anak mereka juga turut sama terkorban di Iraq.

Setelah beberapa hari di Crawford - Camp Casey - telah menjadi satu berita yang sedang dan terus menghantui percutian Bush. Awalnya berita Camp Casey - nama khemah Cindy - hanya mendapat liputan dalam laman-laman web dan blog-blog kumpulan anti perang. Kerana kekuataan laman web dan kuasa penulisan tuan empunya blog akhirnya media arus perdana terpaksa mengekor untuk membuat laporan.

Seperti biasa Fox TV dan media cetak Rupert Murdoch yang perangainya tidak banyak berbeza dari RTM dan Utusan Melayu , telah memperlekehkan Cindy. Dia telah di tohmah sebagai lembu betina yang sedang digunakan oleh kumpulan anti-perang dan kumpulan kiri. Penulis-penulis upahan telah cuba memperkecilkan dan mentertawakan kegigihan seorang ibu yang berkhemah

ditepi jalan ladang seorang jutawan taukeh minyak.

Tohmahan dari media arus perdana Amerika ini telah gagal kerana dari pungutan suara yang baru sahaja dijalankan kelihatan sokongan terhadap presiden Bush telah jauh merosot. Majoriti rakyat Amerika telah tidak lagi menyokong tindakan presiden Bush di Iraq. Suara-suara menuntut agar bala tentera Amerika di Iraq dibawa pulang dengan secepat mungkin semakin lantang kedengaran. Suara dan tuntutan ini bukan lagi datang dari kumpulan anti perang tetapi telah mula disuarakan oleh kelas elit politik, dari pihak tentera dan dari ahli Kongres dan Senator parti Republikan sendiri.

Ketika tulisan ini diketik, lebih dari 1,800 soldadu Amerika telah tewas di Iraq. Lebih dari 15,000 pula telah cedera parah dan wajib dibawa pulang. Ini adalah angka yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Pertahanan Amerika. Banyak pihak masih mempertikaikan angka-angka ini. Kumpulan dan laman-laman web anti perang telah melapurkan besar kemungkinan jumlah yang tewas telah melintasi 8,000 orang. Dalam masa yang sama di awal tahun ini, Lancet, sebuah badan NGO dari Britain telah membuat kajian teliti dan menunjukkan hampir 100,000 rakyat awam Iraq telah terbunuh semenjak tentera Amerika masuk menyerang Iraq pada bulan Mac, 2003 dahulu.

Suasana ketidak tentuan dasar yang diambil oleh presiden Bush ini telah memaksa rakyat Amerika untuk mempersoalkan kewarasan daya fikir manusia yang bernama George W Bush. Ini bukan kerana Bush memiliki sejarah sebagai seorang bekas pemadat kokain dan bekas tahi arak tetapi kerana dia mengambil cuti yang amat panjang walhal bala tentera yang dipimpinnya

sedang bermandi darah berperang.

Rakyat Amerika mula bertanya apakah Bush ini waras kerana dia terus memancing, berbasikal, ber-barbeque dan menunggang kuda ketika setiap hari ada lapuran yang soldadu Amerika mati dan cedera di Iraq dan Afghanistan.

Menjaring simpati

Justeru, apa yang sedang dilakukan oleh Cindy ini telah menjaring simpati yang amat meluas dikalangan rakyat Amerika. Semakin ramai ibu dan ayah soldadu yang terkorban telah mula ingin melakukan sesuatu dengan harapan perang di Iraq ini dapat ditamatkan secepat mungkin. Cindy sendiri mengakui bahawa tidak ada satu kuasa pun yang boleh mengembalikan anaknya Casey. Tetapi sebagai seorang ibu, dia tidak mahu ada ibu-ibu lain yang akan berkecai hidup mereka apabila anak mereka dilapurkan mati dalam kancah perang di Timur Tengah.

Perang bukanlah sesuatu yang menarik. Perang ialah melakukan pembunuhan lebih awal sebelum orang yang dibunuh itu sempat membunuh kita. Perang di Iraq ini yang pada awalnya dikatakan sebagai melupuskan senjata nuklear Saddam Hussein kini telah dilihat sebagai perang untuk minyak dan untuk menyelamatkan Isreal. Apabila pencarian - weapon of mass destruction -

tujuan asal menyerang Iraq telah tidak ditemui, sokongan terhadap dasar perang di Iraq telah mula berubah.

Media arus perdana Amerika telah bersubahat dengan Rumah Putih untuk mengabui mata rakyat Amerika. Pembohongan demi pembohongan telah dilakukan olih media untuk mengolah persetujuan orang ramai, tetapi telah tidak berjaya untuk menambahkan sokongan raykat terhadap dasar perang di Iraq.

