19 hari lagi ke Kamunting?
Penulis kolum ini sedang dinilai oleh polis sama ada akan dibawa ke kem tahanan lanjutan atau dibebaskan. Beliau telah ditahan selama 41 hari sejak 10 April lalu.
Penulis kolum ini sedang dinilai oleh polis sama ada akan dibawa ke kem tahanan lanjutan atau dibebaskan. Beliau telah ditahan selama 41 hari sejak 10 April lalu.
Setakat ini, Hishamuddin Rais [foto] dan empat lagi aktivis reformasi belum dibenarkan menerima lawatan anggota keluarga masing-masing. Sementara lima lagi telah dibenarkan berbuat demikian antara 3 hingga 8 Mei lalu.
Penulis kolum 'Dotmai' di malaysiakini kini sedang menjalani soal siasat secara intensif oleh unit-unit khas pasukan polis Cawangan Khas (SB).
Selepas 60 hari dikurung seorang diri dalam bilik kecil dan gelap dalam keadaan rehat yang tidak mencukupi, Hishamuddin akan dibawa ke kem tahanan lanjutan selama dua tahun di Kemunting, Perak jika Menteri Dalam Negeri Abdullah Badawi menurunkan tandatangan sebagai persetujuan.
Kebebasan seseorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sepenuhnya terletak pada perasaan belas ehsan atau simpati pihak berwajib.
BEBASKAN tahanan politik dan mansuhkan ISA


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.