Episod dua: Kerajaan lantang tangani isu dengan Spura
Cara kerajaan Malaysia berinteraksi dengan kerajaan Indonesia, terutama dalam menyelesaikan masalah jerebu nampaknya agak kekok dan kurang bermaya. Tidak ada tindakan pro-aktif seperti bantahan keras ataupun bersuara lantang seperti kebiasaannya, dalam ucapan rasmi kerajaan ditujukan kepada kerajaan Indonesia.
Apa yang biasa diucapkan hanyalah mengingatkan rakyat supaya jarang keluar rumah dan mengikuti perkembangan jerebu dari masa ke semasa. Selain itu, kerajaan Malaysia juga seolah-olah hilang akal bagaimana untuk berdepan dengan masalah jerebu dari Indonesia, walhal ia bukan masalah baru kerana sudah lapan tahun berlaku (yang paling serius pada 1997).
Begitu jugalah cara kerajaan Malaysia berdepan dengan kerajaan Indonesia dalam menyelesaikan masalah-masalah lain. Kerajaan Malaysia nampaknya suka menyelesaikan masalah secara 'bersopan santun' walaupun kerajaan Indonesia kadangkala dilihat berlebih-lebihan dalam sesuatu hal.
Atas sebab itulah, apabila timbul isu-isu baru dengan Indonesia, Malaysia sering diperlekehkan secukup-cukupnya oleh Indonesia. Dalam reaksinya, kerajaan Malaysia hanya menafikan dakwaan itu dengan nada rendah. Persoalannya ialah, sampai bila kita harus bersabar dengan karenah kerajaan Indonesia ini?
Masihkah kita ingat bagaimana Indonesia mempersendakan kedutaan Malaysia di Jakarta berkaitan kes penderaan pembantu rumah, Nirmala Bonet yang mendapat reaksi kuat di Indonesia sehingga dilakonkan semula di hadapan kedutaan Malaysia?
Masihkah kita ingat bagaimana reaksi kerajaan Indonesia apabila kerajaan Malaysia bertindak menghantar balik buruh asing tanpa izin (terutamanya rakyat Indonesia) dalam 'Program Pengampunan' yang tarikh tamatnya telah ditunda beberapa kali bagi memenuhi permintaan kerajaan Indonesia?

Manakala satu lagi demonstrasi diadakan di hadapan kedutaan Malaysia dengan lakonan buruh asing tanpa izin yang enggan pulang, disebat dengan rotan bersama sepanduk yang mendakwa Malaysia tidak berperikemanusiaan.
Isu kepulauan Sipadan
Kemudiannya, pendatang asing tanpa izin yang dihantar pulang atas perbelanjaan kerajaan Malaysia, tidak dibenarkan kembali atau diperlengah-lengahkan pengeluaran dokumen perjalanan mereka untuk kembali ke Malaysia dengan tujuan untuk melemahkan ekonomi negara.
Masihkah kita ingat bagaimana Indonesia menyuarakan kata-kata yang bengis terhadap Malaysia apabila berlaku insiden pertembungan kepentingan tentang pemilikan kepulauan Sipadan dan Ligitan (milik Malaysia) yang terletak di Laut Sulawesi? Kejadian ini nyaris-nyaris menimbulkan pertembungan bersenjata di antara tentera kedua-dua buah negara.
Lantas selepas kejadian itu, kedutaan Malaysia sekali lagi dikerumuni penunjuk perasaan Indonesia yang menggesa kerajaan mereka agar melancarkan 'Ganyang Malaysia 2' atau 'Konfrontasi 2' ke atas Malaysia.
Nasionalisme melampau yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia terhadap Malaysia sekaligus melupakan segala jasa yang pernah kita taburkan kepada Indonesia selama ini, termasuk segala sumbangan dan derma kepada mangsa bencana sunami yang melanda Aceh tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, sebuah media massa republik itu, secara sewenang-wenangnya melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Pertahanan mengeluarkan kenyatan meminta maaf kepada kerajaan Indonesia.
Walaupun kerajaan Malaysia membantahnya, namun isu hangat ini cepat menjadi sejuk apabila sekali lagi kerajaan Malaysia tidak mahu ia diperbesar-besarkan demi meneruskan rundingan dan menjaga hati kerajaan Indonesia.
Sikap merendahkan diri kerajaan Malaysia ini begitu cepat dimanipulasi oleh kerajaan Indonesia dalam kejadian jerebu baru-baru ini. Hubungan seperti 'abang dan adik' itu menjadikan imej kerajaan Malaysia nampak lemah dalam aspek hubungan antarabangsa.
Bersuara lantang
Seorang sahabat Tuang K. W (nama samaran) yang juga seorang penganalisis politik bebas, pernah mempersoalkan bahawa cara kerajaan Malaysia berdepan dengan kerajaan Indonesia amat berbeza dengan cara ia berdepan dengan kerajaan Singapura.
Sikap kerajaan Malaysia terhadap kerajaan Singapura ialah sedikit kesilapan walaupun sekadar kata-kata, akan ditentang habis-habisan. Tetapi sikap kerajaan 'lemah-lembut' Malaysia terhadap kerajaan Indonesia, nampaknya tidak kelihatan apabila berdepan dengan Singapura.
Malahan adakalanya, isu yang remeh-temeh yang tidak seberat isu jerebu seperti kata-kata sinis para pemimpin kedua-dua negara, saling banding membandingi kemajuan sosial, ekonomi dan politik, isu penambakan laut, isu air, isu penggunaan ruang udara dan banyak lagi, pun boleh menjadi isu transnasional yang menggugat hubungan diplomatik kedua-dua negara berjiran ini.
Singapura amat bernasib baik kerana jerebu yang melanda Malaysia, bukan berpunca dari republik itu. Jika tidak, entah apa akan jadi mungkin hingga ke lubang cacing sekalipun ia akan dikorek oleh kerajaan Malaysia.
Apa yang menghairankan ialah kerajaan Singapura mempunyai suara yang lebih lantang berbanding kerajaan Malaysia ketika berdepan dengan Indonesia. Adalah baik sekiranya kerajaan Malaysia mencontohi sikap kerajaan Singapura yang tidak memilih, sama ada besar atau kecil lawannya, ketika mempertahankan pendirian dan kepentingannya.
Menghormati jiran merupakan suatu tindakan yang terpuji dan patut diamalkan, terutama dalam hubungan diplomasi antara negara. Namun dalam keadaan tertentu, kerajaan Malaysia mesti tegas dan berpendirian tegas bagi memastikan kepentingan dan kedaulatan negara terjamin.
Tidaklah menjadi kesalahan universal sekiranya kita terpaksa mengecewakan negara jiran jika ia bertujuan untuk menjaga kepentingan negara, kerana ia sememangnya telah menjadi asam garam dalam politik antarabangsa. Lagipun, mana ada satu kerajaan di dunia ini yang tidak bersikap mementingkan diri atau bersikap realis?
Semalam: Pengajaran daripada jerebu: Episod satu
Esok: Pengajaran daripada jerebu: Episod tiga
LIEW NT merupakan penganalisis bebas politik tempatan dan antarabangsa. Berkelulusan Sarjana Muda Sains Sosial dengan pengkhususan dalam bidang politik dan pemerintahan dari Universiti Malaysia Sarawak pada 2002. Meneruskan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapatkan ijazah sarjana dalam jurusan Hubungan Antarabangsa (Kajian Dasar dan Analisis Keselamatan) pada 2004. Kini bergiat dalam penulisan dan beberapa penyelidikan.