Di sebalik status hubungan mereka sebagai kekasih, entah mengapa Sophia Latjuba menganggap teman lelakinya, Ariel Noah sebagai "kanak-kanak lelaki".
Melalui gambar itu, Ariel, 33, dilihat sedang bermain Playstation bersama ahli keluarga Sophia.
Aktres jelita itu merakam gambar berkenaan dan memuatnaikkan imej berkenaan di Instagram dengan keterangan gambar: "Boys will be boys".
Ariel - atau nama sebenarnya Nariel Irham - bukanlah asing dengan teman wanita jelita.
Sebelum ini dia dihangatkan dengan hubungan cinta terlarang bersama Cut Tari serta Luna Maya.
Sophia, 44, adalah selebriti Indonesia kelahiran Berlin Barat dan pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali sebelum ini, masing-masing dengan Indra Lesmana dan Michael Villareal.
Perkahwinan itu membolehkan Sophia dikurniakan dua anak.
Sementara itu Sophia mengakui pengalaman berpuasa untuk tahun kedua kali ini lebih nyaman kerana didampingi kekasihnya.
"Terasa seronok mempunyai pasangan yang seiman," katanya.
Untuk pengetahuan, Sophia baru saja memeluk Islam pada April tahun lalu.
Namun Sophia berasa kurang senang apabila diajak berbicara tentang agama.
"Kerana itu urusan saya dan di atas (Tuhan). Saya melaksanakannya sendiri. Puasa antara kita dan Tuhan, tak penting disebarluaskan," katanya.
Ketika bersahur di rumah, Sophia hanya sendirian kerana kedua-dua anaknya tidak beragama Islam.
