Bajet 2006 bajet orang miskin?
Belanjawan Negara 2006 akan dimumkan Jumaat ini. Ada pemimpin kita membayangkan ia adalah satu belanjawan mesra rakyat. Mesra rakyat itu satu ungkapan yang sangat indah dan romantis. Namun adakah pakej bajet yang akan diumumkan nanti benar-benar penyayang?
Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia dilanda taufan " Tsunami, Katrina dan Rita " sekarang hingga menyebabkan harga minyak mentah naik mendadak apakah yang boleh kita harapkan dari bajet 2006?
Adakah kita akan dihidangkan dengan satu belanjawan yang dapat mengawal kenaikan harga barang keperluan? Dapatkah pakej insentif termasuk langkah-langkah percukaian baru mengawal inflasi? Atau mungkinkah rakyat akan hanya diberikan harapan kosong ditawarkan pelbagai potongan cukai dan diberi bonus dan kenaikan gaji (bagi kakitangan awam), namun pada masa yang sama, harga barangan dan perkhidmatan terus naik?
Belanjawan Negara 2006 akan dimumkan Jumaat ini. Ada pemimpin kita membayangkan ia adalah satu belanjawan mesra rakyat. Mesra rakyat itu satu ungkapan yang sangat indah dan romantis. Namun adakah pakej bajet yang akan diumumkan nanti benar-benar penyayang?
Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia dilanda taufan " Tsunami, Katrina dan Rita " sekarang hingga menyebabkan harga minyak mentah naik mendadak apakah yang boleh kita harapkan dari bajet 2006?
Adakah kita akan dihidangkan dengan satu belanjawan yang dapat mengawal kenaikan harga barang keperluan? Dapatkah pakej insentif termasuk langkah-langkah percukaian baru mengawal inflasi? Atau mungkinkah rakyat akan hanya diberikan harapan kosong ditawarkan pelbagai potongan cukai dan diberi bonus dan kenaikan gaji (bagi kakitangan awam), namun pada masa yang sama, harga barangan dan perkhidmatan terus naik?
Kerajaan perlu sedar, rakyat khususnya yang berkerja di sektor swasta dan berkerja sendiri di luar bandar, adalah golongan yang paling terhimpit sekarang. Mereka tidak dijamin bonus dan kenaikan gaji serta elaun 'cola' dalam setiap bajet, sebagaimana kakitangan awam. Mereka tidak menikmati pelbagai kemudahan perumahan, kesihatan dan persekolahan, sedangkan kos hidup semakin tinggi.
Bagi golongan ini, apa yang mahu didengar dalam bajet 2006 ialah langkah-langkah menangani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Mereka mahu jaminan harga bahan petroleum bukan sahaja tidak dinaikkan hingga hujung tahun ini, malah perlu dipanjangkan hingga ke tahun depan.
Rakyat juga mahu jaminan kadar tol tidak dinaikkan di samping tindakan tegas bahagian penguatkuasaan kerajaan memantau dan mengawal kenaikan harga barangan. Rakyat marhaen tidak mengerti erti belanjawan defisit, cukai berganda, cukai korporat dan Afta yang bakal diulang-ulang dalam ucapan belajawan itu.
Peruntukan biasiswa
Mereka hanya mahu mendengar tentang bantuan buku pinjaman, pengurangan yuran pengajian tinggi di IPT, penurunan cukai pendapatan individu, tambahan peruntukan biasiswa dan kawalan ke atas harga barangan keperluan. Mereka juga mahu jaminan kadar tarif air, eletrik dan telefon tidak dinaikkan tahun depan.
Itulah yang diharap dan dinanti-nantikan oleh rakyat! Rakyat di akar umbi ini tidak akan merasai kesan terus dari pengurangan cukai korporat atau cukai import serta peruntukan besar bagi industri biotek dan ICT. Insentif-insentif perniagaan ini adalah strategi jangka panjang. Kesannya hanya dirasai selepas dua tahun ia ditawarkan sedangkan rakyat miskin di bandar dan kampung mahukan kesan segera dari bajet 2006 bagi mengurangkan beban hidup masa kini.
