Praya IPTA: Matinya demokrasi di kampus
Tanggal 29 September lalu adalah 'titik hitam' dalam sejarah demokrasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.Pada hari itu, buat pertamakalinya, semua 17 kampus IPTA jatuh ke tangan blok mahasiswa pro-pentadbiran atau pro-kerajaan yang dikenali sebagai "Aspirasi" .
Bagaimanapun adalah satu kesilapan besar jika keputusan ini dikatakan mencerminkan suara dan pilihan sebenar mahasiswa dalam 17 buah kampus berkenaan.
Dalam pilihanraya kampus tahun ini dan dua tahun lalu, pilihanraya kampus telah bertukar wajah daripada 'mahasiswa lawan mahasiswa' kepada 'mahasiswa lawan pentadbir kampus'. Ia menjadi medan pergelutan antara 'gergasi' dengan seorang budak kecil yang berjiwa bebas dan demokratik.
Tanggal 29 September lalu adalah 'titik hitam' dalam sejarah demokrasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.Pada hari itu, buat pertamakalinya, semua 17 kampus IPTA jatuh ke tangan blok mahasiswa pro-pentadbiran atau pro-kerajaan yang dikenali sebagai "Aspirasi" .
Bagaimanapun adalah satu kesilapan besar jika keputusan ini dikatakan mencerminkan suara dan pilihan sebenar mahasiswa dalam 17 buah kampus berkenaan.
Dalam pilihanraya kampus tahun ini dan dua tahun lalu, pilihanraya kampus telah bertukar wajah daripada 'mahasiswa lawan mahasiswa' kepada 'mahasiswa lawan pentadbir kampus'. Ia menjadi medan pergelutan antara 'gergasi' dengan seorang budak kecil yang berjiwa bebas dan demokratik.
Pentadbiran universiti adalah gergasi itu yang turut menganggotai Suruhanjaya Pilihanraya Kampus. Mereka mempunyai kuasa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 untuk membuat peraturan tanpa referendum dari mahasiswa sendiri serta mengambil tindakan dan menjatuhkan hukuman ke atas mahasiswa.
Pentadbiran universiti dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi.Oleh itu, dengan sendirinya
tindak-tanduknya cenderung ke arah mengukuhkan pengaruh kerajaan ke atas penghuni kampus kerana ia penting memandangkan mereka merupakan barisan pemimpin pelapis negara.
Taktir kotor
Maka, pentadbiran universiti menggunakan pelbagai strategi untuk menewaskan calon mahasiswa yang inginkan kampus yang bebas dan demokrasi, antaranya strategi 'pecah dan perintah', mengenakan peraturan yang ketat, ugutan dan ancaman.
Dalam strategi 'pecah dan perintah', sebuah parti politik dikatakan telah membelanjakan RM360,000 dalam pilihanraya tahun ini bagi memastikan kumpulan Aspirasi menguasai kampus. Antara langkah yang diambil oleh pihak luar itu ialah mengadakan perjumpaan antara Kementerian Pengajian Tinggi, pegawai universiti, wakil Umno dan mahasiswa pro-pentadbiran pada 27 Julai lalu, bagi membentuk strategi menghadapi pilihanraya kampus kali ini.
Peraturan pilihanraya kampus yang tidak munasabah untuk menafikan hak asasi mahasiswa untuk memilih dan dipilih secara adil dan bebas, juga telah dibentuk antaranya, tempoh kempen kurang dari 48 jam, larangan berpakatan dan bermanifesto secara terbuka, sekatan awalan seperti Public Speaking Test, dan bayaran bagi borang penamaan, wang cagaran dan bantahan yang tinggi.
Malah, sistem kiraan undi elektronik yang tidak telus, tetap digunakan dan kerahsiaan undi turut
tergugat melalui penggunaan kaedah nombor siri. Pada tahun ini, ugutan dan ancaman tetap berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya.
Misalnya ,pada 26 Ogos, seorang mahasiswa Universiti Malaya dipukul oleh seorang pegawai HEP kerana mengedar risalah. Kepalanya dipukul dan bajunya ditarik kuat. Telefon bimbit, kad pelajar dan kad pengenalannya dirampas.
Pada 11 September, seorang mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan oleh jabatan keselamatan universiti itu, pada jam 2 pagi, atas tuduhan mengedar risalah. Di beberapa kampus lain, pelajar tahun pertama diugut supaya mengundi calon 'Aspirasi' supaya tidak dibuang dari kolej kediaman.
Pelajar dan prinsip
Keadaan ini ini amat menyedihkan dan merugikan. Ia menyekat aspirasi dan bakat kepimpinan para pelajar. Ia juga menghalang para pelajar berdikari dan berfikiran terbuka dalam soal politik. Malah, ia mendedahkan ketakutan dan kerakusan pihak berkuasa terhadap kecenderungan para pelajar berfikiran kritikal dan bersuara lantang untuk menegakkan prinsip dan pendirian mereka.
Akibatnya terhadap anak-anak muda yang akibat gagal berfikiran kreatif dan bertindak berani, sudah pasti akan merugikan negara pada masa akan datang. Pilihanraya kampus sepatutnya menjadi medan pertempuran antara kumpulan mahasiswa berlainan ideologi, prinsip atau pendekatan, tentang pengurusan komuniti kampus serta pentadbiran negara.
Malangnya senario itu tidak wujud lagi. Apa yang kita saksikan ialah wujudnya gergasi yang menindas dan menafikan hal asasi para pelajar yang baru berjinak-jinak dengan politik.
Penulis adalah vekas Setiausaha Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar (DEMA).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.