Anwar, apa selepas ini?
Beberapa minggu lalu penulis ada berborak dengan seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam sembang tersebut penulis bertanya, mengapa Pak Sheikh senyap selepas dibebaskan?
"Entahlah...", jawab aktivis berkenaan. Ada nada hampa di dalam jawapannya itu.
"Nampaknya dia hanya bising masa di dalam (dalam penjara) dan senyap bila dah keluar," kata aktivis itu lagi.
(Pak Sheikh yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim)
Beberapa hari selepas sembang-sembang dengan aktivis PKR itu tiba-tiba keluar berita bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyaman bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.
Beliau memenangi kes tersebut. Rahim Noor terpaksa meminta maaf secara terbuka, mengakui mencederakan Anwar. Tiba-tiba Anwar keluar dari kepompongnya dengan tindakan mahkamah bagi membersihkan namanya.
Belumpun reda cerita pengakuan maaf secara terbuka Rahim Noor itu tiba-tiba rakyat Malaysia sekali lagi digemparkan oleh tindakan Anwar.
Kali ini dia menyaman penulis buku "50 Dalil Mengapa Tidak boleh jadi PM", Datuk Khalid Jerfri. Sekali lagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kemenangan kepada penasihat PKR itu.

Kali ini Anwar mendapat durian tuntuh, RM4.5 juta. Malah yang lebih penting Hakim mahkamah membersihkan sepenuhnya nama baik Anwar yang sekian lama tercalar.
Kemenangan di mahkamah
Hakim mengesahkan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar melalui penerbitan dan pengedaran buku itu kepada umum. Lebih-lebih lagi apabila ia diedarkan di perhimpunan agung Umno.
Kita semua tahu buku tersebut diselitkan di dalam bag para perwakilan.
Ini adalah pertama kali sejak turunnya Tun Dr Mahathir Mohamad dari takhta kerajaan dan Umno, seorang hakim secara bebas dan berani mengesahkan Anwar dijatuhkan oleh satu konspirasi tertinggi.
Selepas kes Khalid Jefri itu, penulis menemui aktivis PKR tadi sekali lagi. Kali ini dia berkata: " Pak Sheikh rupa-rupanya diam-diam ubi.dia menjalan strateginya secara senyapsmart move."
Kini para penyokong Anwar tertanya-tanya apa lagi selepas ini? Siapa pula yang akan disaman dalam proses pembersihan namanya seterusnya.
Adakah Anwar sudah berpuas hati dengan dua kemenangan kes mahkamahnya itu. Mungkinkah beliau bertindak ke atas Dr. Mahathir pula?
Pelbagai andaian dibuat. Ada pemerhati berpendapat Anwar sudah mendapat apa yang dikehendakinya. Namanya sudah bersih. Menyaman Dr Mahathir tidak perlu dan tidak penting, hanya membuang masa, tenaga dan wang sahaja.
Biarkan negarawan kita itu berehat dengan aman bersama cucu-cucunya. Biarkan Luncai hanyut dengan labu-labunya!
Lagipun sekarang rakyat sudah tahu siapa yang salah dan siapa yang benar.
Halangan undang-undang
Pemerhati politik berpendapat laluan bagi Anwar untuk mengatur strategi politik sudah terbuka luas.
Dari segi moral, Anwar tidak menghadapi apa-apa masalah lagi. Cuma halangan undang-undang perlu diatasinya.
Sebagai bekas banduan, Anwar disekat dari bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun dari tarikh dia dibebaskan.
Mantan Timbalan Presiden Umno ini pastinya mahu bertanding dalam pilihanraya 2008 nanti namun ketika itu tempoh halangan lima tahunnya belum tamat.
Jadi apa yang perlu dibuat? Anwar tiada pilihan lain kecuali memohon pengampunan dari Yang Dipertuan Agong bagi menghapuskan sekatan undang-undnag tersebut.
Kalangan penyokong Anwar berpendapat pengampunan dari Yang Dipertuan Agong itu hanya perkara teknikal. Jika Anwar memohon pengampunan, ia tidak akan menjejaskan kredibilitinya kerana nama baik beliau telah dibersihkan oleh mahkamah.
Menurut mereka, permohonan pengampunan itu bukan untuk membersihkan imej. Sekadar untuk membebaskan diri dari sekatan berpolitik.
Rakyat juga tidak akan melihat permohonan pengampunan itu sebagai pengakuan melakukan jenayah liwat dan rasuah kerana Anwar sudah dibebaskan daripada semua tuduhan tersebut.
Kini segala tuduhan itu tidak menjadi isu lagi. Oleh itu Anwar diyakini akan memohon pengampunan secepat mungkin.
Dia perlu segara membebaskan diri dari sekatan berpolitik itu kerana 2008 hanya tinggal tiga tahun sahaja lagi.
Tiga tahun adalah satu tempoh yang singkat. Parti-parti pembangkang yang tidak mempunyai haluan sekarang perlukan seorang penggerak untuk membentuk gabungan yang kukuh.
Umno telah lama bergerak mengukuhkan pengaruhnya di kalangan akar umbi. Pelbagai program dilakukan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dan para penyokongnya.
Pas, DAP dan PKR jauh ketinggalan dari aspek ini. Parti-parti pembangkang seperti masih dirundung nostalgia.
Oleh itu Anwar tidak boleh menunggu lebih lama. Dia perlu segera mendapat pengampunan Yang Dipertuan Agong.
Kita berharap tiada masalah atau halangan politik dari Umno dan Barisan Nasional dalam proses mendapatkan pengampunan itu nanti.
Inilah tanda tanya paling besar yang sukar untuk dijawab. Adakah Pak Lah akan membenarkannya? Bersediakah Umno dan BN menerima cabaran Anwar?
Perjanjian dengan Pak Lah?
Kita tidak tahu apa yang ada di sebalik tabir. Dulu ketika rayuan Anwar diterima oleh mahkamah, ada pihak membuat spekulasi kononnya antara Anwar dan Pak Lah ada perjanjian.
Ada yang mengatakan Anwar akan menyertai semula Umno untuk bergabung dengan Pak Lah bagi menghadapi sebarang cabaran dari musuh politik Perdana Menteri itu.
Malah ada juga yang mengatakan, Anwar berjanji tidak akan aktif berpolitik selepas dibebaskan dan dibersihkan namanya.
Mana satu yang betul? Jika benarlah salah satu andaian itu, tidak mengejutkan Anwar akan dengan mudah mendapat pengampunan.
Kita hanya boleh berdoa dan berharap kedua-dua andaian tersebut tidak benar sama sekali. Para penyokong reformasi yang sanggup bermandi air gatal di demonstrasi jalanan sangat mengharap perjuangan dan pengorbanan mereka dihargai Anwar.
Kalau Anwar berpaling tadah atau pencen dari politik sia-sialah Tian Chua, Saari Sungib, Hishamuddin Rais,Ezam Mohd Noor, Ustazu Badrul Amin, Lokman Noor Adam, Zunar, Pak Din dan ramai lagi keluar masuk lokap.
Anwar perlu mengimbas kembali semua tragedi dan pengorbanan itu. Beliau tidak boleh bersara dengan memberikan alasan sakit tulang belakang!
Harapan para reformis dan penyokong parti pembangkang padanya terlalu tinggi!