Satu lagi ujian getir bagi bidang kehakiman negara
Jika berdasarkan kepada rekod ketiga-tiga hakim yang terbabit dalam permohonan ikat jamin Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Pajan Singh Gill, Datuk Richard Malanjum dan Datuk Hashim Mohd Yusof bekas timbalan perdana menteri itu nampaknya akan terus merengkuk di penjara.
Maklumlah, pada bulan April lalu, ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan yang baru dinaikkan pangkat dari Mahkamah Tinggi setahun lalu, telah menolak rayuan Anwar terhadap pensabitan kes liwatnya, tanpa memberi sebarang sebab pun.
Yang lebih menonjolkan lagi, ialah, ketiga-tiga hakim itu setelah diberitahu mengenai 'ketidak konsisten' dalam pengendalian kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi tuduhan bersama Anwar telah membatalkan ikatjamin sebanyak RM50,000 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada Sukma tiga tahun lalu.
Mereka memerintahkan supaya Sukma terus menjalani hukuman enam tahun penjara di penjara Kajang. Jadi, tidak hairanlah jika Anwar dan adik angkatnya Sukma akan terus merengkuk di penjara walaupun rayuan mereka masih didengar di mahkamah yang lebih tinggi.

Hakim kanan dipinggir
Pada masa yang sama, terdengar desas-desus di kalangan ahli guaman bahawa beberapa hakim yang baru memanaskan bangku di Mahkamah Rayuan, akan naik pangkat sekali lagi -- kali ini ke Mahkamah Persekutuan.
Pemergian
Hakim Mohtar Abdullah Isnin lalu, telah mewujudkan satu lagi kekosongan dalam mahkamah tertinggi negara, itu, yang sekarang kekurangan tiga hakim.
Antara yang disebut-sebut akan dinaikkan pangkat ialah hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang baru sahaja mendengar dan menolak rayuan kes liwat Anwar.
Walaupun ia khabar angin, Majlis Peguam Negara yang mewakili 10,000 peguam, memandang serius kemungkinan itu, lalu memberi amaran mengenai dasar 'lompat katak' dalam hirarki kehakiman di mana beberapa hakim kanan, tidak diberi kenaikan pangkat sejak beberapa tahun ini.
Majlis Peguam khuatir, kenaikan pangkat sebegini akan melahirkan tanggapan bahawa ia mungkin dibuat berdasar pilih bulu atau sebagai satu bentuk ganjaran.
Lagi pula, mereka yang dipilih untuk mengisi kekosongan hakim di Mahkamah Persekutuan, juga akan mengadili kes rayuan Anwar. Dan para hakim yang sedia ada di mahkamah tersebut, tidak dapat mengadili kes ini kerana mereka telahpun terlibat mendengar kes-kes Anwar sebelum ini.
Sememangnya, Mahkamah Persekutuan ialah pengadil terakhir terhadap rayuan bertubi-tubi Anwar selepas kesemua rayuannya sebelum ini, telah ditolak oleh mahkamah bawahan.
Sekarang, Mahkamah Persekutuan kini berdepan dengan kes mengkaji semula keputusannya sendiri terhadap pensabitan tuduhan salahguna kuasa terhadap Anwar sebelum ini. Ia juga akan mendengar rayuan kes liwat Anwar selepasnya ia ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
Kritikan terbuka
Bagi Ketua Hakim Negara Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Halim, apabila tiba masanya untuk mengumumkan nama ketiga-tiga hakim baru itu, beliau perlu menjelaskan asas-asas pemilihan itu dibuat.
Kenaikan pangkat untuk para hakim hendaklah tidak terlalu menekankan soal kekananan, tetapi mereka yang terbaik dan terbijak. Badan Kehakiman kita - yang sudahpun tercemar - memerlukan tidak kurang daripada itu.
Malah, Ahmad Fairuz patut memahami kekhuatiran yang telah disuarakan oleh Majlis Peguam Negara.
Lagipun, perlantikannya sebagai hakim Mahkamah Rayuan tahun lalu, juga telah melangkau rakan hakimnya yang lebih kanan yang pada pandangan ramai, lebih berkebolehan sehingga mendorong bekas pengerusi Majlis Peguam Negara, Raja Aziz Addruse membuat kritikan terbuka terhadapnya.
Selepas 14 minggu menjadi hakim kedua tertinggi negara, Ahmad Fairuz dilantik pula memegang jawatan tertinggi, sebagai ketua hakim negara satu kenaikan pangkat yang begitu pantas.
Bagi ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar permohonan ikat jamin Anwar minggu depan, mereka sepatutnya menyedari bahawa liwat merupakan satu kesalahan yang boleh dibenarkan diikat jamin dan bekas timbalan perdana menteri itu amat memerlukan rawatan pembedahan bagi sakit tulang belakangnya.
Mereka perlu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan demi menegakkan keadilan, dan yang juga betul bagi diri mereka sendiri.
Apabila perintah tahanan enam pemimpin reformasi mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), luput bulan lalu, ramai yang menjangka mereka akan terus ditahan, tetapi sebaliknya, terkejut apabila mereka dibebaskan akhirnya.
Dan kita berharap, pada 14 Julai ini, kita akan tersilap sekali lagi.