Masih adakah esok untuk Najib Tun Razak?
Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu menjadi gempar minggu lalu apabila salah seorang daripada saksi dari Mongolia, Burmaa Oyunchimeg atau lebih dikenali sebagai Amy, memberitahu mahkamah bahawa dia pernah melihat gambar Altantuya makan bersama Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia yang bernama Najib Razak di Paris.
Keterangan Amy itu mengundang seribu satu spekulasi mengenai karier politik anak Perdana Menteri kedua. Spekulasi bertiup semakin kuat apabila Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad mengeluarkan kenyataan media bahawa Najib tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung kes Altantuya, dengan alasan ia subjudis.
Sewaktu kempen pilihanraya kecil di Ijok, Najib terpaksa menjawab ekoran asakan yang terlalu kuat dari parti pembangkang, terutama mantan Timbalan Perdana Menteri, saudara Anwar Ibrahim yang membangkitkan hubungan Najib dengan kes bunuh Atantuya. Anwar juga membangkitkan perkara yang sama ketika diwawancara oleh Al-Jazeera.
Di Ijok, asakan yang henti-henti itu, memaksa Najib menggunakan "talian hayatnya" iaitu Pak Lah untuk menyelamatkan Barisan Nasional (BN) daripada kalah dalam pilihanraya kecil itu.

Tetap pening kepala
Sememangnya Najib sukar untuk melarikan diri daripada dikaitkan dengan kes tersebut. Pertamanya kerana Abdul Razak Baginda memang diketahui umum menjadi pemikir politik kepada Timbalan Perdana Menteri itu.
Kedua kerana penglibatan dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang mengawal Timbalan Perdana Menteri Azilah Hadri 30, dan Sirul Azhar Umar 35 yang kini menghadapi tuduhan membunuh Altantuya.
Yang terakhir ialah isu penggunaan C4 (yang dikatakan tertulis nama Kementerian Pertahanan) untuk meletupkan mayat Altantuya. Kalaupun tidak ada pun gambar yang menunjukkan Najib makan bersama Razak dan Altantuya di Paris sekalipun, Najib tetap akan pening kepala. Mana tidaknya, kesemua yang terlibat dalam kes bunuh yang berprofil tinggi itu ada kaitan dengannya.
Razak yang juga pemikir politiknya ditugaskan berunding bagi pihak Kementerian Pertahanan dengan kerajaan Russia dalam urusan pembelian Sukhoi. Azilah dan Sirul adalah Pegawai UTK yang menerima arahan daripadanya dan C4 di bawah tanggungjawab kementeriannya. Selain daripada itu, turut dikatakan rekod kemasukan Altantuya telah dilupuskan dalam rekod Imigresen.
Kalau tidak ada "tangan besar" yang melakukannya, tidak mungkin rekod kemasukkan Altantuya dan rakan-rakannya ke Malaysia dapat dipadam dengan begitu mudah. Selagi belum habis perbicaraan ini, selagi itulah Najib belum boleh tidur lena. Bacalah laman web alternatif atau blog, kebanyakannya berbicara mengenai kes bunuh berprofil tinggi ini dan masa depan politik Najib.
Krisis Najib-Khairy
Malah ada yang mengatakan bahawa masa depan politik Najib berada di tangan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Hubungan dingin antara Najib dan Khairy memang diketahui umum, terutamanya dalam Umno. Najib dianggap sebagai penghalang kepada masa depan politik Khairy dan juga dianggap sebagai pelindung kepada legasi Mahathir.
Najib tidak mungkin membiarkan Khairy naik dengan cepat dalam politik Umno, Sudah dapat digambarkan jika Najib berjaya menjadi Perdana Menteri, sudah pasti adik sepupunya Hishammuddin Tun Hussein akan menjadi timbalannya dan Mukhriz Tun Mahathir akan menjadi naib presiden Umno yang paling kanan. Khairy tidak mungkin dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi perdana menteri ketika berumur 40.
Ini yang merisaukan Khairy. Tanpa Pak Lah nanti, dia tidak mempunyai "payung" yang kuat, melainkan menamatkan politik Najib sebelum Pak Lah turun. Kalau dahulu Mahathir terhutang budi dengan Tun Razak, maka Najib diberi dorongan untuk naik dengan cepat dalam Umno. Sebab itulah Khairy perlu mencari "payung" yang terhutang budi dengan Pak Lah agar survival politiknya akan berkekalan.
Najib tidak mungkin memayungi Khairy. Malahan masa depan politik Khairy akan terpadam atau lupus jika Najib menjadi Perdana Menteri.
Legasi Tun Razak
Program memperingati "Legasi Tun Razak" anjuran Akademi Pemuda yang dipengerusikan oleh Khairy, dilihat oleh sesetengah pemerhati politik adalah untuk menyelamatkan air muka Najib yang dibelenggu oleh kes pembunuhan Altantuya. Tetapi jika dilihat secara lebih mendalam, program ini jelas mempunyai serampang dua mata.
Umum sudah mengetahui jasa Tun Razak. Selain mengingatkan rakyat dan ahli Umno supaya jasa Tun Razak, ianya juga dilihat satu usaha untuk memadamkan "Legasi Mahathir". Najib telah terperangkap dalam "jerat" Khairy. Secara tidak langsung Najib telah terlibat dalam usaha untuk memadam legasi "payung besarnya" Dr Mahathir Mohamad. Najib yang merasmikannya serta berucap panjang dalam program tersebut.
Mungkin Najib menangis ketika menyampaikan ucapannya bukanlah kerana beliau sedih kerana terkenangkan ayahnya, tetapi sedar yang beliau sudah terperangkap dan tidak akan dapat meneruskan legasi ayahnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Apakah Najib dapat meneruskan legasi Tun Razak untuk menjadi Perdana Menteri? Ataupun dia akan menjadi TPM seterusnya yang bakal menganggotai "Kelab TPM Gagal" yang sekarang hanya mempunyai dua ahli selepas kematian arwah Tun Ghafar Baba Musa Hitam dan Anwar Ibrahim. Dalam politik Umno semuanya tidak mustahil.