Kuasa pentadbiran dan timbangtara
Di dalam sebarang perdebatan atau polemik, salah satu pantang larang ialah pendakwa secara sedar atau tidak telah melakukan kesilapan yang dilemparkan kepada pihak yang didakwa.
Selepas membaca jawapan Dr Azly dan Dr Mutiara kepada kenyataan pengarah Perhubungan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Zaini Nasri yang cuba mempertahankan kemunasabahan Dr Azly Rahman dipecat, rasanya telah mendedahkan kesilapan seperti tersebut di atas.
Sebab jika dakwaan pihak UUM adalah benar, iaitu Dr Azly dibuang kerja atas dua pertuduhan pertama, tidak balik bertugas pada waktu yang ditetapkan dan kedua, beliau tidak menandatangani surat akujanji,maka kedua-dua faktor terbabit perlu digabungkaitkan dan ditinjau dalam perspektif yang tidak berat sebelah.
Dr Azly dibidas, UUM hanya menumpu kepada isu enggan menandatangani surat akujanji. Saya rasa pihak UUM sebaliknya cuma menumpu kepada isu Dr Azly tidak balik bertugas pada waktu yang ditetapkan, tetapi enggan menghadapi isu surat akujanji yang jelas merupakan batu halangan bagi Dr Azly balik bertugas.
Bagaimanapun, dalam jawapan Dr Azly dan Dr Mutiara, mereka telah mendedahkan masalah-masalah peribadi mereka, termasuk keperitan kewangan akibat kejatuhan nilai ringgit pada tahun 1997, dan beban-beban perbelanjaan perubatan ayah dan anak mereka serta Dr Mutiara yang perlukan pembedahan.
Sama ada masalah dan kesulitan peribadi mereka itu merupakan alasan yang munasabah bagi menjelaskan kenapa Dr Azly dan isterinya mengambil masa hampir enam tahun (mulai 2 Disember 1997 hingga 2 Jun 2003) dan berbelanja sebanyak RM1.25 juta untuk menyiapkan PhD mereka, adalah sesuatu yang boleh dibincangkan secara lebih lanjut dan terperinci.

Namun, oleh kerana keempat-empat kali permintaan Dr Azly dan Dr Mutiara untuk melanjutkan tempoh pengajian mereka dengan pembiayaan dan gaji penuh telahpun diluluskan oleh pihak UUM, rasanya masalah-masalah peribadi yang dikemukakan mereka telahpun mendapat simpati dan diterima oleh UUM sebagai alasan yang munasabah.
'Atas belas kasihan'
Yang menghairankan ialah dari apa yang diperjelaskan UUM sekarang, seolah-olah kelulusan-kelulusan terbabit hanya diberi, pinjam perkataan Mohd Zaini Nasri sendiri, semata-mata "dengan murah hati", cuma hendak "memberi peluang" , atau "atas belas kasihan", "dengan penuh perikemanusia" malah "atas apa jua alasan yang diberikan" oleh Dr Azly sekaipun!
Jika permintaan atau rayuan lanjutan tempoh untuk menyiapkan PhD bukan diproses menurut prosedur dan peraturan yang ditetapkan, tetapi boleh diluluskan "atas apa jua alasan yang diberikan" oleh pihak pemohon seperti pengakuan dalam kenyataan UUM, maka boleh diragui ada kemungkinan kuasa pentadbiran dan budi bicara yang diamanahkan kepada pihak berkuasa UUM telahpun disalahgunakan?
Jika inilah hakikat sebenarnya, maka tentu pihak UUMlah yang patut disalahkan, bukan Dr Azly seperti tersirat dalam kenyataan UUM terbabit, kerana jika permintaan Dr Azly dan isterinya dianggap sebagai tidak munasabah, maka ditolak saja dan habis cerita.
Jika permintaan mereka telah diluluskan menurut prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta budi bicara yang wajar, maka andaian bahawa jika dari 2001 beliau sudah pulang dan mengajar anak-anak bangsa, maka UUM sudah dapat mengeluarkan ramai graduan yang cekap berfikir dan bertanggungjawab terhadap hutang adalah andaian yang tidak jujur.
Ia lebih berbaur sindiran dan serangan peribadi yang sengaja diada-adakan, kerana bagi pihak UUM, maklumlah Dr Azly mustahil pulang mengajar pada 2001 atas alasan yang telah dikemukakan sebagai permintaan dan diluluskan oleh UUM.
Di samping itu, sikap "memberi peluang" dan "berperikemanusia" UUM nampaknya juga tidak konsisten, jika tidak, kenapa lanjutan tempoh pengajian dengan pembiayaan dan gaji penuh UUM boleh diluluskan, tetapi cuti tanpa gaji sebaliknya tidak boleh ditimbangkan?
Dalam hubungan ini, besar kemungkinan fakta Dr Azly enggan menandatangani surat akujanji telah menjadi batu halangan yang menyukarkan keadaan.
Hilang faedah persaraan
Namun, memecat dan menghukum Dr Azly dan Dr Mutiara, menyebabkan mereka kehilangan semua faedah persaraan dan sekaligus merampas peluang mereka untuk bertugas di UUM, tentu tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, khasnya UUM yang memerlukan perkhidmatan Dr Azly dan isterinya.
Nyata sekali adalah di luar kemampuan Dr Azly dan Dr Mutiara untuk membayar balik hutang sebanyak 1.25 juta kepada UUM. Jadi, sekalipun diputuskan mahkamah bahawa mereka perlu membayar balik hutang sebanyak itu, apakah daya mereka selain daripada dibangkrapkan? Apakah faedahnya sekalipun mereka dibankrapkan, berbanding dengan mereka diambil balik untuk berkhidmat di UUM?
Seperti hujah Dr Azly: Orang ramai tentu berminat untuk mengetahui kenapa seseorang itu boleh dipecat dan hilang segala-galanya kerana mengambil pendirian menentang surat akujanji, walaupun telah disahkan dalam jawatannya dan walaupun akujanji itu adalah tambahan kemudiannya kepada peraturan/pekeliling yang sedia ada.
Rasanya UUM dan Dr Azly suami isteri memerlukan mediasi atau perantaraan pihak ketiga daripada Kementerian terbabit atau Jabatan Perdana Menteri untuk mencari suatu penyelesaian yang dapat diterima oleh pihak-pihak terbabit.
Kini yang diperlukan mungkin timbangtara yang rasional, bukan menunjukkan kuasa pentadbiran dengan sewenang-wenangnya!