Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sekolah tahfiz Amy Search diiktiraf JAIS
Diterbitkan:  Jun 22, 2015 5:32 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Selepas mendirikan sekolah tahfiz awal tahun lalu, kini vokalis kumpulan Search, Amy, mendapat khabar lebih gembira - pusat pengajian itu kini diiktiraf Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bagi Amy  atau Suhaimi Abdul Rahman, kepuasan itu dikongsi bersama peminat melalui akaun Ingtagramnya, @akuamysearch.

“Alhamdulillah, dah dapat perakuan pendaftaran Sekolah Islam Negeri Selangor untuk al-Bayan School of Quran & Hadith,” tulis Amy hari ini.

Dan sememangnya bagi peminat yang sentiasa menyokong perkembangan Amy, mereka turut melontarkan komen positif buat lagenda rock tersebut.

 

Alhamdulillah dh dpt Perakuan Pendaftaran Sek2 Islam Negeri Selangor utk Al Bayan Sch of Quran & Hadith @ubs02pro #albayanschofquranandhadith

A photo posted by Suhaimi A.Rahman > Amy Search (@akuamysearch) on

Satu daripada komen yang menggunakan akaun umaruthman84 menyatakan: “Brader amy memang gerek sehhh.”

Seorang lagi  pengguna yang menggunakan akaun kurt_bain turut bersyukur dengan berita memberi inspirasi kepada umum itu dengan berkata: “Syukur Alhamdulillah.”

Penyanyi Isabella itu sebelum ini menyatakan kepada media kesungguhannya untuk mendirikan sekolah tahfiz di Sungai Buloh, Selangor itu dijadikan persiapan bekalan amalan dunia dan akhirat.

 

Iftar Anak2 Hari Ini 󾀔

Posted by Al-Bayan School Of Quran & Hadith on Saturday, June 20, 2015

Lihat Komen
ADS