Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Doa Siti untuk pemimpin menyusahkan rakyat
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 8:40 PM
Dikemaskini: 12:53 PM

Ketika orang ramai digemparkan dengan pendedahan demi pendedahan mengenai kemelut yang membelenggu negara penghibur utama negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyerlahkan harapannya kepada umum.

Beliau yang terkenal dengan lagu Biarlah Rahsia - siang tadi tanpa berahsia - menulis di Instagramnya: "Ya Allah...kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta". #akuanakMalaysia #doabuatmuMalaysia.

Bukan baru sekali

Sebenarnya kenyataan itu bukanlah tumpuan utama kerana gambar yang mengiringi kenyataan itu lebih menarik.

Dipercayai dimuat naik kira-kira jam 4 petang, Siti Nurhaliza memaparkan sepotong doa pada akaun Instagram beliau.

Doa itu diberi tajuk Doa Rasulullah Untuk Pemimpin Yang Buat Susah Rakyatnya.

Berdasarkan keterangan pada gambar itu doa berkenaan diambil daripada hadis Nabi Muhammad SAW.

Nama Siti bukanlah asing dalam kemelut yang melanda politik negara.

Sebelum ini ketika Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau berseorangan dalam 'perjuangannya' menghadapi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, Siti adalah antara yang terawal menyatakan sokongan kepada bekas perdana menteri itu.

Apabila skandal pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji Siti sekali lagi muncul membuat kenyataan terbuka mengenainya.

Beliau menganggap kemelut itu " sangat memalukan ".

Begitu juga pada hari Najib sepatutnya mengadakan dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam program Nothing2Hide.

Pada hari itu Siti menggunakan akaun Twitter beliau untuk mengulas kejadian berkenaan.

Lihat Komen
ADS