Satu demi satu berita telah bocor tentang perancangan awal untuk menaalok dan menawan Iraq. Berita terakhir yang diketahui umum ialah tentang Mohamad Atta dan tiga kawanya telah diketahui olih FBI semenjak tahun 1999 lagi sebagai kumpulan pengganas yang sedang beroperasi di New York. Mohamad Atta diberitakan sebagai ketua kumpulan 19 orang pengganas dari kumpulan Al-Qaeda yang meletupkan bangunan World Trade Centre di New York pada 11 September 2002.

Jika telah dikesan semenjak tahun 1999 lagi kenapa tidak ada tangkapan. Ini persoalan yang sedang ditimbulkan sekarang. Fakta terakhir ini amat berbeza dari lapuran dan siasatan resmi yang telah dijalankan oleh 9/11 Comission.

Bayangkan seorang ibu yang non-politikal seperti Cindy Sheehan telah mendapat kesedaran politik yang tinggi dari apa yang sedang berlaku. Kini Cindy bukan hanya dilihat sebagai seorang ibu yang kehilangan anak tetapi Cindy sebagai satu jalur arus politik di Amerika Syarikat yang cuba membocorkan kepada rakyat Amerika dan rakyat dunia tentang peranan kumpulan dan kabal Zionis/Neo-Con yang telah merancang perang di Timur Tengah.

Bush akan berada di Crawford sebulan lagi. Camp Casey yang bermula dengan 10 orang kini telah menjadi perkhemhan puluhan orang. Sokongan-sokongan dalam pelbagai bentuk terus datang mencurah-curah. Media antara bangsa telah mula datang untuk turut sama berkampung disana. Kumpulan-kumpulan kecil dan besar telah mula bercambah diseluruh Amerika untuk menunjukkan setiakawan kepada Cindy.

Beberapa hari dahulu Bush telah menghantar wakilnya dalam usaha untuk memujuk Cindy agar meninggalkan Crawford. Yang dihantar oleh Bush ini bukan kecik anak - dua orang pegawai Rumah Putih. Dalam perkiraan Bush pastilah Cindy akan berbangga kerana dapat bercakap dengan pegawai yang begitu tinggi pangkatnya yang mewakili presiden Amerika. Usaha Bush ini gagal.

Dua hari dahulu telah diberitakan bagaimana Bush tidak lagi merasa selesa untuk melintasi jalan dimana Camp Casey sedang terpasang dan ratusan ibu dan ayah yang anak mereka telah gugur sedang berkumpul. Untuk mengelakkan dari berhadapan dengan ibu dan ayah yang sedang menunjuk perasaan ini presiden Bush telah menggunakan helikopter untuk keluar masuk

di ladangnya.

Perlembagaan baru

Isnin, 15 Ogos ini juga adalah hari terakhir untuk kerajaan boneka Amerika di Iraq menyediakan perlembagaan baru. Dari lapuran agensi berita kemungkinan projek perlembagaan ini gagal cukup tinggi. Taktik jahat mengadu domba rakyat Iraq ini sedang berjalan dengan lancar. Kematian dan pembunuhan sekterian yang dirancang dan diurus oleh ajen-ajen kumpulan yang diupah oleh Amerika terus berleluasa.

Jumlah rakyat Iraq - orang awam, kanak-kanak, orang tua dan ibu - yang gugur dan cedera terus bertambah. Kampung dan perumahan rakyat Iraq terus menjadi sasaran tembakan dari darat dan udara. Berita-berita kematian kini telah tidak lagi dilaporankan melainkan jika jumlahnya mencecah puluhan atau ratusan.

Cita-cita awal untuk membawa keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat Iraq semakin jauh tertinggal. Projek demokrasi baru untuk Iraq Baru hanya menjadi retorik politik di Rumah Putih dan di Green Zone. Kegelisahan dikalangan soldadu yang dipaksa menyambung tugas sehingga dua tahun di Iraq semakin meruncing. Ketika semua senario ini berlaku manusia yang bernaGeorge W Bush masih pergi memancing dan masuk tidur tepat jam sembilan malam.

Melihat kelakuan dan tindak tanduk Bush ini menjadikan Cindy menjadi lebih bertekad untuk terus berkhemah di Crawford. Bagaimana berakhirnya Camp Casey ini belum dapat ditentukan. Apakah akhirnya Cindy akan dapat bertemu dengan Bush - tidak dapat diramalkan.

Apa yang pasti ialah tanda sokongan dan tanda setiakawan telah datang dari seluruh dunia. Cindy bukan lembu betina dan jalan tersilap nama - dia juga bukan Cindy Crawford tetapi Cindy di Crawford yang sedang mengelisahkan kesedaran politik Amerika.

Untuk menunjukan simpati kepada Cindy sila hubungi:

The Crawford Peace House

9142 5th Street

Crawford, TX. 76638-3037

Tel: 254-486-0099