Kenaikan harga barang dan gerakan pengguna di M'sia
Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar kurang 10 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti sekarang ini ramai yang sedang membuat persiapan untuk menyambut perayaan yang terbesar bagi orang Islam di Malaysia.
Yang menarik di Malaysia, Aidilfitri bukan sahaja disambut oleh orang Islam malahan sambutannya turut dikongsi bersama oleh bukan Islam. Rumah terbuka akan diadakan di mana-mana sahaja.
Di Malaysia, inilah masanya anda tidak perlu risau soal makan. Tak perlu membuat perhitungan perbelanjaan tentang makanan. Sebulan Aidilfitri maka sebulanlah rumah terbuka akan diadakan.
Yang penting anda hanya perlu ada ramai kawan. Ramai kawan akan menjamin anda untuk mendapat banyak undangan untuk menghadiri rumah terbuka.
Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar kurang 10 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti sekarang ini ramai yang sedang membuat persiapan untuk menyambut perayaan yang terbesar bagi orang Islam di Malaysia.
Yang menarik di Malaysia, Aidilfitri bukan sahaja disambut oleh orang Islam malahan sambutannya turut dikongsi bersama oleh bukan Islam. Rumah terbuka akan diadakan di mana-mana sahaja.
Di Malaysia, inilah masanya anda tidak perlu risau soal makan. Tak perlu membuat perhitungan perbelanjaan tentang makanan. Sebulan Aidilfitri maka sebulanlah rumah terbuka akan diadakan.
Yang penting anda hanya perlu ada ramai kawan. Ramai kawan akan menjamin anda untuk mendapat banyak undangan untuk menghadiri rumah terbuka.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, pelancong asing juga dapat berkongsi bersama kemeriahan perayaan yang disambut setahun sekali ini. Mereka pasti akan tertarik dengan konsep rumah terbuka yang diadakan di Malaysia.
Golongan kanak-kanak sudah tentu yang paling gembira bila tiba musim raya. Baju raya, kuih raya dan duit raya sering ditunggu oleh mereka.
Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka juga menunggu ganjaran daripada ibu dan bapa jika dapat berpuasa penuh pada bulan Ramadhan.
Soal perbelanjaan
Kanak-kanak lebih beruntung berbanding dengan golongan dewasa apabila tiba musim perayaan oleh kerana mereka tidak perlu memikirkan soal perbelanjaan untuk menyambut perayaan.
Tahun ini, seperti tahun-tahun yang sebelumnya, isu yang menakutkan ibubapa atau golongan dewasa menjelma lagi. Isu yang menakutkan orang dewasa, terutama golongan pekerja yang berpendapatan rendah, ialah kenaikan harga barang keperluan.
Musim perayaan digemari oleh para peniaga oleh kerana permintaan terhadap barangan keperluan akan meningkat. Apabila permintaan meningkat, maka stok barang yang berada di pasaran pun berkurangan. Situasi ini telah menghalalkan peniaga untuk menaikkan harga barang ansecara berleluasa.
Di awal bulan Ramadhan yang lalu, heboh dan bising tentang kenaikan harga ayam di pasaran. Pembeli merungut kerana harga ayam melambung tinggi dan peniaga tidak mempedulikan harga siling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Tuduh menuduh pun berlakulah di antara peniaga, pemborong dan penternak. Masing-masing menyalahkan satu sama lain. Apa pun, yang menjadi mangsa ialah pengguna.
KPDNHEP juga tidak henti-henti memberi janji bahawa mereka mampu mengawal keadaan dan menjamin akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan dengan menaikkan harga melebihi harga siling yang ditetapkan.
Situasi ini telah menyebabkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melancarkan Kempen Boikot Kenaikkan Harga Barang, bermula 23 September lalu.
Kesedaran pengguna
Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, kempen itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kuasa mereka sebagai pengguna agar tidak menjadi mangsa peniaga yang cuba mengambil kesempatan dalam musim perayaan.