Tambahan pula, strategi jangka panjang itu lebih tertumpu kepada kepentingan golongan kapitalis. Belum tentu lagi apabila syarikat untung besar, pekerja akan menikmati kenaikan gaji dan harga barang akan diturunkan! Oleh itu, kerajaan perlu memikir dan melaksanakan banyak strategi jangka pendek supaya bebanan kewangan rakyat dalam tempoh terdekat ini dapat dikurangkan serta merta.
Memang langkah jangka panjang untuk menjana ekonomi dan menarik pelabur domestik dan asing, amat penting. Namun, dalam keadaan sekarang, keperitan yang dialami rakyat berpendapatan rendah, perlu diberikan perhatian serius. Tiga langkah kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang diumumkan baru-baru ini, tidak memadai.
Apalah sangat yang dapat dijimatkan daripada potongan 50 peratus bayaran cukai jalan? Jaminan tiada kenaikan kadar tol dan harga bahan petroleum hingga hujung tahun, juga tidak membawa apa-apa kesan pada poket rakyat. Harga bahan petroleum sudah naik sebanyak tiga kali tahun ini dan kadar tol sudah cukup mencekik.
Apa gunanya langkah-langkah itu kalau harga ayam, daging, roti, sayur-sayuran dan produk lain sudah naik dan semakin naik! Nilai Ringgit begitu kecil sekarang. Bukan sahaja harga barang di pasaran malam melonjak naik, malah harga barangan di pasaraya besar yang mendakwa harganya adalah yang terendah di pasaran, turut meningkat.
Mesra pengguna
Dengan harga barangan dan perkhidmatan yang mahal, bagaimana rakyat berpendapatan rendah mahu menyambut Hari Raya, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina. Macam mana pula dengan persiapan penggal persekolahan baru tahun depan? Inilah yang perlu ditangani oleh bajet 2006. Tidak salah belanjawan ini menjadi mesra peniaga, tetapi pada masa yang sama, ia perlu lebih mesra pengguna.
Tiada gunanya digembar-gemburkan belanjawan penyayang kalau nikmatnya tidak dirasai serta merta oleh pengguna. Belanjawan kali ini bukan sahaja perlu kaya dengan insentif fiskal dan kewangan, malah perlu diperkuatkan dengan tindakan penguatkuasaan.
Mungkin kail ini belanjawan paling besar perlu diberikan kepada Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna bagi membolehkan pihak berkuasa berkenaan menguatkan lagi aktiviti penguatkuasaannya, selain menjalankan kempen anti-inflasi.
Agensi-agensi yang berkait terus dengan para peneroka, petani, nelayan serta buruh kasar, juga perlu diberi peruntukan tambahan, di samping diubah pendekatannya menjana ekonomi golongan berkenaan, sesuai dengan tuntutan semasa. Tiada gunanya tepukan gemuruh di Parlimen serta komen dan pujian berjela-jela terhadap belanjawan yang dibentangkan, kalau keadaan kewangan rakyat makin sempit selepas itu.
Bajet kali ini juga diharapkan akan memberi sinaran kepada golongan siswazah menggangur yang semakin besar jumlahnya sekarang. Strategi dan insentif untuk menyerap " pengangggur terhormat " ini ke dalam sektor swasta perlu ditawarkan. Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang semakin menguncup, ini adalah satu cabaran yang amat besar dan sulit.
Dalam keadaan inflasi semakin mengancam, bajet 2006 perlu mendahulukan kepentingan pengguna dan rakyat miskin. Kita mahu lebih daripada bajet yang mesra rakyat. Penduduk Malaysia mahukan bajet yang pemurah dan pengasih bukannya 'belanjawan tong kosong'.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.