Felda Sendayan: Peneroka diperkena Lagi?
Datuk Seri Mohd Isa Abdul Samad dan Menteri Besar baru, Datuk Seri Mohamad Hassan tidak sama, tetapi pendekatan mereka serupa dalam menangani isu Felda Sendayan.
Mohd Isa telah berjanji, peneroka yang menandatangi perjanjian menjual tanah mereka kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) akan menerima bayaran tunai dalam tempoh dua tahun. Sembilan tahun berlalu, baki 90 peratus bayaran harga tanah, tidak dijelaskan sehingga peneroka terpaksa menyaman kerajaan negeri untuk menuntut hak mereka. Sampai hari ini kes belum selesai.
Syukur jugalah kerana dalam surat tawaran, tiada syarat yang menyatakan tindakan mahkamah telah gugur atau peneroka kena tarik balik saman mereka. Sebelum ini, ada khabar angin bahawa peneroka diminta menarik balik saman mereka kalau hendak melihat kes Felda Sendayan selesai.
Dengan cara yang sama iaitu, dengan tidak membawa peneroka berunding, Menteri Besar baru menawarkan "penyelesaian muktamad" kepada peneroka.
Surat tawaran bertarikh 20 Mei 2005 dikatakan telah dihantar kepada setiap peneroka. Hampir 100 peratus peneroka menerima tawaran itu, dengan lafaz "Saya bersetuju menerima cadangan skim pembayaran ini" dan menurunkan tandatangan di atas surat tawaran, dengan seorang saksi yang turut menandatangani surat tawaran yang sama.
Peneroka yang cuba mendapatkan ruang untuk berjumpa dengan Menteri Besar untuk berunding selaku pemilik tanah yang sah, tidak pernah diberi laluan. Malah Menteri Besar dikatakan menghantar 'orang-orangnya' untuk memujuk peneroka.
Akhirnya, pada hari perjumpaan antara Menteri Besar dan peneroka di dewan orang ramai Sendayan, peneroka terbabit dihalang menghadiri majlis. Mereka hadir juga, tetapi duduk di luar dewan.

Setelah meneliti salinan surat tawaran itu, ternyata kandungannya berat sebelah. Pertama, dinyatakan bahawa bayaran baki tunai 50 peratus atau 40 peratus bergantung sama ada peneroka dibayar pendahulan 10 peratus atau belum akan dijelaskan dalam masa enam bulan, tetapi bukan dari tarikh surat tawaran diterima atau ditandatangani.
Bayaran itu akan hanya dibuat dalam masa enam bulan dari tarikh perjanjian jual-beli tambahan ditandatangani. Sekarang sudah tiga bulan berlalu sejak surat tawaran diterima dan lebih dua bulan dari tarikh tutup penerimaan tawaran, tetapi perjanjian tambahan belum disediakan dan tidak seorang pun peneroka yang telah menandatanganinya.
Bayaran sebelum hari raya?
Ini bermakna peneroka telah rugi, dari segi masa menunggu bayaran, selama tiga (atau dua) bulan. Tidak ada peneroka yang tahu bila perjanjian itu akan ditandatangani dan tiada siapapun yang membuat tindakan susulan. Selepas tiga bulan berlalu, tiada pegawai PKNNS yang memaklumkan apa-apa perkembangan kepada peneroka. Oleh itu, adalah selamat untuk menyatakan bahawa tidak mungkin peneroka akan mendapat bayaran menjelang hari raya tahun ini.
Kedua, dinyatakan bahawa aset berupa sebuah rumah banglo satu tingkat di tapak berkeluasan 10,000 kaki persegi dan tanah seluas dua ekar bernilai RM348,480 akan diserahmilik dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian jual-beli tambahan. Tarikh perjanjian jual-beli tambahan akan ditandatangani, masih menjadi misteri. Dan lagi, tidak dinyatakan luas rumah dalam surat tawaran.
Sementara itu ada seorang makhluk yang mendakwa orang kuat Menteri Besar yang mencanangkan kepada orang kampung bahawa tanah peneroka akan dibangunkan sebagai sebuah bandar satelit Bumiputera dengan segala kemudahan moden, lengkap dengan masjid terapung. Walaupun ramai peneroka yang tidak yakin dengannya, tetapi ada juga orang Felda Sendayan yang "termakan" cakapnya.
Ketiga, tidak dinyatakan dalam surat tawaran itu mengenai sebarang denda atau bayaran pampasan kepada peneroka terbabit sekiranya kerajaan negeri gagal menyelesaikan semua perkara dalam tempoh yang dijanjikan.
Keempat, terdapat syarat yang membolehkan kerajaan (PKNNS) terlepas dari sebarang tanggungjawap perundangan, apabila dinyatakan "surat ini tertakluk kepada apa-apa pindaan dan tidak menjejaskan hak kedua-dua pihak." Syarat ini boleh dibaca sebagai kerajaan boleh secara unilateral, membuat apa jua pindaan kepada tawaran itu, pada bila-bila masa tanpa pengetahuan dan persetujuan peneroka yang telah menandatangani surat tawaran dan surat tawaran tetap sah. Ada ruang luas untuk berlakunya penipuan di sini.
Kelima, bagi memburukkan lagi keadaan, terdapat pula salahkira di dalam surat tawaran. Ada dikesan di bawah "Bayaran tunai 10% yang telah diterima", jumlahnya dinyatakan sebanyak RM1.60.