Kempen yang dianjurkan oleh Cuepacs dan MTUC ini adalah satu kempen yang sihat dan memberi satu pendidikan yang baik kepada pengguna di Malaysia. Di Malaysia kebanyakan pengguna masih lagi belum tahu untuk menggunakan KUASA mereka.
Pengguna di Malaysia majoritinya masih lagi belum sedar bahawa penjual, pengedar, pembekal dan pemborong tidak akan dapat terus hidup jika tiada pengguna.
Penggunalah yang paling berkuasa kerana jika mereka tidak membeli, maka lumpuhlah rantaian ekonomi yang membabitkan pembekal, pemborong, pengedar dan penjual.
Di negara-negara maju, pengguna dan gerakan pengguna sungguh kuat dan berpengaruh. Penjual tidak akan berani untuk menaikkan harga barangan sesuka hari.
Jika ianya berlaku juga tanpa alasan yang munasabah, maka susahlah hidup si penjual dan kemungkinan besar mereka tidak akan dapat berniaga lagi.
Sebab itulah sebarang cadangan yang melibatkan kenaikan harga barang akan melibatkan wakil-wakil dari persatuan pengguna. Di Malaysia lain pula yang berlaku. Sudahlah Persatuan Pengguna tidak dipedulikan, pengguna pula langsung tidak dihormati.
Kenaikan gaji
Di Malaysia penjual berpandangan bahawa pengguna tidak boleh hidup tanpa mereka. Penjual berfikiran, jika mereka menaikkan harga setinggi mana sekalipun, pengguna akan tetap membeli walaupun kuantitinya mungkin berkurangan.
Bagi kakitangan awam, kenaikan gaji yang mereka terima baru-baru ini tidak memberikan apa-apa makna kerana ianya diiringi dengan kenaikan harga barangan secara mendadak.
Lebih menderita lagi ialah pekerja sektor swasta yang terpaksa menanggung kenaikan harga barang walaupun mereka tidak mendapat kenaikan gaji.
Menurut Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Yusof Abdul Rahman, mereka telah menerima begitu banyak aduan mengenai kenaikan harga barang yang berleluasa semenjak kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam Julai lalu.
Belum pun reda isu ini, kita sudah terdengar khabar bahawa harga minyak akan dinaikkan tidak lama lagi. Ini berikutan dengan kenaikkan harga minyak di pasaran dunia yang telah mencapai USD80 setong. Cuma masanya sahaja belum tahu bila akan tiba.
Harga tol juga akan dinaikkan pada I Januari 2008 seperti apa yang diumumkan oleh Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Sammy Vellu baru-baru ini,
"Malaysians can expect a 10% increase in toll rates, with eight concessionaires raising their charges from Jan 1 next year," said Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu - The Star 1 Oktober 2007.
Isu pita Lingam
Mungkin ramai yang tidak sedar perkara ini kerana sekarang media-media tempatan dihujani dengan berita mengenai kes pembunuhan Nurin Jazlin, Keganasan Junta Myanmar terhadap aktivis pro-demokrasi dan isu pita Lingam.
Semakin kuatlah khabar angin yang mengatakan bahawa`pilihanraya umum ke-122 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri, selewat-lewatnya pada bulan November ini kerana Perdana Menteri tidak mungkin mengumumkan tarikh pilihanraya selepas kenaikan harga tol dan minyak.
Kenaikan harga tol dan minyak hanya akan menguntungkan parti pembangkang dan akan menyebabkan prestasi terbaik yang diperolehi oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-11 yang lalu akan jatuh menjunam dan ini akan memalukan Perdana Menteri.
Kenaikan harga tol dan minyak akan menyebabkan harga barangan keperluan naik dengan lebih tinggi lagi. Oleh itu pengguna haruslah berjimat cermat berbelanja dalam musim perayaan ini.
Jangan sampai duit simpanan telah habis dibelanjakan sehinggakan terpaksa membuat pinjaman dari bank atau Along untuk menampung kos yang lebih tinggi yang terpaksa dibayar selepas sambutan Aidilfitri nanti.

