Pengajaran daripada jerebu: Episod satu
Selama dua tiga minggu rakyat Malaysia, terutama di Semenanjung Malaysia, telahpun puas menghidu dan menyedut jerebu dari Kepulauan Sumatera, Indonesia. Rakyat Malaysia rata-rata berasa tidak berpuas hati dengan sikap acuh tak acuh kerajaan Indonesia dalam menangani masalah jerebu ini.
Namun apakan daya mereka kerana kerajaan Malaysia sendiri, yang sepatutnya menyuarakan bantahan, tiba-tiba hilang suara dan terbatuk-batuk ketika berdepan dengan Indonesia.
Simptom ini bukan disebabkan terlalu banyak menyedut jerebu, tetapi ia memang telah menjadi penyakit turun-temurun kerajaan Malaysia, dalam menyelesaikan masalahnya dengan kerajaan Indonesia. Bila dipersoalkan oleh rakyat, kerajaan Malaysia hanya memberi alasan "akan terus memantau keadaan" ataupun "kerana tidak mahu menjejaskan hubungan Malaysia dengan Indonesia".
Hasilnya, cuma kurang seratus orang yang pergi ke kedutaan Indonesia untuk memprotes. Itupun ahli-ahli parti politik pembangkang sahaja. Manakala kedutaan Malaysia di Jakarta pula dalam keadaan diam, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku!
Apabila keadaan bertambah buruk dan ada kawasan yang diisytiharkan darurat, barulah kerajaan Malaysia lantang sedikit bersuara, tetapi hanyalah sekadar menawarkan diri untuk membantu Indonesia memadamkan kebakaran hutan.
Tawaran bantuan Malaysia ini, pada mula-mulanya tidak diendahkan oleh kerajaan Indonesia. Setelah pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia lama menunggu, akhirnya, barulah lampu hijau diberikan oleh kerajaan Indonesia.
Walaupun Indonesia turut meminta maaf atas kejadian jerebu yang melanda Malaysia, namun realitinya, Indonesia tidak pernah berasa bersalah. Ini dibuktikan dengan sikap kerajaan Indonesia menuduh syarikat-syarikat pertanian Malaysia di Indonesia yang menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu.

Pada mulanya, 10 syarikat Malaysia yang dituduh terbabit, namun Indonesia kemudiannya menyenaraikan hanya lapan syarikat kepada kerajaan Malaysia, setelah mengetahui kesilapan statistiknya.
Dana RM5 juta
Nasib baik kerajaan Malaysia tidak menerima senarai nama syarikat yang diberikan secara membabi buta, kerana setelah ditapis, hanya lima buah sahaja syarikat Malaysia, manakala yang selebihnya, entah siapa milik siapa!
Kerajaan Malaysia melenting setelah menerima senarai nama syarikat terbabit. Bukan melenting terhadap kerajaan Indonesia, tetapi terhadap syarikat-syarikat Malaysia berkenaan. Pelbagai hukuman menunggu sekiranya mereka disahkan terbabit dalam aktiviti pembakaran terbuka. Bagaimanapun, yang benar tetap benar dan yang bersalah tetap bersalah.
Semua syarikat yang tersenarai itu, menafikan mereka terbabit dengan alasan pokok tanaman mereka telahpun berusia enam hingga tujuh tahun dan oleh itu, tidak munasabah pembakaran hutan harus dilakukan. Logik alasan mereka kerana mustahil ada orang yang sanggup membakar pokok-pokok tanamannya yang telah matang dan mengeluarkan hasil, kecuali pihak-pihak tertentu.
Nampaknya, tuduhan Indonesia ini tidak berjaya kerana alasan seumpama ini hanya munasabah untuk kejadian jerebu yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998. Ada pihak di Malaysia yang menuntut agar kerajaan Indonesia membayar pampasan berikutan kerugian yang menimpa ekonomi Malaysia ekoran kejadian jerebu itu, namun tuntutan ini tidak bertenaga tanpa penglibatan kerajaan.
Tambahan lagi, kerajaan Indonesia langsung tidak mengendahkan tuntutan sedemikian. Kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak berani meminta gantirugi, malah telah meluluskan dana RM 5 juta untuk melakukan pembenihan hujan di bumi Indonesia.
Apa semua ini? Orang yang buat salah, tidak mengaku bertanggungjawab, tidak memahami kesukaran orang lain, tidak bersikap kejiranan dan banyak lagi itu, yang kita bantu! Kerajaan Malaysia akan menjadi kerajaan yang kurang berupaya sekiranya terus mengiakan tindakan kerajaan Indonesia yang telahpun terkenal dengan ketidakupayaannya menangani hal yang remeh-temeh.
Episod dua: Kerajaan lantang tangani isu dengan S'pura
Episod tiga: Peristiwa jerebu: Satu 'konfrontasi baru' terhadap Malaysia?
LIEW NT merupakan penganalisis bebas politik tempatan dan antarabangsa. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Sosial dengan pengkhususan dalam bidang politik dan pemerintahan dari Universiti Malaysia Sarawak pada 2002. Meneruskan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapatkan ijazah sarjana dalam jurusan Hubungan Antarabangsa (Kajian Dasar dan Analisis Keselamatan) pada 2004. Kini bergiat dalam penulisan dan beberapa penyelidikan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.