Brangelina mahu selamatkan dunia
Sememangnya ini perjumpaan yang pertama buat pasangan pelakon terkenal Hollywood itu, dan ia bukanlah pertemuan kosong.
Menurut jurucakap istana, pertemuan pasangan selebriti glamor Brad Pitt dan Angelina Jolie dengan Putera William serta isterinya, Kate diadakan ketika waktu minum petang di Istana Kensington kelmarin.
Tanpa banyak maklumat yang didedahkan pertemuan itu mencetuskan tanda tanya kerana kedua-dua pasangan itu dikenali bukanlah jenis yang suka menghabiskan masa begitu saja.
Apabila jurucakap itu memberi penjelasan, benarlah seperti dijangka. Mereka mahu "menyelamatkan dunia".
“Mereka berbincang mengenai usaha untuk memerangi perdagangan haram haiwan liar,” kata jurucakap berkenaan.
Walaupun kedua-dua pasangan ini seringkali dilihat bersama anak-anak masing-masing, namun pertemuan kali hanya untuk yang dewasa saja.
Angelina dan Pitt bagaimanapun meluangkan sedikit masa untuk bertemu anak William, Putera George dan Puteri Charlotte di luar apartmen kerabat berkenaan.
Pasangan digelar brangelina itu siap datang membawa buah tangan untuk Charlotte yang lahir Mei lalu.
“Mereka nampaknya benar-benar gembira apabila bertemu dan menghabiskan masa selama beberapa jam lebih lama dari yang dirancang,” kata jurucakap.