Walhal kalau berasaskan perkiraan 10 peratus dari "jumlah bayaran tanah ladang dan dusun" jumlah di situ sepatutnya RM122,303.412 (10 peratus daripada RM1,223,034.12). Dalam satu lagi kes, jumlah yang betul ialah RM117,821.11 tetapi dinyatakan sebanyak RM6,464.06.
Menurut peneroka, banyak kesalahan dalam surat tawaran. Jumlah seperti RM1.60 dan RM6,464.06 mungkin merujuk kepada satu bayaran lain, mungkin hutang peneroka kepada FELDA di bawah skim tanaman semula. Ia bukan di sini tempatnya. Ini menunjukkan betapa sambil lewanya surat tawaran didibuat.
Tawaran didakwa berat sebelah
Syarat tawaran itu tidak adil, berat sebelah, merugikan dan menganiaya peneroka. Sikap Menteri Besar yang tidak mahu berunding dengan peneroka dan "masuk ke kampung dan rumah orang tanpa memberi salam pula" dianggap menghina penduduk Felda Sendayan.
Sementara itu, syarikat MHS yang mengeluarkan wang RM57 juta (yang digunakan untuk membayar pendahuluan kepada peneroka sembilan tahun lalu), telahpun dibayar dengan tanah seluas 163 ekar dan PKNNS mengenakan harga RM8 sekar. PKNNS untung atas angin sebanyak RM5 sekaki persegi. Tanah ini dekat dengan Seremban 2. Malah bagi tanah dua ekar yang dipulangkan kepada peeroka pun, PKNNS mengaut keuntungan RM1 sekaki persegi.
Kerajaan Negeri Sembilan sebenarnya tidak berduit hendak membayar peneroka dan terpaksa meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjelaskan pembayaran 50 peratus ((40 peratus) itu. Ini membebankan rakyat lagi kerajaan perlul membayar faedah kepada KWSP tetapi hasil pelaburan belum nampak lagi.
Namun, peneroka prihatin Felda Sendayan cukup berjiwa kental, mantap jati dirinya, berjiwa besar dan tidak pernah kenal erti kecewa. Mereka terus menerus menuntut perkara-perkara berikut walaupun sedar ia mungkin tidak dilayani.
Pertama, wang gantirugi selama sembilan tahun sepertimana yang diputuskan oleh pihak mahkamah yang turut mengarahkan mereka mengemukakan jumlah tuntutannya. Dan melalui peguam, mereka telah mengemukakan pengiraan pampasan yang terperinci kepada mahkamah, dan hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum segala urusan lain berjalan.
Kedua, bila urusan yang pertama selesai, maka peneroka prihatin mahu lokasi banglo biarlah ditukarkan ke kawasan bersebelahan Seremban 2 dan berhampiran dengannya, bukan di kawasan yang berhampiran tapak pembuangan sisa toksid seperti yang dicadangkan kerajaan.
Ketiga, lokasi tanah dua ekar biarlah di kawasan yang menghala ke Gadong, Labu.
'Peneroka palsu'
Keempat, berikutan keputusan mahkamah bahawa peneroka layak menerima gantirugi dan statusnya terakhir ialah di peringkat menentukan jumlah pampasan, maka diharapkan jangan ada pihak yang mengganggu-gugat atau cuba mempengaruhi mahkamah sehingga gantirugi dinafikan.
Kelima, peneroka minta diperbetul nama bilangan peneroka terbabit dalam kes Felda Sendayan ini. Bilangannya ialah 513 peneroka. Tanah milik seorang daripada peneroka itu, sudah diambil kerajaan untuk pembangunan dan pembinaan jalan. Maka, tinggal lagi 512 peneroka. Tetapi peneroka prihatin mendapati ada seorang "peneroka palsu" dalam senarai peneroka yang sama-sama merintis Felda Sendayan lebih 40 tahun tahun.
Dia adalah anak seorang peneroka yang entah macam mana dikurniakan tanah seluas 7+1/4 ekar di dalam kawasan Felda Sendayan dan mendapat status peneroka seperti juga bapanya. Pihak berkuasa Felda tidak pernah mengurniakan tanah kepada anak peneroka di Sendayan ini.
Bagaimana anak peneroka ini mendapat taraf peneroka seperti bapanya adalah satu misteri. Felda mesti menyiasatnya kerana hanya Felda yang berkuasa memilih peneroka. Jika ini benar, pesalah mesti dihukum sewajarnya. Ramai peneroka memohon tanah di Felda Sendayan, tetapi ditolak. Bagaimana orang yang seorang ini dapat tanah tidaklah diketahui sebabnya.
Tuntutan peneroka terbabit cukup munasabah. Tetapi nampaknya peneroka Felda Sendayan "diperkenakan" lagi. Kali ini oleh Datuk Seri Mohamad Hassan. Ini tidak serasi dengan tradisi membela rakyat yang dilaung-laungkan. Secara ikhlas, didoakan agar peneroka akan mendapat bayaran 50 peratus atau 40 peratus itu menjelang sambutan hari raya puasa nanti. Allah, makbulkanlah doa kami semua.
Rosli Yaakop, lahir di Rembau, adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa dan Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat. Beliau berkelulusan Doktor Flasafah dalam bidang Ekonomi dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Pandangan di sini adalah pandangan beliau dan tidak membabitkan parti.